sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Saturday 3 May 2014

HUDUD : KERAJAAN PAS KELANTAN TIBAI TERESSA KOK KAW KAW !!!


Hudud : PAS Bidas Kenyataan Teresa Kok

Kerajaan Pas Kelantan membidas Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok kerana membuat kenyataan kononnya pelaksanaan hukum hudud di negeri ini hanya untuk menarik sokongan orang Melayu.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, pelaksanaan undang-undang jenayah Islam itu adalah perjuangan Pas sejak dahulu malah perkara itu terkandung dalam manifesto pilihan raya.

Beliau berkata, pihaknya wajib melaksanakan hukum Allah itu tambahan pula rakyat telah memberikan kepercayaan sejak 20 tahun lalu kepada Pas untuk memerintah negeri ini.

"Dia kata kita hendak tarik undi orang Melayu, dia pula tidak sokong hudud sebab takut undi Cina hilang.

"Soalnya, Pas berjuang untuk menegakkan Islam dan berusaha melaksanakan undang-undang jenayah Islam sejak dahulu lagi malah terkandung dalam manifesto pilihan raya kita," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Selasa lalu, selepas mengadakan pertemuan dengan Mohd. Amar, Teresa mengeluarkan kenyataan bahawa Pas ingin melaksanakan undang-undang Islam itu bagi mengelakkan kehilangan sokongan Melayu.

Ekoran daripada itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mempersoalkan keikhlasan Pas dalam melaksanakan hukum hudud di Kelantan sama ada benar-benar berlandaskan Islam atau sekadar meraih sokongan politik.

Mohd. Amar yang juga Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kelantan berkata, rakyat pasti akan tertanya-tanya kenapa pihaknya tidak melaksanakan hudud selepas UMNO telah memberikan ruang.

"Rakyat memberi kepercayaan kerana janji kita untuk melaksanakan hudud, kalau kita berusaha dan dalam keadaan UMNO memberi ruang tentu rakyat akan menilai kembali sokongan yang diberikan kepada kita.

"Mereka akan kata kami sokong Pas beberapa penggal tiba-tiba tidak buat hudud, selama ini kita kata UMNO halang tetapi UMNO sudah buka pintu, maka rakyat pasti tertanya-tanya," katanya.

Katanya, tidak timbul isu keikhlasan kerana hudud adalah hukum Allah yang wajib dilaksanakan oleh umat Islam.

Sementara itu, ketika ditanya adakah Kerajaan Pas Kelantan akan terus memberikan penerangan berkaitan hudud kepada sekutu pembangkang, Mohd. Amar berkata, pihaknya bersedia pada bila-bila masa.

"Itu bergantung kalau DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu. Pertemuan baru-baru ini adalah inisiatif Pas pusat dan kita tidak ada masalah, bersedia untuk memberikan penjelasan," katanya.

Tambahnya, persedian untuk melaksanakan hukum hudud di negeri ini pada tahun depan berjalan dengan lancar mengikut perancangan yang ditetapkan.

Malah katanya, Kerajaan Pas Kelantan menyambut baik cadangan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya sebuah jawatankuasa teknikal pelaksanaan hudud ditubuhkan di peringkat kebangsaan.

rakyat news 

3 comments:

Anonymous said...

Betul tu, semua perintah wajib, wajib dibuat, ikhlas pun kena buat, tak ikhlas pun kena buat. Tak boleh jadikan tak ikhlas sbg alasan utk tak buat.
Mcm solat fardhu, ikhlas ke tak ikhlas ke, kena buat jugak.

Anonymous said...

Malaysia ini kan NEGARA ISLAM di mana ISLAM adalah Agama Persekutuan - jadi apahal perlu meminta KEBENARAN-mcm-KULI pd. si PENDATANGKAPIRDAJAL DAPBANGKAI/MCA-GERAKAN-MICDALANGDUAMUKA dll, utk. melaksanakan HUKUM ISLAM berdasarkan undg-undg SYARIAH?

Aku syak habis ulama-ulama TULEN dlm PAS diBUNUH seorg. demi seorg - disyaki diracun, termasuk yg. boleh sebabkan lemah jantung/kanser dsbnya - oleh si KAPIRDAPBANGKAI/PKRSODOM(yg. merupakan ejen Barat-ZIONIS, dan racun kimia utk sebabkan kanser/lemah jantung adalah MO biasa Barat-ZIONIS)!

Dan dah tiba masanya undg-undg SYARIAH dibuat menjadi lebih berkuasa dr. undg-undg KAPIR Barat-ZIONIS! Apahal Malaysia sbg. NEGARA ISLAM, nak TUNDUK-mcm-KULI pd falsafah dan undg-undg "demokrasi/hak asasi/kebebasan mutlak" LIBERAL SAMPAH si KAPIR Barat-ZIONIS! Kononnya falsafah, budaya dan undang-undang KAPIR Barat-Zionis yang 'terbaik' - sedangkan gaya hidup mcm. BINATANG BUAS-PENGIKUT-SYAITAN, yg. rakus MEMUJA wang, kebebasan seks termasuk homoseksual/pelacuran/pornografi/kehamilan luar nikah-pengguguran anak (termasuk kanak-kanak)/bertelanjang-beraksi lucah dpn. Awam/ketagihan dadah,-alkohol-perjudian/MEROGOL BINATANG dsbnya - akan terus MENJAHANAMkan akhlak, akidah dan tamadun umat Islam/Melayu, terutamanya jenerasi muda kita (lihat pesta dadah tempoh hari)!

Lihat akhbar(ANTI-ISLAM) di http://www.dailymail.co.uk/tvshowbiz/article-2561478/Miley-Cyrus-gives-away-gold-leaf-rolling-papers-wearing-marijuana-leaf-leotard-Bangerz-tour-Canada.html , Miley Cyrus gives away rolling papers made of GOLD before wearing marijuana leaf leotard on Bangerz tour in Canada, By Daily Mail Reporter, 17 February 2014; dan di http://www.dailymail.co.uk/news/article-2352779/Bestiality-brothels-spreading-Germany-campaigner-claims-abusers-sex-animals-lifestyle-choice.html , Bestiality brothels are 'spreading through Germany' warns campaigner as abusers turn to sex with animals as 'lifestyle choice' By Matt Blake, 1 July 2013 !

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

maae said...

Sokongan kepada Islam jauh berbeza dengan sokongan politik. Jika kita bijak, ia tidak boleh berbaur kerana Islam ada platfom yang kukuh duduk paling atas.Islam itu apa-apa syiar Allah SWT yang WAJIB di laksana, di di dengar dan di patuhi.

Manakala politik itu nafsu manusia. Ia terlibat dengan kuasa dan kuasa wang. Paling teruk fitnah itu di jadikan amalan, lidah bercabang sehingga kadangkala kemaksiatan dan kemungkaran di halalkan mengikut selera pemimpin-pemimpin mereka.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive