Ucapan Azam kemudian dipersoalkan oleh beberapa Adun BN yang mencelah mempertikaikan PRK Sungai Limau kononnya aman, tetapi penuh dengan kes tumbuk menumbuk, hinggakan ada wanita UMNO yang ditumbuk berdarah hidung.
Malah ada satu kes, MB Kedah Dato Mukhriz semasa mengunjung ke Peti Undi Sungai Dedap, pada hari pengundian, beliau dimaki hamun oleh perayu undi dan penyokong Pas disana. Malah ada diantara mereka yang tidak mahu bersalam, walaupun salam dihulur oleh MB Kedah.
Apakah itu cara PRK paling baik dan sopan yang dikatakan oleh Azam?
Selepas di soal, Azam menjawab, penyokong dan perayu undi Pas jadi macam tu, disebabkan mereka tidak ajar dengan betul dalam sistem pendidikan sekolah kita.
Jawapan dari Azam menyebabkan ramai adun BN yang tidak berpuas hati. Sistem pendidikan Malaysia yang salah, atau sistem pendidikan pondok Pas yang tidak mengajar pelajar mereka menghormati pemimpin?
Setahu Mc, sistem pendidikan Malaysia mengajar pelajar menjadi lebih bermoral dan pandai menghormati pemimpin. Lain pula yang sistem pendidikan pondok Pas yang sememangnya mengajar membenci pemimpin negara dan hanya menghormati para pemimpin Pas dan sekutunya sahaja.
Sememangnya sistem pendidikan Pas dari 'Pasti' hinggalah ke pondok Pas, mengajar pelajar mereka setia pada pemimpin dan membenci kerajaan Malaysia. Sebab tu mereka jadi taksub dan sentiasa mempercayai bahawa pemimpin mereka maksum
1 comment:
Terlalu taksub dengan cara kepartian boleh menjadikan pengikut menyokong dengan cara membuta tuli hinggakan tidak dapat membezakan antara baik dan buruk.
Sikap menyalahkan orang lain dan menyembunyikan kesalahan diri adalah sesuatu yang menjadi barah yang sukar di ubati. Apalagi jika fitnah telah ditaburkan untuk menutupi kebenaran hinggakan yang batil sangka haq dan yang haq dianggap batil.Inilah lidah manusia......
Post a Comment