Pertama kali Apj nak ucapkan tahniah pada Abby kerana telah menamatkan zaman janda kerana telah bertemu jodoh dengan pemuda belia iaitu Muhammad Noor Farhan Che Bakar yang 12 tahun lebih muda darinya. Apj tak nak pertikai soal jodoh Abby dengan Farhan kerana semua dari Allah , 3 benda yang kita tak tahu tentang kehidupan kita jodoh,rezeki dan mati , semua ditentukan Allah.
Mereka bernikah pada 9 Julai lalu iaitu sehari sebelum menjelangnya Ramadan. Maka tertutuplah segala teka teki berkenaan jodoh Abby , memang ramai yang minat kat Abby ni setelah berpisah dengan Norman Hakim 5 tahun dulu tapi itulah namanya jodoh.
Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 36, berkata, dia menyifatkan perkahwinannya dengan Farhan, 24, adalah jodoh yang tidak disangka selepas hanya dua minggu berkenalan.
“Pertemuan bermula di sebuah pasar raya di mana kami tiba-tiba sahaja bertentang mata.
“Selepas dua minggu berkenalan, dia melamar saya dan kami mengambil keputusan untuk berkahwin.
“Apa yang kami lakukan semua ini adalah kerana Allah. Saya tak tahu nak kata apa kerana ini adalah jodoh daripada-Nya. Saya berharap agar semua pihak mendoakan kebahagiaan kami sehingga akhir hayat,” kata Abby ketika dihubunggi mstar.
Abby bagaimanapun enggan mendedahkan pekerjaan pemuda tersebut, lokasi pertemuan mereka dan di manakah mereka diijabkabulkan sehinggalah beberapa perkara selesai.
Tambah Abby, dia tahu ada yang akan memberi respons positif dan negatif mengenai perkahwinannya itu, namun dia percaya apa yang dilakukan mereka adalah perkara yang baik dan ia adalah jodoh.
“Saya dapat rasakan perkahwinan ini juga adalah sesuatu yang menenangkan lebih-lebih lagi melihat wajah suami yang sentiasa tenang dalam apa-apa jua situasi,”
Abby dan Farhan tersebut bercadang akan mengadakan resepsi perkahwinan mereka pada 31 Ogos depan dan majlis di pihak lelaki pula akan diadakan seminggu selepas itu.

Apj doakan Abby dan Farhan bahagia dan sentiasa dirahmati Allah dalam kehidupan berumahtangga dan berkekalan sehingga akhir hayat .
Selamat Pengantin Baru Abby dan Farhan.
No comments:
Post a Comment