Perjanjian TPP hanya muslihat Amerika, kata Tun M
Menurutnya, perjanjian itu adalah muslihat Amerika Syarikat untuk menembusi pasaran domestik negara-negara, malah bukanlah sebuah perkongsian yang sama rata.
"Kita banyak bercakap mengenai ketelusan. Mari kita lihat ketelusan berkaitan rundingan TPP ini. Amaran Oktober itu patut diabaikan dan biar China menyertainya," katanya menerusi blog chedet.cc semalam.
Bekas pemimpin utama negara itu turut menasihati Putrajaya supaya berterus-terang dalam isu TPP ini.
Pada hematnya, perjanjian TPP hanyalah sebuah perjanjian yang merugikan negara.
"Apabila penyangak mata wang menyerang kita dengan tujuan untuk mendapatkan kawalan ke atas ekonomi kita, kita menentangnya kerana pada masa itu kita masih bebas.
"Tetapi selepas kita menandatangani perjanjian TPP, kaki dan tangan kita akan terikat. Tiada lagi kawalan modal. Kita akan dijajah lagi. Presiden Sukarno memang betul tentang neo-kolonialisme," katanya lagi.
Semalam dalam Wacana Sinar Harian siri ke-22, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pendirian kerajaan dalam rundingan TPP akan mengambil kira tiga perkara utama iaitu perlembagaan negara, kuasa kerajaan negeri dan dasar negara seperti hak Bumiputera dan perusahaan kecil dan sederhana.
"TPP masih dalam proses rundingan dan belum pasti akan dilaksanakan. Tetapi kerajaan tidak akan menandatanganinya jika TPP akan mengorbankan kepentingan negara," katanya.
Namun, Mustapa turut mengingatkan semua pihak supaya lebih realistik kerana setiap perjanjian perdagangan, sama seperti peraturan lain sedikit sebanyak mempunyai kesan negatif di sebalik manfaat yang diperoleh.
"Kita negara perdagangan ketiga di belakang Hong Kong dan Singapura, kita sangat bergantung kepada perdagangan kerana kita ada (hasil bumi) tapi kita tak mampu buat semua," jelasnya.
Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberikan komitmen kepada rundingan yang bermula sejak lebih dua tahun lalu dan dijangka mencapai kata akhir persetujuan menjelang rangka lawatan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke Asia Tenggara Oktober depan. sinar
apj : jika muslihat jangan hancurkan negara
No comments:
Post a Comment