sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Saturday 30 November 2013

GEMPAR !!! KEJAM !!! PERAK NAIKKAN GAJI ADUN !!! @NizarZakariaMP @ZambryAbdKadir


PERAK JUGA UMUM GAJI ADUN NAIK



Sidang Dun Perak semalam meluluskan perbelanjaan sebanyak RM339 juta bagi Bajet 2014.

Perkara itu dipersetujui selepas kesemua Adun berbahas pada Persidangan Kelima Mesyuarat Ketiga, Penggal Pertama, Dun Perak.

Bajet yang diluluskan itu termasuklah kenaikan elaun saraan Adun daripada RM4,112.79 kepada RM6,000 sebulan.

Persidangan yang berlangsung selama lima hari bermula 25 November sehingga semalam itu turut meluluskan peruntukan sebanyak RM2.12 juta atau RM3,000 sebulan kepada semua 59 pusat khidmat Adun termasuk kawasan pembangkang.

Pemberian peruntukan kepada semua Pusat Khidmat Adun itu merupakan yang pertama kali dalam sejarah Negeri Perak.

Kelulusan itu diumumkan Speaker Dun Perak, Datuk Seri SK Devamany hari ini bagi kesemua portfolio kerajaan negeri.

Sebelum diluluskan, kesemua Exco Kerajaan Negeri membuat penggulungan bagi setiap portfolio masing-masing. SINAR

APJ : MANTAPLAH PERAK , KEDAH DAN NEGERI2 YANG ELAUN ADUN !! 

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive