sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Thursday 19 March 2015

Kerajaan Perlu Ambil Serius Kenaikan Kos Perubatan - @AzwanBro


Pergerakan Pemuda UMNO menggesa kerajaan memberi penekanan terhadap aspek kualiti perkhidmatan kesihatan dan kemampuan rakyat Malaysia untuk menghadapi kos perubatan yang semakin hari semakin naik.
Khairul Azwan Harun

Naib Ketua Pemuda UMNO, Khai­rul Azwan Harun berkata, kebimba­ngan itu berikutan kos perkhidmatan kesihatan di rantau Asia mengalami peningkatan antara enam hingga lapan peratus setiap tahun.

“Kita tidak persoalkan mengenai akses perkhidmatan kesihatan ke­rana kemudahan hospital dan klinik boleh didapati di banyak tempat.

“Bagaimanapun, kita minta kerajaan tekankan soal penjagaan pesakit kerana tahap kualiti dan kos kesihatan boleh dipertikaikan apabila pesakit perlu melalui peringkat untuk rawatan lanjut dengan doktor pakar,” katanya dalam sidang akhbar di Akademi Kepimpinan Kapten Hussein di sini hari ini.

Menurut Khairul Azwan, gesaan pihaknya berikutan hasil perbincangan meja bulat antara Pemuda UMNO bersama pengamal-pengamal perubatan, pihak industri kesihatan serta pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Menurut beliau, isu tersebut perlu diberi perhatian meman­dangkan perbelanjaan penjagaan kesihatan oleh kerajaan hanya melibatkan 3.9 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2013.

Katanya, usaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan serta menawarkan kos yang berpatutan perlu melibatkan kedua-dua pihak kerajaan dan swasta.

Katanya, Pemuda UMNO juga menggesa industri kesihatan di negara ini agar lebih berdaya saing untuk menghasilkan ubat-ubatan dan kelengkapan kesihatan tanpa perlu terlalu bergantung kepada negara asing.

“Kita meminta ke­rajaan agar memberi penekanan kepada syarikat-syarikat farmaseutikal untuk me­lakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta menjadikannya sebagai Indeks Petunjuk Prestasi (KPI),” katanya.

Menurut beliau, ke­rajaan juga digesa menyemak semula sistem perolehan dalam pembelian ubat-ubatan dan kelengkapan kesihatan bagi mengelak sebarang bentuk ketirisan.

“Kami akan mengangkat cada­ngan-cadangan ini kepada Kementerian Kesihatan dan Majlis Ter­tinggi UMNO.

“Selain daripada isu kos sara hidup, isu perkhidmatan kesihatan juga me­rupakan isu penting yang diperjuangkan Pemuda UMNO,” katanya.

1 comment:

Anonymous said...

Jadi, yang memandai2 nak buat dispensing separation tu apehal? Bukan sj menyusahkan pesakit, malah meningkatkan kos kpd semua pihak.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive