sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Wednesday, 31 July 2013

PANAS !!! MASJID WILAYAH AKAN LENYAP ?? DBKL BUAT APA NIH ?? @NajibRazak @tunfaisal



Masjid Wilayah Persekutuan , antara Masjid yang gemar Apj pergi , kerana ketenangannya dan senibina yang cantik , 5 tahun dulu memang pandangan menghijau dekat kawasan Masjid yang terletak atas bukit ni. 

Sekarang ni kalau kita pergi banyak kita nampak 'pokok batu' penuh berhampiran kawasan ni terutama kawasan Sri Hartamas dan kawasan solaris yang penuh meninggi gaya kemewahan. 

Semalam Apj terbaca satu artikel mengenai Masjid ni yang dikatakan akan ada pembinaan unit-unit kondominium mewah untuk orang-orang kaya duduk di sebelah masjid itu  .. Lepas ni mungkin tiada lagi kedengaran suara-suara azan kerana bantahan golongan mewah ini mengatakan 'azan bising ' dari Masjid Wilayah . 

Mungkin lepas ni , tiada lagi bacaan ayat-ayat suci Al-Quran kedengaran kerana dek bisingnya kelab-kelab malam dan tempat hiburan di situ. 


Malangnya siapa di DBKL yang meluluskan projek berkenaan !! Kita akan lihat penyangak-penyangak peguam yang akan membuat demo mengenai Masjid itu nanti , seperti yang berlaku di Puchong dan Sarawak 



Contoh di atas adalah contoh baik untuk kita renung mengenai sikap mereka yang anti azan. Takut pekak telinga dengar azan , tidak mustahil jika pembinaan ini siap , mereka akan terus membantah mengenai azan yang dah berbelas tahun kita dengar di Masjid Wilayah . 

Itu belum Apj cerita hal mengenai azan di Puchong dan Pulau Pinang yang puak-puak Dap serang dulu !! 

Sensiviti agama akan dimainkan kerana yang bakal duduk di kondominium mewah tu adalah dari bangsa tu , itu belum Apj sebut sebab apa mereka kumpul di bandar-bandar besar, kalau sebut nanti dikatakan rasis !! 

Apj setuju saranan dan bantahan dari pihak Jabatan Kemajuan Islam malaysia (JAKIM) dan Jawatankuasa Pentadbiran Masjid Wilayah yang membantah cadangan pembangunan di sebelah Masjid Wilayah tu. 

Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata ini kerana cadangan projek itu tidak sesuai memandangkan kedudukannya yang terlalu hampir dengan tempat ibadat bertaraf masjid negeri itu.

Katanya projek itu didapati melibatkan pembinaan beberapa menara berketinggian 49, 47, 37 dan lapan tingkat yang pasti menghalang pandangan masjid dari arah barat, barat laut dan barat daya, sekali gus menghilangkan daripada pandangan menara masjid yang menjadi identiti dan mercu tanda keIslaman setempat.

"Cadangan pembangunan ini dirasakan tidak sesuai kerana dipercayai akan mengundang konflik sosial dan berkemungkinan mendapat bantahan penghuni mengenai seruan azan lima, khutbah dan syarahan keagamaan Islam yang mungkin bertukar menjadi isu sensitif melibatkan agama," kata Othman dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pembangunan komersil seperti itu juga akan menyebabkan pertumbuhan premis seperti restoran, pusat hiburan, kelab malam, karaoke dan aktiviti berunsurkan maksiat.

"Pembangunan berkepadatan tinggi seperti yang dicadangkan itu juga akan hanya menambah tahap kesesakan lalu lintas sedia ada kepada tahap lebih serius dan amat membimbangkan," tegas Othman.

Othman, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Masjid Wilayah Persekutuan, seterusnya menarik perhatian Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengenai impak cadangan projek itu terhadap alam sekitar.

Ini melibatkan keperluan minimum 10 peratus kawasan hijau bagi memastikan kawasan yang hendak dibangunkan mempunyai cukup ruang udara dan boleh dijadikan ruang riadah.

Jakim, katanya, pernah mengemukakan bantahan terhadap cadangan pembangunan di tapak sama pada 11 Okt 2006.

Sambil menggesa cadangan projek itu tidak diluluskan, beliau berkata tapak itu pernah dipohon bagi pembangunan sebuah kolej swasta, namun DBKL memberikan alasan ia terletak terlalu hampir dengan masjid berkenaan dan boleh menjejaskan aliran lalu lintas serta tempat letak kereta di kawasan persekitaran. - Bernama


Apj harap sangat jika pihak DBKL tak mampu nak buat apa pihak kerajaan Malaysia harus bertindak agar kawasan Masjid ini tidak terganggu dan tidak termakan dengan kelicikkan 'pembangunan' tapi dalam masa yang sama hilang nilai Islam di kawasan itu. 

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive