Dikhabarkan Pas akan menggunakan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar
. Kata Mohd Sabu
"Kita akan ikut kaedah yang betul, kena ada undi tidak percaya pada menteri besar Terengganu dalam sidang DUN.
"Cara yang BN guna masa di Perak dulu salah, kita tak akan buat benda yang tak ikut peraturan,"
Semalam Politik Terengganu mula panas selepas bekas Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan ADUN Ajil, Ghazali Taib mengumumkan keluar UMNO dan menjadi wakil rakyat Bebas.
Selepas itu seorang lagi Adun BN, Dun Bukit Besi iaitu Roslee Daud membuatkan Pakatan Rakyat memegang kerusi paling banyak dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu iaitu 15 (14 PAS, 1 PKR) manakala BN pula, 14 dan Bebas 3.
Pas dilihat tidak mahu mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri dengan tergesa-gesa walaupun jika 3 adun ini menyokong mereka.
Sama ada Pas akan membuat undi tidak percaya ataupun mahu dun dibubarkan bagi membolehkan pilihanraya negeri diadakan bagi menentukan siapa lebih layak sama-sama kita nantikan.
2 comments:
Buat julung kali mat sabu melontarkan idea yg bijak he he he. Baru dapat B ke mlm td Abang mat?
hehehe
Post a Comment