sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Friday 3 October 2014

#HAJI1435H : JEMAAH HAJI MALAYSIA BERGERAK KE ARAFAH


Semalam jemaah-jemaah haji dan petugas mula bergerak ke Arafah bermula jam 11 pagi waktu Arab Saudi dengan menaiki bas-bas yang di sediakan .

Pada 24 September lalu, Mahkamah Agung Arab Saudi mengumumkan Hari Arafah atau juga dikenali Hari Wukuf, yang merupakan kemuncak ibadah haji, ditetapkan pada 3 Oktober dan Aidiladha disambut pada hari berikutnya berikutan beberapa individu melihat anak bulan Zulhijjah pada Rabu.

Jemaah haji di ingatkan supaya memaksimakan manfaat di Arafah dengan sebaik-baiknya semasa di Arafah dengan berdoa, beristighfar, berzikir dan membaca al-Quran, terutama surah Al-Haj.

Ada ulamak yang menggalakkan jemaah haji membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1,000 kali, kerana sesiapa yang berbuat demikian doanya akan dimakbulkan Allah.

Menyentuh mengenai hari wukuf di Arafah pada hari Jumaat yang dikatakan sebagai Haji Akbar iaitu haji besar, ada beberapa pandangan ulamak mengatakan hari wukuf itu adalah Haji Akbar.

Ada pula mengatakan Hari Raya Aidiladha itu Haji Akbar dan ada pula berpendapat bahawa wukuf pada hari Jumaat itu Haji Akbar memandangkan beberapa peristiwa besar yang berlaku pada wukuf hari Jumaat termasuk Nabi Muhammad menyampaikan khutbah Jumaat terakhirnya di Padang Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijrah.

Pada hari itu juga turunnya Surah Al-Maidah ayat 3 sesudah waktu Asar

Jemaah haji perlu menggunakan masa wukuf itu dengan sebaiknya terutama wukuf kali ini pada hari Jumaat kerana dikatakan mempunyai ganjaran sebanyak 70 kali haji, apatah lagi berhadapan dengan cuaca yang panas dan berdebu.

Mekah

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive