Memang betul betul gentle la Tun M ni.. Lagi Karpal nak seret Tun M masuk mahkamah, makin lantang Tun M balun Kit Siang.. Dah memang betul pun apa yang Tun M cakap.. Kenapa Karpal nak heret Tun M kalau pakatan berjaya tawan Putrajaya? kenapa bukan sekarang?
Kalau betul nak tunjuk hero, dakwa la sekarang..Tun M rilek ja, siap boleh panggil mai tangkap lagi..Kalau betul nak tengok perangai Dap ni rasis ke tak, tak payah tunggu ke Putrajaya, tengok saja di Pulau Pinang..Baru dapat pegang sepenggal dah rasis gila babi..
"Tangkaplah saya, heretlah saya ke mahkamah" - Dr Mahathir
"Tangkaplah saya, heretlah saya ke mahkamah. Saya tetap ulang lagi, (Penasihat DAP) Lim Kit Siang sebagai rasis dan dia memang rasis".
Demikian respons bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh semalam bahawa pembangkang akan menangkap dan menghadapkannya ke mahkamah kerana mengeluarkan kata-kata hasutan dengan menuduh Lim sebagai perkauman, jika berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 ini.
Beliau berkata Karpal Singh membuat kenyataan itu kerana mahu menghalangnya daripada menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai sikap Lim yang didakwanya rasis.
"Terkejut saya, pucat muka saya (nada menyindir)...fasal Pengerusi DAP Karpal Singh mahu tangkap saya kerana saya mengeluarkan kata-kata hasutan dengan menuduh Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai perkauman.
"DAP hanya mahu bertanding di kawasan majoriti Cina kerana mereka hanya diterima pengundi di kawasan berkenaan dan tindakan DAP ini ternyata menunjukkan sikap rasis mereka," katanya semasa berucap pada satu majlis di Kampung Padang Jual, Johol
SUMBER : MEDAN TEMPUR
No comments:
Post a Comment