Exco Agama, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, Sumber Tenaga Manusia, Pelancongan, Mohd Rawi Abd Hamid berkata, perkara tersebut akan dibawa ke mesyuarat Exco untuk mendapatkan persetujuan sebelum diwartakan.
“Kita akan berbincang pada mesyuarat Exco akan datang untuk putuskan sama ada pengharaman itu perlu diwartakan atau sebaliknya.
“Dalam masa sama, kita perlu dapatkan pandangan Mufti Kedah, Datuk Syeikh Mohamad Baderudin Ahmad terlebih dahulu sebelum menguatkuasakannya,”
Menurutnya, jika ia diwartakan, maka hukuman dan tindakan tertentu boleh dikenakan kepada mereka yang terlibat dalam sebarang aktiviti penjualan atau menghisapnya.
Bagi Apj , ia satu langkah yang baik dilakukan kerajaan Negeri Kedah sekarang , Kerajaan Kedah telah mengikut langkah Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan sisha.
Banyak lagi yang perlu dibuat dan kerajaan negeri harus bertegas dalam beberapa masalah sosial yang melanda negeri ini terutama pusat hiburan, pusat kecantikkan yang menjalankan kerja pelacuran , rumah urut yang juga menawarkan khidmat seks.
Selepas Pas mengambil alih kerajaan Kedah dahulu kita boleh lihat betapa pesatnya pusat-pusat so sial ni tumbuh dan sekarang rakyat sudah kembalikan Kedah kepada Barisan Nasional jadi jangan pula kita menambahkan masalah so sial ni , yang ada jika melakukan kesalahan harus diambil tindakkan tegas .
No comments:
Post a Comment