Mulanya aku kurang minat nak tulis pasal cerita kangkung ni kerana aku tahu PM sudah punya BECKUP yang cukup kuat dari jentera berbayar yang diupah oleh PMO di bawah pegawai medianya yang dikatakan hebat itu , dalam kalangan dunia blogger pro BN tahu pegawai medianya antara orang besar dalam kumpulan MYKMU dan sebuah NGO yang mendapat bayaran mewah dari PMO.
Jadi kami blogger marhaen biarkan sajalah geng Pegawai Media PM ni buat kerja yang hebat menangkis tohmahan pembangkang terhadap PM , kalau kami kacau dikatakan penyibuk pulak tugas geng-geng pegawai media PM nih !! huh
Hampir seminggu sudah berlalu , kangking tetap menjadi siulan dan fenomena hebat di media sosial , habis dikangkungnya PM Najib , pembela berbayarnya langsung tak nampak cerita , mungkin sedang lena atas duit jutaan ringgit yang ditaburkan PMO tu huh !!!
Aku sedih juga bila pagi tadi semasa menghirup kopi panas di sebuah gerai di pendalaman Kedah ni , riuh cerita KANGKUNG NAJIB di kedai kopi ni , huh hebat , sampai orang kampungpun main-mainkan Najib dengan Kangkung !! alahai kesiannya !!
Malam tadi semasa makan di Sungai Petani , entah macam mana aku terorder KANGKUNG , tiba-tiba awek ambil order ni ketawa udah rupa iblis rupanya bila aku sebut KANGKUNG satu huh !! baru aku tau fenomena KANGKUNG ni satu Malaya heboh !!!
Dalam kalangan member-menber pejuang tak berbayar dan telah di longkangkan oleh UMNO seperti aku ni , aku tertarik dengan dua posting dari sahabat pejuang pro umno , ayat mereka memang marah pada team dan NGO berbayar oleh PMO yang di ketuai oleh pagawai media PM tu !!! di mana mereka ini tatkala PM di KANGKUNG oleh Pakatan Rakyat !!
Inilah nasib Perdana Menteri yang mempercayai dan memberi amanah pada mereka , tujuan mereka hanya duit tapi kerja dalam perang maya ?? macam haram jadah jadinya , elokpun Pm di haram jdahkan pembangkang kerana pegawainya pun haram jadah !!
Apapun sebenarnya aku nak ucapkan tahniah pada PM kerana membela mangkuk-mangkuk hayun ini , duit dah masyuk tapi membantu PM bila di serang pembangkang tidak sekali !! Kami pejuan-pejuang marhaen akan terus melihat mangkuk-mangkuk yang di bayar PMO ni berseronok melancong dan melencong tanpa membantu Perdana Menteri .
Rasanya jika beginilah hasilnya tak mustahil Perdana Menteri bukan takat di KANGKUNG kan oleh Pembangkang malah di Longkangkan oleh Pegawai Medianya dan kuncu-kuncu yang diketuainya seperti MYKMU dan NGO perguna nama kami untuk dapat duit tu !! huh
P/S : aku akan dedahkan Pegawai Media PM ni gunakan nama kami dengan menyuruh kami mengisi borang dan member sebuah handfon , dan nama ini di gunakan untuk dapatkan peruntukkan yang di baway PMO !!!
1 comment:
memang xpatut...jangan layu mcm kangkung dipanah mentari.. tunduk je ya
Post a Comment