"Pengundi Hantu" Bantah Izzah NafiKan Hak Mereka Untuk Mengundi
Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar kini tersepit selepas gagal memainkan isu pengundi hantu di Lembah Pantai. 50 orang “pengundi hantu” yang dicanang oleh Nurul Izzah tampil membuat kenyataan membidas beliau kerana menafikan hak mereka untuk mengundi dalam PRU13.
Kejahilan Izzah tentang sejarah Lembah Pantai kini telah makan diri. Dulu banyak kawasan setinggan di Lembah Pantai dan "pengundi-pengundi hantu" ini yang duduk di situ telah menggunakan alamat lama untuk mendaftar mengundi.
Hasil kerja keras kerajaan Barisan Nasional, Lembah Pantai kini telah pesat membangun dan tiada lagi pengundi yang duduk di setinggan. Mereka telah dipindahkan ke kawasan perumahan dengan pelbagai kemudahan yang lebih selesa.
Mereka ini telah lama menetap, bekerja dan lahir di sini. Ada juga "pengundi hantu" yang sudah mengundi sebelum Izzah lahir lagi. Tindakan melabelkan mereka sebagai "pengundi hantu" ini adalah sebahagian taktik politik keji Izzah untuk managih simpati.
Memandangkan Izzah cuba menafikan hak mereka sebagai pengundi, 4,637 orang pengundi di Parlimen Lembah Pantai akan pastikan Nurul Izzah tersungkur pada PRU kali ini. Sebelum itu permohonan Semakan Kehakiman Nurul Izzah untuk membatalkan 4,000 nama pengundi di Lembah Pantai telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi.
Setelah gagal dengan isu pengundi hantu, Nurul Izzah mula politik kotor dengan serang peribadi keluarga Raja Nong Chik. Politik sebegini tidak akan membantu Izzah untuk menang pilihan raya. Bagi penduduk Lembah Pantai yang miskin, Nong Chik adalah menteri mereka. Nong telah banyak membantu mereka dan sebagai Menteri Wilayah, terlalu banyak perubahan yang telah dilakukan.
Sebaik sahaja Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil kalah pada 2008, Nong Chik yang baru dilantik sebagai Menteri Wilayah ketika itu terus mengeluarkan surat tawaran kepada golongan yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah dengan harga RM35000 seunit di bawah skim Projek Perumahan Rakyat (PPR).
Itu baru bab rumah. Belum masuk lagi bab jalan yang ditar dan banyak lagi projek-projek pembangunan di Lembah Pantai. Mungkin Izzah adalah pendengar yang baik tetapi setakat mendengar, menjanjikan pelbagai perkara yang sekadar manis dibibir tidak akan mampu memberi sesuatu yang bermakna kepada rakyat.
Dalam sibuk Izzah berkempen memburuk-burukkan kerajaan, Izzah terlupa isu kehidupan lebih penting kepada orang miskin daripada isu hak asasi manusia, kebebasan dan demokrasi yang penting bagi pengundi golongan pertengahan dan elit. Walaupun beliau hebat berkempen dimedia massa, hakikatnya pengundi tempatan sahaja yang mengetahui sama ada segala dakwaan Izzah itu betul atau tidak.
Izzah juga buat kerja tapi tidak sebanyak Nong Chik. Izzah bekerja untuk pilihan raya tetapi Nong Chik bekerja sepanjang masa demi rakyat. Rumah PPR yang suatu ketika dulu, penduduk kena sewa dengan DBKL tapi kini tidak lagi. Usaha dan kerja keras Nong Chik membuahkan hasil apabila kementerian kewangan bersetuju untuk menjual rumah PPR yang disewa selama ini kepada golongan miskin yang memerlukan.
Berbeza dengan Shahrizat sebelum ini yang jarang turun padang, Nong Chik sering dilihat bersama penduduk dan memperjuangkan isu seperti perumahan dan setinggan.
DATO HASAN ALI BANTAI NURUL DI LEMBAH PANTAI
No comments:
Post a Comment