MH370

MH370

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

sahabat-sahabat APJ

Warta Rakyat Live TV

Friday, 12 July 2013

HOT NEWS : SENARAI NAMA 21 SETPOL YANG MENGANGKAT SUMPAH @NajibRazak

Sebanyak 21 Setiausaha Politik mengangkat sumpah menyimpan rahsia di hadapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pejabat Perdana Menteri di Bangunan Parlimen semalam.

Majlis itu turut disaksikan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa. Majlis angkat sumpah itu diketuai Datuk Jailani Ngah diikuti Wong Nai Chee dan Datuk Muhammad Khairun Aseh sebagai Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri.

Datuk Mohd Nardin Awan dan Datuk Tahir Mohd Taat pula mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Setiausaha Politik lain yang mengangkat sumpah ialah:


* Datuk Dr Marzuki Mohamad (Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin)

* Datuk Mohamed Ismail Mohamed Othman (Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz)

* Datuk Markiman Kobiran (Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein)

* Razak Sakaran Dandai (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal)

* Datuk Daniel Kinsik (Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Maximus Ongkili)

* Dr Richard Rapu @ Aman anak Begri (Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Douglas Uggah Embas)

* Datuk Abdul Halim Mohammad (Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi)

* Mohd Ali Mansor (Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek)

* M. Vellaiyan (Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. S Subramaniam)

* Azizul Kama Abdul Aziz (Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah)

* Basorri Abu Hassan (Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom)

* Fazzrudin Abdul Rahman (Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof)

* Mejar (B) Peter anak Runin (Menteri Sumber Manusia Datuk Richard Riot)

* Abd Halim Jusoh (Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh)

* Kibin Samad (Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan)

* Japirin Sahadi (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Ewon Ebin). - Bernama


APJ : Jalankan tanggungjawab yang diberikan sebagai amanah rakyat 

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive