sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Thursday 2 October 2014

PANAS : TINDAKAN ROS LULUS CEC DAP DI PERSOAL @RameshRaoAKS



Pertubuhan Minda & Sosial Prihatin (PMSP) mempersoalkan tindakan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang meluluskan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP walaupun terdapat pelbagai aduan salah laku semasa pemilihan parti itu.

Presiden PMSP, Ramesh Rao berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan untuk menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat perkara tersebut kerana kelulusan yang diberikan amat luar biasa dan tidak mengikut saluran yang betul.

Beliau berkata, sehingga kini sebanyak 15 aduan rasmi daripada ahli dan bekas ahli DAP telah dibuat kepada ROS mengenai salah laku termasuk penyelewengan semasa pemilihan CEC dilaksanakan, namun sehingga kini tiada satu maklum balas mahupun hasil siasatan dikeluarkan.

"Kita mempersoalkan perkara ini bagi mencari keadilan kepada ahli dan bekas ahli DAP yang datang kepada ROS untuk menghantar aduan, laporan yang mereka buat seolah-olah tidak bermakna walaupun turut disertakan pelbagai bukti yang kukuh.

"Saya mengesyaki kelulusan tersebut dibuat melalui tangan-tangan ghaib. Mana mungkin CEC tersebut diluluskan kerana terdapat banyak salah laku, perkara tersebut dinyatakan sendiri oleh ahli dan juga bekas ahli DAP," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghantar memorandum kepada ROS bagi mendesak semakan semula terhadap kelulusan tersebut selain menuntut keadilan kepada ahli dan bekas ahli DAP yang membuat laporan berhubung salah laku semasa pemilihan CEC parti itu.

Pada 23 September lalu, kemelut 21 bulan melibatkan ROS dan DAP akhirnya selesai di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur apabila agensi tersebut mengiktiraf CEC parti tersebut.

Dalam pendengaran kes saman DAP terhadap agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri itu, ROS bersetuju bahawa CEC DAP yang dilantik pada 29 September tahun lalu adalah sah dan boleh melaksanakan tugas.

Selain itu, Ramesh turut mempersoalkan kewibawaan ROS yang meluluskan CEC DAP tanpa mengambil kira setiap aduan salah laku yang telah dilaporkan.

"Sekiranya perkara ini masih berterusan, saya percaya masyarakat akan hilang kepercayaan kepada kerajaan dalam menangani isu-isu melibatkan pemilihan dalam pertubuhan, kita menuntut ketelusan penjawat awam dalam hal ini," katanya.

1 comment:

Anonymous said...

ROS ni org Pkr or Pas ke apa?

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive