sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Wednesday, 24 April 2013

PANAS !!! KERAJAAN PAK KATAN KEDAH LAYAK DAPAT GRED E LA !!! #TukarKedah #PRU13 #GE13

 Muhyiddin Yassin

JERLUN - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi gred ‘E-’ kepada Pas Kedah atas alasan telah gagal mentadbir negeri itu dengan baik sepanjang lima tahun lalu.

Menurutnya, mereka tidak ada keupayaan membangunkan negeri ini sebaliknya tugas itu diambil alih kerajaan Barisan Nasional (BN) melalui pelbagai projek pembangunan yang disalurkan kerajaan pusat.

“Kerajaan Pas Kedah sangat lemah, tak mampu, tak boleh laksana apa-apa untuk manfaat rakyat. Mereka hanya layak dapat gred E tolak.... maksudnya mereka sudah gagal,” katanya ketika merasmikan peletakan batu asas cadangan pembinaan pusat sukan Parlimen Jerlun di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sanglang, di sini, hari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kementeriannya mempunyai ramai guru yang bertanggungjawab membuat penilaian prestasi atau kad laporan pelajar, tetapi rakyat negeri ini juga boleh menjadi penilai terhadap pentadbiran diterajui Pas Kedah.

“Sewaktu mereka mula mengambil alih kerajaan dulu pelbagai janji dibuat antaranya mahu berjuang membela nasib rakyat, membangunkan kemudahan sosial, menyediakan peluang pekerjaan.

“Namun malangnya selepas tempoh berkenaan kad penilaian dibentangkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak tidak memberangsangkan,” katanya.

Beliau berkata, perkara itu bukan sesuatu yang boleh dipandang remeh kerana membentuk kerajaan perkara serius terutama untuk berhadapan pelbagai isu besar.

“Kita nak pilih parti, parti yang mampu memikul dan melaksanakan amanah, sempurnakan hajat rakyat di masa hadapan, dapat memajukan negeri serta negara, berupaya menunaikan janji bukan bertindak sebaliknya.

“Ini soal masa depan negara dan BN akan berusaha meneruskan tradisi kecemerlangan dengan mengutamakan rakyat supaya hidup lebih baik, anak lebih pandai menuju tahun 2020 negara menjadi negara maju dan pendapatan tinggi,” katanya.

Menurutnya, negara yang maju bukan sahaja dilengkapi dengan kemudahan asas dan ekonomi yang kukuh, pendapatan rakyat meningkat tetapi pertambahan hospital, sekolah termasuk sekolah agama serta kemudahan sukan.

“Bila musim pilihan raya rakyat perlu buat penilaian. Jika kerajaan negeri sekarang tidak mampu meneruskan tugas dan memikul tanggungjawab, rakyat harus membuat keputusan sendiri memilih parti yang mampu membawa kemajuan.

“Pakatan pembangkang pada pilihan raya kali ini agak bercelaru kerana mereka tidak sepakat tidak seperti BN melibatkan soal pengagihan kerusi hingga ada banyak kerusi, calon PKR bertanding melawan calon Pas di beberapa kawasan,” katanya.

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive