sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Sunday 10 November 2013

MUKTAMAR PAS !! MAT SABU BAKAL DI KUBURKAN ULAMA !!! @nikabduh @anwaribrahim @abby_abadi112 #TolakSyiah


YB Ustaz Dato' Haji Mohd Amar bin Haji Abdullah (Dato' Nik Amar) dilahirkan pada 29 Julai 1959 di Jalan Hulu Kota yang kini merupakan tapak Wisma Hasil Dalam Negeri Kota Bharu. Beliau kini merupakan Timbalan Menteri Besar Kelantan dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wilayah, Tanah, Pelaburan dan Sumber Asli.

Dato' Nik Amar merupakan anak sulung kepada pasangan Allahyarham Haji Abdullah Bin Haji Arshad (Pak Nik Lah) dan YM Hajjah Tengku Chik Binti Tengku Ibrahim. Bonda Dato' Nik Amar merupakan cucu kepada Sultan Muhammad IV melalui nendanya YM Tengku Halimah Binti Tengku Muhammad Yusof (bergelar Tengku Sri Laksamana) Bin Sultan Muhammad IV. 

Dari keturunan sebelah bondanya ini, masyarakat setempat lebih mesra memanggilnya Nik Amar sejak kecil lagi. Begitu juga ayahandanya yang digelar Pak Nik Lah, diambil dari isteri kepada datuknya Haji Arshad Bin Tahir Bin Tok Tera seorang ulama yang lebih dikenali dengan Tok Ayah Kedah yang berkahwin dengan YM Raja Meriam yang berketurunan Raja Jembal.

Dato' Nik Amar kini mempunyai empat cahaya mata (2 lelaki 2 perempuan) hasil perkongsian hidup bersama Datin Hajjah Hasmani Binti Husain. Anakanda sulung beliau Taqiyuddin Mohd Amar seorang Hafiz Al-Quran dan pelajar cemerlang di MTAQ Pulai Chondong telah meninggal pada Jun 2004.

Semenjak kecil Dato' Nik Amar dididik dengan disiplin Islam yang ketat oleh ayahandanya serta bersama-sama tinggal dan mendapat pendidikan awal di Pondok Tok Ayah Kedah, Panchor yang diasaskan oleh datuknya. Dalam masa yang sama Dato' Nik Amar bersekolah di Sekolah Melayu Majlis (1965 - 1971) dan meneruskan pengajian hingga ke peringkat Sarjana Falsafah (MPhil) di United Kingdom.

1965 - 1971 Sekolah Melayu Majlis - Sekolah Rendah
1972 - 1977 SMU (A) Tarbiah Mardhiah - Sekolah Menengah (6 Bawah)
1978 - 1979 Maahad Muhammadi Lelaki - Sekolah Menengah (6 Atas)
1979 - 1983 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) - Sarjana Muda Pengajian Islam
1985 - 1988 University of Birmingham, UK - MPhil in Theological Studies

Sebelum bergiat aktif dalam politik, Dato' Nik Amar merupakan seorang Pensyarah Jabatan Ilmu Wahyu, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Petaling Jaya, Selangor dan sempat berkhidmat selama 10 tahun (1985-1995). 

Beliau seterusnya dipanggil pimpinan PAS Kelantan untuk bertanding di kerusi Parlimen Pengkalan Chepa dan seterusnya bertanding sebagai ADUN Panchor hingga sekarang. Selain berada dalam Majlis Mesyuarat Negeri Kelantan, Dato' Nik Amar juga merupakan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat serta Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan hingga sekarang.


MAT SABU 

Mohamad Sabu atau 'Mat Sabu' (lahir 14 Oktober 1954 di Tasek Gelugor) merupakan seorang ahli politik Malaysia dari parti PAS yang berbangsa Melayu. Beliau kini merupakan Timbalan Presiden PAS. Sebelumnya, beliau pernah menjawat jawatan sebagai Naib Presiden PAS,Naib Pemuda PAS Pusat dan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat. Mohamad Sabu pernah menjadi Ahli Parlimen Kuala Kedah pada tahun 1999-2004.

Mat Sabu bersekolah di Pulau Pinang sebelum menyambung pelajaran jurusan pemakanan di ITM.

Tahun 1975 menyertai ABIM dan 1981 menyertai PAS. Beliau bertanding dalam Pilihan raya umum Malaysia 1982 di Dun Penanti tetapi tewas.Sekali lagi tewas kepada rakan ABIM nya , Datuk Seri Anwar Ibrahim di parlimen Permatang Pauh dalam Pilihan raya umum Malaysia 1986. Apabila berhijrah ke Kelantan, beliau menang dalam Pilihan raya umum Malaysia 1990 di parlimen Nilam Puri. Sekali lagi memang di kerusi parlimen Kubang Kerian dalam Pilihan raya umum Malaysia 1995.

Dalam Pilihan raya umum Malaysia 1999 beliau menang di parlimen Kuala Kedah,Kedah. Tapi tewas lagi di Kuala Terengganu dalam Pilihan raya umum Malaysia 2008 kepada Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail dan nenek Maimun Yusuf (89 tahun) . Razali memperolehi 32,562, dengan majoriti 628 undi.Mohamad Sabu (31,934 undi) dan Maimun (685 undi).

Dua kali tahanan ISA

Mohamad Sabu merupakan salah seorang daripada pemimpin PAS yang telah dua kali ditahan di bawah akta ISA semasa beliau menjadi aktivis Dewan Pemuda PAS Pusat. Penahanan pertama berlaku pada tahun 1984 sehingga 1986 di atas tuduhan terlibat dalam gerakan pelampau. Selepas menghadapi penderaan siasatan selama 60 hari, beliau telah dibuang daerah ke Kuala Pilah, Negeri Sembilan dengan pergerakan terhad selama dua tahun.

Penahanan kali kedua berlaku pada tahun 1987 sehingga tahun 1989. Beliau ditahan bersama ramai anggota pembangkang dari PAS dan DAP di bawah Operasi Lalang. Semasa dalam tahanan beliau berkenalan dengan YAB Lim Guan Eng kini menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Bagi Mohamad Sabu ketegangan itu berpunca dari memarakkan api perkauman di antara MCA yang melibatkan Tan Sri Lee Kim Sai dan Pemuda UMNO yang melibatkan Datuk Seri Najib Razak kini adalah Perdana Menteri Malaysia, Tan SriMuhammad Mohd Taib, Menteri Besar Selangor ketika itu berhubung isu tuntutan Timbalan Perdana Menteri yang dimainkan oleh MCA.

BERSIH

Perhimpunan BERSIH yang berlangsung pada 10 November 2007, beliau merupakan Pengerusi Gerakan Mobilisasi dan Demokrasi dan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (BERSIH).

Pilihanraya umum Malaysia 2008

Pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau telah kalah kepada calon Barisan Nasional di kerusi Parlimen Kuala Terengganu,Terengganu.

Kontroversi  Dituduh khalwat

Semasa menjadi Ketua Pemuda PAS, beliau ditangkap 'khalwat' dengan isteri orang bernama 'Normah Abdul Halim' di bilik 121, Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan. Kes ini dibicarakan di Mahkamah Syariah Kota Bharu. Serbuan oleh pegawai Jabatan Agama Hal Ehwal Islam Kelantan [JAHEIK] disertai krew TV3. Bagaimanapun Mat Sabu bebas dari tuduhan itu kerana kekurangan bukti. Isteri Mat Sabu juga bernama 'Normah'. Kes 1994 ini muncul semula dalam Youtube pada 12 September 2011 .

Wira Bukit Kepong

Rencana utama: Kontroversi ucapan Mat Sabu 2011

Pada 21 Ogos 2011 semasa satu ceramah di Gelugor, Pulau Pinang, Mohamad Sabu mengeluarkan satu kenyataan kontroversi dengan mengatakan kononnya Muhammad Indera, ketua tentera Parti Komunis Malaya (PKM) semasa Peristiwa Bukit Kepong 1950 yang selayaknya digelar "hero negara" dan bukannya anggota polis yang berjuang sehingga ke titisan darah terakhir untuk mempertahankan balai polis Bukit Kepong, dengan mendakwa kesemua anggota polis semasa serangan tersebut sebagai "pegawai British" manakala askar PKM pula dianggap "hero negara sebenar" memandangkan mereka "menentang British". 

Ceramah tersebut, yang videonya tersebar luas di laman YouTube, telah mencetuskan kemarahan rakyat di seluruh Malaysia, memandangkan kenyataan tersebut dianggap sabagai satu penghinaan terhadap ahli keluarga 25 orang termasuk kanak -kanak, dan wanita yang terkorban dalam serangan tersebut, di samping para pejuang kemerdekaan lain yang tiada kaitan dengan PKM seperti Tunku Abdul Rahman dan Dato' Onn Jaafar.

Walau bagaimanapun, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menafikan segala tuduhan tersebut serta mempertahankan kenyataan dan dakwaan Mohamad Sabu atas alasan sama.

Pada 10 Sep 2011, Mat Sabu mempertikaikan pula jasa Sarjan Hassan mempertahankan tanah air.

Pada 20 September 2011, rumahnya disimbah dengan minyak tanah dan dibakar. Rumahnya di Seksyen 19 , Shah Alam ketika itu didiami oleh anaknya. Isterinya Normah Alwi (57) menjaga ibu bapanya yang dimasukkan ke Hospital Kangar, Perlis. Laporan polis dibuat di Balai Polis Seksyen 15, Shah Alam.

Pada 21 September 2011, Mat Sabu didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Butterworth kerana memburukkan imej polis dan keluarga mereka dalam ceramah di Padang Menora pada 21 Ogos 2011.

Peguam Mohamed Hanipa Maiden menyatakan Mat Sabu dibebaskan dengan jaminan RM15,000 sehingga hari perbicaraan.Jika sabit kesalahan, Mohamad boleh dipenjarakan sehingga dua tahun, atau didenda atau kedua-duanya sekali.

Hubungan dengan Syiah

Keterangan Mat Sabu berkaitan isu Syiah telah mengaitkan beliau dengan sokongannya terhadap Iran dan proksinya seperti Hezbollah. Beliau dinasihati agar lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan berkenaan Syiah kerana ia melibatkan akidah umat Islam di Malaysia.


P/S : Martabatkan barisan Ulama dalam Pas bukan menaikkan barisan Anwarinas dan Syiah dalam barisan pentadbiran Pas . 

2 comments:

Unknown said...

Salam Bro,
tolong linkkan blog aku. Selamat berjuang. Terima kasih.
http://salatusalatin.blogspot.com/

Anak Melayu said...

OK .. SAMA2 YA

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive