sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Sunday 26 October 2014

MELAYU LUNTUR SELEPAS ERA TUN MAHATHIR ? ANGKARA SIAPA ?


Aku petik artikel daripada A Kadir Jasin untuk aku kongsikan dan tanyakan pendapat kawan-kawan mengenai apa yang ditulis oleh penulis terkenal ini. Adakah rasionalnya yang di perkatakan A Kadir Jasin ini mengenai nasib bangsa Melayu kini.


Isu Kepemimpinan: Memperkatakan Sikap Melayu

A Kadir Jasin

SIAPAKAH orang Melayu kalau bukan bangsa yang “moderate” (sederhana), “tolerant” (tahan uji), bertolak ansur dan pemurah?

Orang Melayu begitu pemurah dan mengalu-alukan tetamu sehingga sanggup mengikat perut, meminjam dan berhutang.

Orang Melayu itulah yang menerima perantau Cina, India dan segala rupa pelarian perang dan pelarian ekonomi. Hasilnya, perantau yang kebuluran dan dianiaya di bumi sendiri menemui kesenangan di bumi Melayu (Malaysia, Indonesia dan Brunei).

Orang Melayu menerima mereka sebagai jiran. Menerima babi dan anjing, tokong dan kuil mereka.

Orang Melayu itu jugalah yang kerana percaya kepada Almarhum Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj menyetujui pemberian kewarganegaraan kepada sejuta lebih perantau Cina dan India pada 31 Ogos 1957.

Orang Melayu itu jugalah yang rela hati memberikan kebebasan ekonomi, pendidikan, bahasa, budaya dan agama kepada warganegara perantau itu.

Kerana Melayu percaya kepada Tunku, Allahyarham Tun Abdul Razak, Allahyarham Tun Hussein Onn dan Tun Dr Mahathir Mohamad mereka kekal “moderate” (sederhana), toleransi, bertolak ansur dan pemurah terhadap warganegara keturunan perantau selama hampir lima dekad.

Walaupun mereka ketinggalan dalam banyak bidang, namun mereka yakin hak dan kepentingan mereka seperti termaktub dalam Perlembagaan selamat di tangan Tunku, Abdul Razak, Hussein dan Mahathir.

Tetapi, selepas era empat gergasi Malaysia itu, kepemimpinan Melayu melakukan satu demi satu kesilapan sehingga Melayu kini menjadi bahan caci, fitnah dan benci orang Cina dan India.

Segelintir Melayu yang masih berani bersuara mempertahankan hak mereka dilabelkan “racist” (perkauman) manakala yang mempertahankan Islam dicap “extremist” (pelampau).

Tetapi apabila orang Cina dan India, orang Kristian, Hindu, Buddha dan Sikh bersuara mempertahankan bangsa, agama, bahasa dan budaya mereka, mereka digambarkan sebagai orang terpinggir yang dianaktirikan dan bakal pupus. Mereka dikatakan memperjuangkan hak asasi.

Alhamdulillah, kini semakin ramai orang Melayu dan orang Islam mula sedar bahawa mereka tidak lagi boleh bergantung semata-mata dan bulat-bulat kepada parti-parti politik Melayu/Islam.

Mereka mula bersuara di luar kerangka politik parti. Mereka tidak lagi yakin sepenuhnya terhadap komitmen kepemimpinan Melayu/Islam - sama ada di sebelah pihak Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat – untuk mempertahankan Melayu dan Islam.

Orang Melayu dan Islam Malaysia hari ini tetap sederhana, tahan uji, bertolak ansur dan pemurah seperti orang Melayu dan orang Islam Malaysia pada tahun 1957.

Orang Cina dan India pula “menerima” orang Melayu/Islam kerana kuasa politiknya dan mereka berlindung di bawah kuasa politik Melayu/Islam yang toleransi untuk hidup lebih senang daripada di bumi asal mereka.

Gagasan Panca-Mahathir Kelirukan Melayu

Kini banyak orang Melayu/Islam keliru dan curiga dengan pelbagai gagasan, dasar, slogan dan rancangan yang dikemukakan oleh kepemimpinan Melayu kontemporari – daripada Islam Hadhari dan keterbukaan pada era Abdullah kepada 1Malaysia, keterangkuman, kesederhanaan, transformasi dan wasatiah pada era Mohd Najib.

Pada masa yang sama, mereka mula didedahkan oleh media baru/siber kepada fakta dan angka yang menunjukkan bahawa mereka sebenarnya makin tertinggal dan terkebelakang berbanding orang keturunan perantau. Mereka tidak menelan bulat-bulat lagi propaganda dan percubaan tutup buruk (whitewash) media arus perdana.

Mereka juga sudah boleh dengar dan baca dari media siber apa yang orang Cina dan India kata mengenai mereka, bangsa mereka dan agama mereka.

Parti-parti politik Melayu/Islam boleh terus mengutuk dan mempersendakan Ibrahim Ali, Perkasa, Majlis Perundingan Melayu dan NGO-NGO Melayu/Islam lain.



Suara alternatif orang Melayu


Tetapi mereka tidak boleh lari daripada hakikat bahawa NGO-NGO Melayu/Islam ini muncul dan mendapat sokongan sebahagian besar orang Melayu/Islam kerana orang Melayu/Islam tidak yakin lagi kepada kepemimpinan politik Melayu/Islam sebagai pelindung hak dan kepentingan mereka.

Ramai pemimpin Melayu/Islam generasi ini tidak pun faham asas kuasa Melayu. Asas kuasa Melayu bukan ekonomi. Asas kuasa Melayu adalah politik.

Dengan kuasa politik itulah orang Melayu merundingkan kemerdekaan, membuat undang-undang serta menubuhkan perkhidmatan awam, polis dan tentera.

Tetapi selepas era Mahathir, hal itu mula diketepikan oleh kepemimpinan yang mahu dipuji dan dipuja. Mereka mematikan legasi dan menggantikannya dengan dasar liberal dan terbuka tanpa batas.

Mereka dipuji dan dipuja di persada dunia tetapi dihukum teruk pada pilihan raya umum 2008 dan 2013. Akibatnya, orang Melayu/Islam hilang kuasa politik yang dibina melalui darah dan air mata oleh pemimpin Melayu/Islam lampau.

Tertelan Diayah Liberal Berat

Bermula pada era Abdullah dan berterusan ke dalam era Mohd Najib, bukan sahaja kuasa politik Melayu semakin luntur malah undang-undang yang dibuat oleh orang Melayu ketika mereka kuat mula disia-siakan.

Atas nama transformasi politik, Mohd Najib memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat yang dibuat oleh orang Melayu ketika mereka kuat. Sekarang golongan liberal yang kemaruk puji-pujian Barat ini bercadang memansuhkan Akta Hasutan pula.

Maaf cakap, bagi saya semua ini adalah hasil ketohoran pemikiran dan kebutaan sejarah di kalangan elit politik Melayu/Islam masa kini. Mereka mudah termakan dan menelan “hook, line and sinker” segala bentuk diayah golongan liberal Barat.

Golongan ini dari dulu lagi tidak senang dan mendapati aneh bagaimana sebuah negara yang dipelopori orang Melayu/Islam boleh maju, aman dan selamat.

Mereka mahu Malaysia jahanam seperti negara-negara Islam lain. Bagi mereka, pucuk dicita ulam mendatang apabila ada pemimpin Melayu/Islam yang gembira bersekongkol dan bersekedudukan dengan mereka.

Upahnya murah saja – puji dan puja, gambar besar di layar raksasa di Dataran Masa. Dataran Masa adalah terjemahan langsung/literal Times Square di New York.


Wajah Mohd Najib di Layar Elektronik "Dataran Masa" (Penjelasan Pejabat Media PM: Iklan ini tidak dibayar oleh kerajaan)


Umno adalah akar tunjang kuasa Melayu. Umno yang saya kenali dan sokong adalah Umno perjuangan, bukan Umno Presiden atau Umno Majlis Tertinggi. Umno yang berani bersuara bukan Umno yang memuji memuja.

Kita lihat Umno yang mana akan menonjol pada Perhimpunan Agung 25-29 November ini. Adakah ia perhimpunan yang menandakan permulaan kepada pengakhiran Umno atau perhimpunan yang menandakan permulaan kepada pemulihannya.


Wallahuaklam.

3 comments:

Anonymous said...

Aku tak setuju, 'perantau' menggantikan PENDATANG! Pendatang bermakna "settler, immigrant" dsbnya tetapi perantau hanya bermakna "traveller, wanderer" dsbnya! Walau ada yg. menjadi rakyat sesuatu tpt., tetapi tidak bermakna mereka bukan bangsa PENDATANG kerana ini akan MENAFIkan identiti dan hak bangsa BUMIPUTERA.

Kerana kita terlalu TUNDUK kpd. segala jenis ancaman kaum PENDATANGlah serta budaya "demokrasi-hak asasi" PENIPU Barat-ZIONIS, maka kita akan terus hilang hak, tanah pusaka dan identiti sbg. umat Islam/Bumiputera di TANAH/ALAM MELAYU, pusaka nenek moyang berzaman kita ini! Lihat sajalah bagaimana ramai saudara se BUMIPUTERA dari Alam Melayu kita di Indonesia, Filipina, Thailand, Kemboja dsbnya yang sungguh malang, akan terus menjadi KULI termasuk sbg. org. gaji-buruh-pengutip sampah di perkampungan "Rubbish Slum" cthnya Smoky Mountain di Manila (lihat di - http://www.justonewayticket.com/2014/05/11/smokey-mountain-a-walk-through-the-slums-of-manila-philippines/ , SMOKEY MOUNTAIN: A WALK THROUGH THE SLUMS OF MANILA, PHILIPPINES,
11 May 2014), serta jadi mangsa bot-karam kat Malaysia ni apabila terpaksa naik bot haram untuk pulang bercuti Hari Raya/Ramadhan dsbnya!

Seaptutnya, DYMM Kesultanan Melayu dan NGO-NGO Islam/Melayu perlu MENYAMAN BERBILLION, PENGGANAS/PEROMPAK PENJAJAH British-ZIONIS di Mahkamah Persekutuan kita dan di Britain serta mahkamah EU kalau Britain enggan atau kita kalah di mahkamahnya - dan kembalikan kesemua Tanah-Alam Melayu yg. termasuk ini ke bawah KUASA EKSEKUTIF Kesultanan Islam/Melayu kita serta rakyat BUMIPUTERAnya! Dan mendapatkan kembali Batu Putih!

Kerana PENIPUAN perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 (yg. sebenaqnya adalah pelansungan dari Malayan Union), yg. dipaksa oleh PENJAJAH British/ZIONIS ke atas Kesultanan Melayu serta rakyat BUMIPUTERA Islam/Melayunya yg. termasuk di Sabah-Sarawak terutamanya kaum-kaum Melayu - Brunei/Sulu/ Melanau, Bajau dll, adalah utk. menghapuskan SEJARAH Tanah-Alam Melayu sbg. bumi Melayu/ISLAM, termasuk dgn. menghapuskan terus KUASA EKSEKUTIF Kesultanan Melayu terutamanya berkaitan pemerintahan secara ISLAM, dan dlm. kuasa memberikan kerakyatan serta pemilikan tanah PUSAKA di bumi ISLAM kita (maka sebab itulah BERJUTA Pendatang Cina dan India diberi kerakyatan dan hakmilik tanah dgn. begitu mudah mengikut Perjanjian PENIPU ini, yg. berasaskan undg-undg DAJAL Malayan Union, si British-ZIONIS “jus soli” dlm. tahun 1946).

Dgn. mencabar legasi British-ZIONIS ini di mahkamah, selain dari utk. mendpt kembali TANAH PUSAKA ISLAM/Melayu nenek moyang kita, juga utk. pastikan kuasa PM/DPM jgn. jatuh kat bangsa si PENDATANG KAPIRDAJAL - bawah undg-undg "demokrasi-hak asasi" PENIPU si Barat-ZIONIS-KEPARAT! TIDAK sama sekali boleh diBENARkan!

Makcik Sambal Belacan.

Anonymous said...

Dan harini keluaq berita, si US-dikuasai-ZIONIS-KEPARAT nak MEMBODEK NEGARA ISLAM kita ni, supaya mereka dijadikan "rakan kongsi" teknologi Muklear (lihat di
- http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/sains/as-sedia-kongsi-ilmu-teknologi-nuklear-dengan-malaysia-1.16768 , AS sedia kongsi ilmu teknologi nuklear dengan Malaysia, 26 Oktober 2014) - akau harap jgnlah pemimpin Islam/&melayu kita cepat TERPEDAYA!

Sebenaqnya, US-dikuasai-ZIONIS-KEPARAT ni nak lakukan PENGINTIPAN termasuk kat atas SAINTIS-SAINTIS Islam/Melayu kita (di Iran, Mossad telah membunuh ramai Saintis Islam Nuklear),serta mempastikan mereka akan menguasai teknologi Nuklear kita - kerana Barat-ISrael/Zionist tidak mahu Dunia Islam menghasilkan senjata Nuklear spt. mereka, yg. boleh buat apa mereka suka kerana UN/IAEA (Pertubuhan Nuklear Antarbangsa) semuanya dikuasai si Barat/ZIONIS-KEPARAT!

Makcik Sambal Belacan.

maae said...

Melayu lemah, Melayu di mamah... Islam di nista, Melayu masih berseloka, tunggu saja bencana...

Maka Pemimpin-Pemimpin Melayu lemah mesti di tolak !

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive