sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Thursday 4 April 2013

OP DAULAT :SEORANG LAGI DATUK SERI DI CARI BERKAITAN KES SULTAN SULU #LahadDatu



Lahad Datu, 3 April - Polis mencari seorang lagi lelaki tempatan bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan berhubung kes yang berkaitan Operasi Daulat.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Tan Kok Liang berkata Clarence Luing Karl@Muhammad Khalil John L Karl, 57, dicari kerana dipercayai mempunyai hubungan dengan kesultanan Sulu.

"Lelaki yang alamat terakhir di RH55, Jalan Ranau Lama, Kampung Bawang, Tamparuli, Sabah diminta segera menyerah diri di mana-mana balai polis berhampiran," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Tanpa menjelaskan butiran lanjut lelaki itu, Tan berkata orang ramai yang mengenali lelaki terbabit diminta menghubungi Rakan Cop atau balai polis berhampiran.

Sebelum ini seorang lelaki bergelar Datuk Seri telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, Selangor selepas dikaitkan dengan Operasi Daulat dan dia kemudian ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.

Antara itu, beliau berkata seramai 1,299 orang telah dibenar pulang ke rumah masing-masing sejak semalam selepas tiga pusat pemindahan di Cenderawasih, Gemala Pura dan Fajar Harapan di sini ditutup.

Kini hanya tinggal 106 orang daripada 17 keluarga masih mendiami pusat pemindahan di Embara Budi berikutan rumah mereka mengalami kerosakan teruk, katanya. Tan berkata tiada pertempuran sejak 28 Mac lepas namun kawalan keselamatan masih dijalankan di semua lokasi di bawah Operasi Daulat.-Bernama

2 comments:

Anonymous said...

TAMPARULI - 57-year-old suspect known as Clarence Luing Karl@ Muhammad Khalil John L Karl whom cops believed is involved with the recent Lahad Datu Sulu intrusion was shot dead at his residence in Tamparuli around 8pm yesterday.

His house was riddled with bullets which pierced through the concrete bricks.

Clarence who calls himself 'Datuk Seri' lives in Kampung Bawang, Tamparuli, about 45 minutes drive from Kota Kinabalu town. Sumber WikiSabah

Unknown said...

His house riddle with bullet that pierced thru the concrete wall? That NO ordinary 12 gauge shotgun pellet! This guy must have known something very sinister that worth his life.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive