sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Wednesday 1 October 2014

#HAJI1435H : TAN SRI MUHYIDDIN RASA ISTIMEWA BERADA DI TANAH SUCI



Admin turut serta dalam lawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin 
di Pusat Rawatan Aziziah , beliau menyuarakan rasa kagum dengan kemudahan pengurusan haji di tanah suci yang disifatkannya amat jauh berbeza berbanding ketika beliau mengerjakan Rukun Islam kelima itu 30 tahun lalu.

Sambil merasakan agak istimewa berada di tanah suci ketika ini, Timbalan Perdana Menteri berkata, meskipun saban tahun jumlah jemaah haji dunia bertambah, namun cara pengurusan kerajaan Arab Saudi dan Tabung Haji sendiri telah menjadikan urusan haji kini semakin mudah dan lancar.

"Hari ini sewaktu saya menunaikan solat, kita boleh lihat bagaimana kerajaan Arab Saudi mengambil inisiatif besar memperluaskan ruang-ruang untuk jemaah haji yang bertingkat-tingkat.


"Saya tidak dapat tunaikan (solat) di bawah, (kemudian) saya naik atas ke tingkat 1 dan 2 (penjagaan) kebersihan, kesihatan yang disediakan jauh lebih baik.

"Apa lagi Tabung Haji yang kini berbeza berbanding 30 tahun dulu semasa saya pergi dengan muassasah, tetapi hari ini saya naik pengangkutan yang lebih elok, yang sistemnya tersusun rapi dan memberi keselesaan kepada jemaaah.

"Seronok kerjakan ibadah yang begitu terasa sekali," katanya

Turut mengiringi beliau ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Pengerusi Tabung Haji, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim; Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Tan Sri Ismee Ismail dan Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman.

Timbalan Perdana Menteri dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman tiba di sini Ahad lalu bersama empat orang anak dan dua anggota keluarga untuk mengerjakan haji.

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive