Tabung Haji

Tabung Haji

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

sahabat-sahabat APJ

Sunday, 21 April 2013

GEMPAR !!! ANWAR BAWA PELAKON SIRI CHINA DOLL DALAM CERAMAH !! SAMALAH , SAMA MENIPU RAKYAT !!! #PRU13


BUKIT MERTAJAM, 20 April — Sekitar 5,000 penyokong parti pembangkang hampa apabila Parti Keadilan Rakyat (PKR) gagal menampilkan individu yang didakwa ‘pelakon sebenar’ dalam video seks membabitkan individu mirip ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum ini, PKR berjanji akan melakukan pendedahan eksklusif berhubung ‘pelakon’ tersebut pada majlis solat hajat dan siri Jelajah Merdeka Rakyat di Madrasah An Nadhoh, Kampung Petani, Kubang Semang, dekat sini, malam tadi.

Bagaimanapun, calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh, Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenal sebagai CheguBard, ketika berucap, berkata usaha untuk menampilkan ‘pelakon sebenar’ dari Thailand itu tidak kesampaian apabila mendakwa rombongan yang membawa individu itu ditahan oleh pihak berkuasa di Bukit Kayu Hitam.

“Kira-kira pukul 6 petang tadi saya mendapat panggilan telefon daripada setiausaha eksekutif pakatan pembangkang, Ahmad Shabrini Mohamed Sidek, mengatakan mereka telah ditahan di Balai Polis Bukit Kayu Hitam bersama individu sebenar dan bukti menafikan Anwar terlibat dalam rakaman video seks itu.

“Kita sudah semakin hampir untuk mengetahui di mana lokasi rakaman video itu selain siasatan yang mengesahkan wujudnya manusia yang susuknya hampir sama dengan Anwar,” kata Badrul Hisham, yang juga Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia.

Badrul Hisham turut menyiarkan semula rakaman perbualan telefon antara beliau dengan Ahmad Shabrimi kepada penyokong pada majlis itu yang turut disertai oleh Anwar.

Isu video seks Anwar itu telah didedahkan oleh Trio Datuk ‘T” pada 21 Mac 2011, rakaman video yang menggemparkan negara itu telah dipertontonkan kepada wakil media di hotel Carcosa Seri Negara.

Anwar juga telah menafikan lelaki itu dalam video tersebut adalah beliau dan membuat laporan di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi pada 22 Mac 2011. — Bernama


Anwar Ibrahim tipu penyokong sendiri apabila gagal membawa lelaki miripnya yang dikatakan ditahan di Thailand.
Ini bukan pertama kali PKR mendakwa wujud lelaki mirip Anwar Ibrahim malah sejak 2011 lagi Chegubard dan PKR menjaja kononnya sudah mengenal pasti identiti lelaki mirip Anwar Ibrahim.

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive