sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Friday 22 November 2013

PANAS MUKTAMAR : USUL DITERIMA , PAS PENANG BAKAL BERCERAI DENGAN DAP ??


Apa yang menarik perhatian Apj dalam Muktamar Pas semalam adalah Pemuda Pas Pusat sebulat suara meluluskan usul untuk mengkaji Tahaaluf Siyasi (kerjasama politik) dalam Pakatan Rakyat di Pulau Pinang untuk dibawa ke Muktamar Pas Pusat.

Wakil Pemuda Pas Permatang Pauh, Mohd Shafirol Rozali ketika membentangkan usul tersebut, berkata pihaknya kesal dengan tindakan kumpulan tertentu yang tidak menghayati konsep tahaaluf siyasi yang diperkenalkan Majlis Syura Ulama parti itu.

"Kita bukan nak cari pasal atau bergaduh dengan sesiapa, tapi kita mahu berkawan dengan sesiapa sahaja.

"Persoalannya selepas tahaaluf siyasi diperkenalkan, ada di kalangan mereka yang tidak menghayati perkara ini sebagai sesuatu yang serius," katanya.

Usul tersebut ekoran kemelut hubungan Pas dengan kerajaan pakatan di Pulau Pinang apabila Timbalan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang Muhammad Fauzi Yusof dilaporkan meminta exco kerajaan itu berhenti campur tangan dalam pentadbiran majlis agama negeri itu.

Muhammad Fauzi juga dikatakan menuntut lantikan lebih ramai pemimpin Pas menganggotai majlis pihak berkuasa tempatan. 

Apj lihat Pemuda Pas Pulau Pinang berani menyatakan hak mereka yang di tindas Dap Pulau Pinang. Pemuda Pas Pulau Pinang dilihat sedar dari lamunan apa yang dilakukan Dap terhadap mereka.

Pada pandangan mata Apj sendiri Dap seolah hanya memandang sebelah mata sahaja pemintaan dari Pas, mungkin kerana Pas di Pulau Pinang tidak membawa apa-apa makna buat mereka setelah Dap menang besar di Pulau Pinang.

Semoga Pas Pusat dapat juga berfikir sepertimana Pas Pulau Pinang fikir dan terkena dengan kelakuan Dap ini.

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive