sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Monday, 20 October 2014

PANAS : AZWAN BRO BIDAS SIKAP KURANG AJAR WAKIL GERAKAN JOHOR! ! @azwanbro


Sikap biadap dan kurang ajar wakil Parti Gerakan Johor Tan Lai Soon sewaktu persidangan Perwakilan Nasional Gerakan Ke 43 telah di bidas pemimpin-pemimpin Pemuda Umno. 

Tan telah mengeluarkan kenyataan bahawa bukan sahaja Cina dan India tetap kaum Melayu juga adalah pendatang.  Nampaknya Tan ini bukan sahaja tidak menghormati kaum Melayi malah mencabar kesabaran orang Melayu yang selama ini memberi peluang kepada kaum Cina dan India menjadi warganegara Malaysia.

Keceluparan mulut ahli politik parti Gerakan itu telah dibidas oleh Khairul Azwan Harun, Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Di bawah adalah respons Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia :

Sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional, adalah penting untuk kita meletakkan kesepaduan dan mempunyai jalur persefahaman yang sama dalam mengekalkan keharmonian sedia ada.

Sebelum memperkecilkan peranan rakan komponen, wajar untuk kita sukat sejauh mana sumbangan yang kita telah berikan dalam kesepaduan ini.

Jangan merasa hebat dan besar kepala jika sumbangan yang diberikan hanya kurang sekangkang kera. Jika tiada apa yang bijak untuk diperkatakan adalah baik untuk mereka fokus dalam merencana penambahbaikan institusi mereka sendiri.

Keharmonian & toleransi ini adalah hasil kesepakatan yang telah dipupuk sekian lama, dan janganlah kita memandang enteng serta memandang kecil kesepakatan ini.

Tiba masa Presiden Parti Gerakan Malaysia mengotakan janji beliau untuk mengambil tindakan yang tegas terhadap ahli parti seperti Tan Lai Soon, perwakilan PGRM Johor kerana memainkan isu perkauman.

Kearah Kesepaduan yang progressif & harmoni.


Khairul Azwan Harun

Naib Ketua Pemuda UMNO/BN Malaysia

1 comment:

muhd kamel said...

Gua tak percaya dia boleh buat apa dia cakap, cina sama cina makan babi ma..blood brother.!..Baru saja Ajib Bor dok cakap pada MCA...boleh percaya, Ajib bor pusing belakang...terus kasi hentam tut...tut...tut
..masih tak percaya Ka Ajib bor!...Tak payah takut ma...dia mahu pangkah ka,,..itu Allah Maha kuasa. Setakat ini melayu dan bumiputra pangkah sama Ajib bor...sama itu extremise sokong sama Ajib bor...rasa takut lagi...masih mahu itu cina pangkah ka?...jangan harap la Ajib bor....tak percaya tungguuuuuu. Ajib bor akan jadi ketua pembangkang.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive