Rakyat di negeri ini boleh memberi penghormatan terakhir kepada bekas Ketua Menteri Melaka Kelapan, Allahyarham Datuk Seri Abu Zahar Ithnin di Masjid Al-Azim kira-kira pukul 11 pagi hari ini.
Jenazah akan disembahyangkan dan dikebumikan di Makam Pahlawan di masjid berkenaan sebelum solat Zohor.
Allahyarham Datuk Seri Abu Zahar Ithnin, 74, meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang di kediamannya di Merlimau Pasir petang semalam.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira pukul 5.50 petang semalam di samping isterinya, Datin Seri Khalijah Jiddi, 66, serta enam orang anak dan 20 cucu.
Al-Fatihah
No comments:
Post a Comment