sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Tuesday, 10 March 2015

DS Mukhriz Hadiri Majlis Kerajaan Negeri Bukan Segaja Tidak Ke Majlis Bersama PM


Ketua UMNO bahagian seluruh negara menyatakan sokongan serta akan bersama kepimpinan Datuk Seri Najib Razak dalam mendepani segala cabaran khususnya membabitkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pada pertemuan itu yang berlangsung hampir dua jam bersama Ketua UMNO bahagian seluruh negara, Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO memberi jaminan tidak ada mana-mana individu dalam 1MDB akan terlepas daripada hukuman jika terbukti melakukan penyelewengan.


Hadir sama di pertemuan itu Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Mansor,Naib Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishamuddin Hussien.

Dari 191 Ketua UMNO Bahagian di seluruh negara 160 hadir.Seramai 30 yang lain termasuk Timbalan Presiden UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Pagoh Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak hadir kerana ada urusan lain.

Begitu juga Menteri Besar Johor Datuk Seri Khaled Nordin dan Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir.

Kebanyakan Ketua UMNO Bahagian yang tidak dapat hadir ialah dari Johor dan Sabah kerana ada program awal yang perlu mereka hadiri.

Apapun Pengerusi Penyelaras pertemuan itu,Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan Ketua UMNO Bahagian Bera sewaktu sidang akhbarnya itu menjelaskan pertemuan itu adalah pertemuan biasa.

Ia diadakan atas inisiatif Ketua-ketua Bahagian UMNO sendiri.

Menurutnya mereka saling berhubung sesama sendiri untuk atur pertemuan itu.

Katanya pertemuan Ketua-ketua Bahagian UMNO dengan Perdana Menteri diadakan sekali pada tahun lalu dan mula sekarang mereka berharap ia dapat diadakan dua kali setahun.

Jadi menurut beliau pertemuan hari ini adalah pertemuan pertama untuk tahun ini.

Mengenai ketiadaan Timbalan Perdana Menteri beliau menjelaskan Muhyiddin hendak hadir namun tidak dapat datang kerana ada komitmen lain.

Malah katanya semasa pertemuan yang lalu pun beliau tidak dapat hadir.

Ismail Sabri memberitahu dalam pertemuan itu beberapa isu dalaman parti diperbualkan termasuk isu 1MDB.

Katanya hasil penerangan yang diberikan oleh Perdana Menteri mereka semua berpuashati khususnya jaminan tidak akan lindungi sesiapa jika berlaku penyelewengan.

Ismail Sabri berkata ketua-ketua bahagian UMNO memandang berat dan tidak berkompromi sekiranya wujud penyelewangan dalam 1MDB.


Bagaimanapun katanya Najib mengulangi komitmennya supaya syarikat pelaburan strategik kerajaan berkenaan diaudit oleh Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara bagi menjamin ketelusannya.

Dalam pertemuan itu mereka juga telah isytihar sokongan penuh kepada kepimpinan Perdana Menteri.

Ismail Sabri menegaskan adalah menjadi tanggongjawab Ketua-ketua Bahagian UMNO berpadu mendokong Perdana Menteri ketika berdepan dengan berbagai tomahan dan fitnah pihak pembangkang kebelakangan ini



Penulis nak jawab sikit tulisan dari blog Kedahku.blogspot.com ni yang mempersoalkan ketidakhadiran beberapa pemimpin termasuk Menteri Besar Kedah. 

Menteri Besar Kedah Hadiri Majlis Konvokesyen Kolej Universiti Insaniah yang ke 16


Untuk pengatahuan semua, sebagai Pemimpin utama negeri Dato' Seri Mukhriz bukan sahaja kena memberi komitmen kepada segala program Kerajaan Negeri ditambah pula dengan kehadiran Yang Di Pertuan Agong dan Pengerusi Pemangku Sultan Kedah.

Pada 7 habulan lalu, Dato' Seri Mukhriz telah menghadiri Konvokesyen Kolej Universiti Insaniah bagi sidang pertama yang dihadiri oleh Yang  Di-Pertuan Agong dan Permaisuri di Kolej Insaniah Kuala Ketil. 

Pada 8 haribulan pula, sewaktu pertemuan ketua-ketua Umno Bahagian bersama Perdana Menteri di Kuala Lumpur, Dato' Seri Mukhriz juga perlu menghadiri Sidang kedua Istiadat Konvokesyen Kolej Universiti Insaniah di Kampus Kuala Ketil. YTM Tunku Temenggung Tunku Salehuddin turut berangkat hadir yang diiringi oleh YAB Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir.

Jadi tidak adapun masalah dan tuduhan seperti yang disebut oleh pihak-pihak ini, sebagai seorang Menteri Besar, Dato' Seri Mukhriz perlu menjalankan tanggungjawab terhadap negeri dahulu sebelum benda lain. 




Bukan sengaja untuk tidak hadirkan diri semasa pertemuan bersama Perdana Menteri itu. Lagipun Dato' Seri Mukhriz dijangka bertemu Perdana Menteri pada Konvensyen Umno Kedah yang dijadualkan pada 14 dan 15 mac nanti.

Penulis harap penjelasan ni, pihak-pihak yang berbunyi tu FAHAM la kot na, jangan main sembur saja, bukan apa takut jadi FITNAH.



1 comment:

Anonymous said...

Dari 191 Ketua UMNO Bahagian di seluruh negara 160 hadir.Seramai 30 yang lain termasuk Timbalan Presiden UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Pagoh Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak hadir kerana ada urusan lain.
pakistani lawn suits stitched
pakistani stitched linen suits

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive