Pemuda Barisan Nasional ingin menyatakan kerisauan kami tentang epidemik menghina agama, kaum dan budaya yang semakin berleluasa sejak kebelakangan ini. Selaku badan politik berbilang kaum yang sentiasa berpegang teguh kepada prinsip rukun negara, perlembagaan dan semangat muafakat sudah tentu kami terpanggil untuk menyatakan kerisauan kami.
Islam selaku agama persekutuan tidak boleh diperlekeh, dihina apatah lagi disoal kedudukannya dalam perlembagaan oleh mana-mana rakyat Malaysia yang telah mengangkat sumpah setia selaku seorang warganegara. Namun pada masa yang sama atas semangat rukun negara dan perlembagaan persekutuan mana-mana individu juga tidak boleh menghina, memperlekeh atau mempersendakan soal agama, budaya dan cara hidup rakyat Malaysia bukan Islam yang lain.
Pemuda Barisan Nasional tidak teragak-agak untuk ke hadapan mempertahankan kesucian Agama Islam dan pada masa yang sama akan menentang keras penghinaan yang dibuat ke atas agama lain oleh mana-mana individu yang tidak bertanggungjawab. Atas semangat muafakat yang telah terjalin sejak merdeka sememangnya menjadi niat dan hasrat kami untuk melihat masyarakat Malaysia yang berbilang kaum ini hidup dalam keadaan harmoni dan bersatu-padu sebagaimana yang dihasratkan oleh YAB Perdana Menteri melalui konsep 1 Malaysia.
Kami juga mendesak agar pihak bertanggungjawab akan mengambil tindakan yang segera serta tegas terhadap mana-mana individu atau pihak yang dengan sengaja menimbulkan isu sensitif bertujuan untuk menyinggung perasaan mana-mana penganut agama di negara ini. Selaku kerajaan yang bertanggungjawab pihak berkuasa perlu kelihatan tegas, efisyen dan konsisten dalam tindakan serta penguatkuasaan terutama dalam mendepani zaman teknologi maklumat.
Pemuda Barisan Nasional juga menyeru kepada masyarakat untuk memupuk kembali semangat toleransi, hormat menghormati serta perpaduan yang menjadi kunci kepada kejayaan Malaysia selama ini.
Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairul Azwan Harun menegaskan tidak kira mana-mana indvidu yang menghina islam dan agama lain dan juga menghasut, peguam negara kena dan harus bertindak tegas.
Ugutan agama juga adalah satu jenayah yang tidak boleh di pandang remeh, kita jangan ambik mudah dan main-main isu hina dan ugutan terhadap agama, baik Islam manupun bukan Islam.
Beliau bersama Pemuda Barisan Nasional tidak teragak-agak untuk ke hadapan mempertahankan kesucian Agama Islam dan pada masa yang sama akan menentang keras penghinaan yang dibuat ke atas agama lain oleh mana-mana individu yang tidak bertanggungjawab.
Atas semangat muafakat yang telah terjalin sejak merdeka sememangnya menjadi niat dan hasrat kami untuk melihat masyarakat Malaysia yang berbilang kaum ini hidup dalam keadaan harmoni dan bersatu-padu sebagaimana yang dihasratkan oleh YAB Perdana Menteri melalui konsep 1 Malaysia.
No comments:
Post a Comment