Pehhh ramai yang kepanasan semalam apabila rakan Apj si Shah Alam Rebels menulis artikel berkenaan Ketua-Ketua Bahagian Umno yang wajib undur atas kekalahan teruk pada PRU13 lepas. Apj bukan nak campur urusan Negeri Selangor tetapi peduli apa Apj kerana Apjpun tinggal di selangor dan ada rumah disana. huh !!!
Sebagai seorang rakyat dan ahli Umno rasanya kami punya hak untuk bercakap dan menulis apa yang kami rasa baik untuk Parti . Umno Selangor memerlukan barisan pelapis muda yang mampu menyegarkan kembali Umno dan boleh kembali memimpin negeri Selangor.
Oleh itu, penulis senaraikan Bahagian yang kalah di kerusi Parlimen/Dun dan memerlukan pemimpin yang baru:-
1. Sepang - Dato' Seri Ir. Mohd Zin bin Mohemed (kalah 3-1)
2. Selayang - Abdul Syukur bin Idrus (kalah 3-1)
3. Gombak - Hj Abdul Rahim bin Kamaruddin (kalah 4-0)
4. Ampang - Dato' Ismail bin Kijo (kalah 4-0)
5. Pandan (kalah 4-0)
6. Hulu Langat - Datuk Johan b. Abdul Aziz (kalah 3-1)
7. Serdang - Datuk Hj. Mohd Fathil bin Daud (kalah 4-0)
8. Puchong - Dato' Hj. Mohamad Satim bin Diman (kalah 3-0)
9. Kelana Jaya - Tan Sri Muhammad bin Muhamad Taib sertai PAS
10. PJ Selatan - Raja Dato' Hanipuddin bin Raja Dato' Nong Chik (kalah 3-0)
11. PJ Utara - Dato' Ikhwan Salim bin Dato' Hj. Sujak (kalah 3-0)
12. Subang - Dato'Ir. Muhammad Bushro bin Mat Johor rela berundur.
13. Shah Alam - Dato' Hj. Ahmad Nawawi bin Dato' M. Zin (kalah 3-0)
14. Kapar - Dato' Hj. Abdul Rahman bin Palil (kalah 4-0)
15. Klang - Datuk Mazlynoor bin Abdul Latiff (kalah 4-0)
16. Kota Raja - Ir. Hj. Kamaruzzaman bin Johari (kalah 4-0)
17. Kuala Langat - Dato' Hj. Sulaiman bin Mohd Karli (kalah 4-0)
Ketua Bahagian yang wajar dikekalkan berikutan prestasi baik dalam PRU-13
1. Sabak Bernam (menang 2-1)
2. Hulu Selangor - Dato' Mohd Idris bin Abu Bakar (menang 3-1)
3. Tanjong Karang - Dato' Seri Noh bin Omar (menang 3-0)
4. Kuala Selangor - Dato' Amiruddin bin Setro (menang 4-0)
5. Sungai Besar (menang 2-1)
Kadang-kadang yang pahit itu penawar , penulis berkata bukan untuk keburukkan tapi untuk kebaikan Umno sendiri , jika kalah ambil keputusan untuk berundur secara terhormat. Jasa andapun akan dikenang rakyat bukan dibenci rakyat.
Lepas ni kita tulis pasal Kedah pulak dan negeri-negeri lain. Demi apa ?? demi memastikan rakyat terus menyokong Umno dan Barisan Nasional dalam PRU14 nanti .
No comments:
Post a Comment