sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Tuesday, 2 July 2013

BERITA BAIK UNTUK GURU YANG JAUH DENGAN KELUARGA !!! @NajibRazak

 



Kementerian Pendidikan bersedia untuk mengkaji semula pertukaran guru-guru yang sudah berkahwin atas faktor kemanusiaan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu Isnin.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mary Yap Kain Ching berkata adalah tidak sesuai bagi pasangan suami isteri, terutama yang baharu berkahwin dipisahkan atas kekangan tugas.

"Bagi saya sebagai pendidik yang ada pengalaman sebagai seorang pengetua, sekiranya ada guru yang minta tukar atas sebab mereka berkahwin, saya beri sokongan penuh," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Hasbulah Osman (BN-Gerik) yang bertanya mengenai permohonan pertukaran guru yang telah berkahwin.

"Ini atas dasar kemanusiaan...tidak sesuai atau tidak baik untuk suami isteri dipisahkan," katanya.

Terdahulu, menjawab soalan Hasbullah mengenai usaha-usaha yang dijalankan untuk memperkasa Institut Perguruan Malaysia (IPGM), Yap berkata beberapa aktiviti dilaksanakan termasuk usaha untuk menarik 30 peratus pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menyertai profesyen perguruan khususnya di IPG.

Institut itu turut melaksanakan usaha ke arah memberi penarafan kepada semua 27 kampus IPG di seluruh negara selain kursus-kursus untuk pengukuhan latihan perguruan dan pembangunan profesionalisme, katanya.

Bagi meningkatkan prestij IPG setanding institut pengajian tinggi awam (IPTA), satu pelan strategi telah dirangka untuk mencapai sasaran 33 peratus pensyarah IPG memiliki ijazah kedoktoran (PhD) menjelang 2020, kata Yap.

Beliau berkata pada tahun 2012, daripada 3,947 pensyarah IPG, seramai 308 pensyarah adalah pemegang Ijazah Doktor Falsafah dan 3,057 Sarjana.


APJ : Memahami rakan-rakan guru yang berjauhan dengan suami atau isteri , semoga korang dapat kembali kepada pangkuan keluarga . sabaq no ….

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive