sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Wednesday 3 April 2013

GEGAR !!! 12 NGO INDIA DI JERAI SECARA TERBUKA NYATA SOKONG BN !!! @NajibRazak @TunFaisal #TukarKedah


Bertempat di Taman Gurun Jaya , Gurun Kedah malam tadi sebanyak 12 NGO telah berkumpul bagi menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional, Perdana Menteri dan kepada Penyelaras Parlimen Jerai iaitu Dato Suhaimi Abdullah dalam PRU13.

Ngo-Ngo ini terdiri daripada persatuan-persatuan, PIBG Sekolah , Kuil , dan masyarakat India di kawasan Parlimen Jerai dan sebagainya.

Kesemua Pengerusi-pengerusi Ngo yang terlibat telah berucap di hadapan hampir 150 orang penyokong mereka dan bersepakat bersatupadu bagi menyokong dan memastikan kemenangan Barisan Nasional dalam pilihan raya kali ini.


Mereka menyatakan kekaguman kepada Perdana Menteri yang sememangnya membantu masyarakat India di Malaysia khususnya di Jerai, Kerajaan juga telah memberi segalanya bentuk bantuan seperti bantuan pinjaman TEKUN kepada peniaga bagi meningkatkan taraf hidup mereka.

Mereka juga menyatakan sokongan penuh kepada Dato Suhaimi Abdullah selaku penyelaras Parlimen Jerai yang selama ini tidak pernah jemu membantu masyarakat India setempat. 


Bagi mereka Dato Suhaimi Abdullah adalah seorang pemimpin yang tak pernah kenal erti penat dalam membantu semua rakyat di Parlimen Jerai. Atas penghargaan ini mereka akan menyokong beliau jika beliau bertanding dalam pilihanraya ke 13 nanti. 

Pengerusi-pengerusi Ngo yang terlibat juga menyeru agar ahli mereka meletakkan pelekat kereta 1 Malaysia bagi meyatakan sokongan penuh kepada Barisan Nasional.


APJ : Masyarakat India sudah menunjukkan sokongan pada Barisan Nasional , yang lain bila lagi ?? .. 



No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive