sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Saturday 20 April 2013

GEMPAR !!! FADZIL HANAFI DIPECAT SERTA MERTA #PRU13 #GE13


ALOR SETAR - Bekas Exco kerajaan negeri Fadzil Hanafi, yang hari ini bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Alor Mengkudu, dipecat keanggotaan daripada Umno serta-merta berikutan tindakan beliau itu.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata tindakan Fadzil bertanding sebagai calon Bebas merupakan satu tindakan mengkhianati parti.

"Kami berasa kesal apabila dia (Fadzil) telah mengkhianati parti apabila bertanding sebagai calon Bebas. Fadzil meletakkan dirinya lebih utama daripada kepentingan seluruh parti," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata BN Kedah dan Dun Alor Mengkudu tidak tergugat dengan tindakan berkenaan malah menaruh penuh keyakinan kepada calon BN bagi Dun Alor Mengkudu Sharifah Maznah Syed Kassim Barakbah, akan menerima sokongan oleh pengundi.

Sementara itu, Fadzil, 55, berkata beliau tidak gentar dengan tindakan disiplin yang dikenakan Umno apabila bertanding sebagai calon Bebas kerusi Dun Alor Mengkudu.

"Saya tak risau dengan masalah disiplin yang akan dihadapi kerana saya berjuang untuk memenuhi suara akar umbi," katanya.

Sebelum ini beliau pernah menjadi Adun BN di Alor Mengkudu selama dua penggal selepas menang pilihan raya umum 1999 dan 2004 serta menjadi Exco kerajaan negeri pada 1999 hingga 2004. - Bernama

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive