sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Wednesday, 10 July 2013

GEMPAR !!! KECOH DI TANAH KUBUR !!! JAIS VS TOKEY PROSES SIMEN !!!

Kecoh di tanah kubur

Gombak: Operasi memproses simen dan stok pasir haram di tanah rizab perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, di sini, bertukar kecoh apabila tercetus pertikaman lidah di antara pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan pengusaha.

Pertelingkahan itu berlaku sebaik JAIS bersama beberapa agensi penguat kuasa lain menyerbu tapak perkuburan berkenaan jam 11 pagi semalam.

Pemilik syarikat, seorang wanita berusia 40-an tiba-tiba naik darah apabila anggota JAIS mula menyoal siasatnya berhubung permit operasi.

Bagaimanapun, wanita itu kembali tenang selepas 20 minit dan akur keputusan JAIS yang mengarahkan tapak itu dikosongkan segera.

Dalam operasi berkenaan, generator elektrik, jengkaut dan peralatan berkaitan dirampas manakala mesin pembancuh simen dan pejabat dirobohkan di samping arahan pengosongan tapak serta operasi kerja diarahkan berhenti berkuat kuasa serta-merta.

Operasi itu disertai Pejabat Tanah dan Galian Selangor, Majlis Perbandaran Selayang (MPS), polis, Jabatan Kerja Raya (JKR) serta Jabatan Imigresen.

WANITA terbabit memarahi pegawai JAIS dalam serbuan, semalam.

Pengarah JAIS Datuk Marzuki Hussin berkata, syarikat yang dipercayai beroperasi di Pahang itu menyalahgunakan tanah perkuburan yang diwakafkan JAIS untuk menyimpan stok pasir dan memproses simen sejak dua tahun lalu.

Katanya, berdasarkan siasatan syarikat berkenaan dipercayai mendapat kebenaran daripada jawatankuasa masjid untuk menggunakan tapak berkenaan serta tidak memiliki permit tapak.

Katanya, JAIS sudah mengeluarkan notis pengosongan pada April lalu selepas mendapat aduan orang ramai yang curiga dengan kerja penjualan pasir di lokasi berkenaan.

“Syarikat itu dipercayai membawa masuk pasir dari Temerloh, Pahang dan akan mengumpul di tapak wakaf ini sebelum dihantar kepada pelanggan.

“JAIS dimaklumkan mereka hanya mendapat kebenaran melalui jawatankuasa masjid yang menyewakan tapak ini dengan harga RM4,000 sebulan dengan kos sewaan itu didakwa digunakan untuk menampung penyelenggaraan tanah kubur dan selebihnya untuk tabung masjid,” katanya.

Menurutnya, Khamis lalu JAIS sekali lagi ke lokasi itu dan arahan pengosongan diberikan namun syarikat itu ingkar dan masih meneruskan kegiatan berkenaan.

Dalam operasi itu, lima pekerja yang juga warga asing ditahan Jabatan Imigresen dipercayai tidak memiliki dokumen sah. MYMETRO

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive