sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Saturday 13 April 2013

TUDIA !!! TAKTIK BARU GORES DAN MENANG !!! MENIPU JA KERJANYA

Petaling Jaya, 12 April - Koyak dan menang, antara modus operandi terbaharu sindiket penipuan yang memperdaya orang ramai dengan menjanjikan pelbagai hadiah lumayan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Yahaya Ramli berkata taktik itu terbongkar dengan penangkapan 12 suspek melibatkan lapan lelaki dan empat wanita tempatan di sebuah restoran di Panglima Garang, Selangor pada Selasa lepas.

"Sindiket ini menggunakan modus operandi memberi baucar pelbagai nilai seperti RM100 hingga RM1,000 bagi pembelian barangan elektrik, sebagai contoh, harga yang ditawarkan RM3,238 kepada mangsa dan mangsa cuma perlu membuat
pembayaran sebanyak RM2,238 sahaja setelah ditolak jumlah baucar yang diberi.

"Dalam pada itu, suspek juga akan meminta kad ATM milik mangsa, kononnya bagi menyemak baki wang yang ada dalam akaun mangsa, dan setelah mangsa membuat semakan baki wang dalam akaunnya, mendapati wang telah berkurangan," katanya
pada sidang akhbar di sini hari ini.

Yahaya berkata semakan mangsa dengan bank mendapati potongan dibuat secara sekali gus berhubung pembelian barangan eletrik.

Beliau berkata suspek menyasar individu berusia antara 30 dan 60 tahun serta aktif di kawasan tumpuan ramai seperti pusat membeli-belah Carrefour dan Mydin.

Yahaya berkata baucar akan diberi kepada mangsa yang hanya perlu mengoyaknya.

Bertindak atas maklumat, beliau berkata polis merampas 245 item termasuk barangan elektrik, borang permohonan dan baucar di pejabat suspek di Morib, Banting.

"Suspek juga dipercayai melakukan kegiatan itu di enam negeri iaitu Selangor dengan sembilan laporan, Negeri Sembilan (7), Kedah (3), Perak (2), Melaka (11) dan Johor (2) yang melibatkan 34 laporan oleh mangsa," katanya sambil menambah
suspek yang berumur lingkungan 30-an itu disiasat mengikut Seksyen 402 Kanun Keseksaan.

Yahaya berkata polis akan terus memantau sindiket gores dan menang yang beroperasi sekitar Subang Jaya bagi mengelak lebih ramai pengguna menjadi mangsa. - BERNAMA

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive