sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Sunday 26 October 2014

TERBAIK !! MEK MULUNG DI IKTIRAF SENI WARISAN KEDAH - @MukhrizMahathir



Semalam Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir merasmikan pembukaan Sidang Kemuncak Penulis Malaysia, dan sekali gus melancarkan buku Mek Mulung: Kesenian Perantaraan Manusia dan Kuasa Ghaib Warisan Kedah Tua.

Malam yang menghimpunkan penulis dari seluruh negara, amat bermakna apabila usaha penerbitan dan dokumentasi Mek Mulung sebagai warisan seni tunggal negeri ini telah diusahakan oleh ITBM dan BDB.

Dengan mengambil fakta bahawa Kedah sebagai satu-satunya negeri di mana Mek Mulung dimainkan dari generasi ke generasi selama lebih 400 tahun ini, maka semalam DSMM mengumumkan Mek Mulung sebagai SENI WARISAN KEDAH.

Susulan pengiktirafan ini, pelbagai usaha akan digerakkan Kerajaan Negeri dengan kerjasama pihak tertentu, khususnya ITBM dan BDB, untuk mempromosi teater tradisional ini ke peringkat nasional dan antarabangsa, sekali gus membuka jalan untuk membolehkan Mek Mulung suatu hari nanti dipertimbangkan UNESCO sebagai World Heritage atau Warisan Dunia.

Sebagai penghargaan serta tanda sokongan kepada industri penulisan negara, DSMM dengan sukacitanya juga mengumumkan penubuhan YAYASAN PENULIS MALAYSIA, sebuah NGO yang diharap dapat menggerakkan industri secara lebih aktif.

Objektifnya adalah untuk menyatupadukan rakyat berbilang bangsa, dan seterusnya membantu Malaysia mencapai matlamat sebagai negara maju bertamadun besar suatu hari nanti.

Pada rakyat Kedah yang tak pernah tahu mengenai Mek Mulong, admin harap boleh beli buku ini dengan harga rm50 sambil ia membantu Yayasan Penulis Malaysia. Sedihlah apabila orang Kedah tak tahu atau kenal dengan Mek Mulong ni.

Kalau ada video lakonan Mek Mulong, admin akan upload video Mek Mulong ke page MMFC ni.

#MMFC #KFA #PulunKedahPulun #KedahSerataRata #KedahAmanMakmur#MBmesraRakyat #Kedah #AlorSetar #KedahRules #ThisIsDarulaman

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive