sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Friday 22 May 2015

1MDB Bukan Saja Membebankan Kerajaan Tapi Boleh Buat BN Tumbang Dalam PRU 14 - TPM



Skandal yang melibatkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bukan saja membebankan kerajaan malah boleh membuatkan BN kalah dalam PRU14 akan datang, kata Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau menzahirkan perkara itu dalam satu program tertutup yang dihadiri ahli Umno termasuk beberapa naib presiden.

Menurut Muhyiddin, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu memecat semua ahli lembaga pengarah serta Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB jika mahu memulihkan imej kerajaan.

“Saya beritahu perdana menteri, pecat semua ahli lembaga pengarah 1MDB. Buang mereka, buanglah, pasal mereka, perdana menteri terpaksa menanggung, tetapi tidak dibuang lagi.

“Kalau syarikat itu saya punya, dan bangun pagi dilaporkan ada perkara luar biasa berlaku dengan tak semena-mena CEO tu pinjam (RM)10 bilion, lepas tu kalau tiap bulan saya kena bayar faedah RM100 - RM200 juta. Saya tidak pernah terfikir mana-mana syarikat menanggung beban begitu berlaku di Malaysia.

“Kalau anda, apa anda buat? Buanglah, CEO ni buang, bukan buang sahaja, panggil polis siasat. Ambil tindakan, jadi rakyat tengok kerajaan rasa bertanggungjawab ambil tindakan serius, kalau tak buat begitu ini akan membebankan dan membawa kita jatuh ke bawah,” katanya melalui pendedahan sebuah video, semalam, yang tersebar di laman sosial.

Tambah beliau, perdana menteri tidak boleh ambil sikap tunggu dan lihat kerana isu itu sudah merebak dan menjadi modal pembangkang serta menjadi perhatian rakyat.

“Susah betul, kita perlu ambil tindakan, tidak boleh, tak apalah bagi sedikit masa. Tak boleh,” tegasnya.

Jelasnya, apa yang dizahirkan itu bukan untuk melawan pucuk pimpinan parti tetapi isu 1MDB menjadi persoalan rakyat keseluruhannya.

“Maaf saya sebut ini kerana isu ini dalam benak (pemikiran) saudara, bagaimana mahu selesaikan. Kita bagi peluang presiden parti, tak apalah dia selesai. Dalam majlis tertinggi juga kita sudah bincang dan banyak pihak sudah bercakap soal ini.

“Saya bukan mahu tunjuk kehebatan atau saya benci atau tidak sebulu dengan kepimpinan saya, tidak. Saya hormat, (pemimpin tertinggi) sebagai manusia kita kena hormat,” katanya.

Melalui video berdurasi tujuh minit itu juga, Muhyiddin sekali lagi menafikan yang pertemuan beliau bersama beberapa pemimpin negara di Milan, Itali bukan untuk menjatuhkan Najib.

“Sebenarnya tak ada komplot saya, Tok Pa (Datuk Seri Mustapa Mohamed) dan Datuk (Seri Mohamed) Nazri Abdul Aziz duduk berkomplot nak jatuhkan, termasuk Tun Daim (Zainuddin). Bohong, fitnah. Jangan mudah percaya pada media sosial,” katanya.

Sementara itu, Muhyiddin ketika ditemui media di Parlimen berkata, kenyataan tersebut adalah pandangan peribadi beliau.

Menurutnya, pandangan itu adalah untuk dikongsi bersama rakan pimpinan politik lain agar mereka lebih faham.

“Pandangan kita tentang isu tidak penting. Yang penting kita nak tentukan penyelesaian tentang perkara tersebut,” katanya.

petikan dari sinar Online 

2 comments:

Hamba allah said...

Saya tidak tahu dan tidak pandai politik. Tapi mohon izin nak masukan perkara lain di sini

https://telegram.me/joinchat/03f061fb00cc3b486753fd948f03189a


salamالسلام عليك ورحمةالله

SELAMAT datang kepada ahli-ahli baru PRM yang baharu di invite ke group telegram Umrah Persendirian. Kini sudah ada 4 group yg sudah penuh dan mula group PRM yang ke limaGroup ini adalah group terbaharu di antara group PRM. Terdapat 5 group kesemuanya termasuk satu group yang kurang aktif.PRM adalah group perbincangan khusus berkaitan UMRAH terutamanya UMRAH CARA PERSENDIRIAN, juga BOLEH di bincangkan haji selain haji menggunakan perkhidmatan LTH. TUAN/PUAN juga boleh melihat mesej terdahulu yg kebiasaannya akan di berikan untuk tempoh 3 hari dari tarikh penyertaan.Sebarang pertanyaan berkaitan umrah khasnya umrah persendirian sangatlah di alualukan. sila kemukakan ke room ini, insyaallh jika soalan itu perlukan jawapan akan ada yg cuba menjawab jika terdapat ahli terdahulu di line.Tiada iklan atau unsur iklan yang di benarkan kecuali yang berkaitan umrah sahaja.Terima kasihTuan/puan yg berminat boleh menyertai group perbincangan melalui link berikut:

https://telegram.me/joinchat/03f061fb00cc3b486753fd948f03189a

Terima kasih

Anonymous said...

Kalau orang Melayu/Islam dikatakan tidak pandai mengurus jual saja 1MDB kepada pelabur luar. Habis cerita.

Pernahkah anda ke Queensbay Pulau Pinang. Projek ini asalnya dibangunkan oleh PDC secara usahasama dengan Anson Perdana Bhd. Kerangka strukturnya dan brickworks telah disiapkan pada tahun 1998. Namun begitu ianya terbengkalai kerana kemelesetan ekonomi pada masa itu selama lebih kurang 3 tahun. Kerajaan Negeri pada masa itu bertindak menjual projek tersebut kerana ianya ditepi highway dan nampak buruk (eyesore) dan terserlah kegagalan kerajaan pada masa itu. Projek itu akhirnya dijual dengan harga RM0.00 kepada CP Landmark (termasuk liabiliti dan tanah seluas +/- 80 ekar).

Setelah lebih kurang 10 tahun kemudian, siapa yang tak kenal Queensbay di Pulau Pinang. CP Landmark berjaya membangunkan Queensbay seperti yang ada sekarang. Queensbay adalah pusat membeli belah yang berprestij dan sewaan ruang kedainya amat tinngi. Tanah2 yang belum dibangunkan bernilai melebihi RM1500 sekaki persegi.

Saya yakin dan percaya orang Melayu/Islam mampu mengurus 1MDB cuma masalahnya persepsi negatif yang dijana oleh Tun M telah sedikit sebanyak merosakkan 1MBD.

1MDB bukannya masalah. Tun M sebenarnya yang bermasalah. Pada tahun yang sama (1998) Anwar Ibrahim disingkir dari Kerajaan kerana tidak bersetuju apabila Tun M mem "bailout" kan syarikat2 anaknya berbillion-bilion ringgit. Kenapakah pada masa itu TPM terus menyokong Mahathir walaupun dia menyalahgunakan kuasa. Banyak lagi kemungkaran ekonomi yang Mahathir lakukan. Tidak terhitung rasanya.

Jadi tuan/puan hadapilah realiti. Tun M tidak selalunya betul. Bagaimana pula Perwaja adakah ianya berjaya. Bagaimana pula kehilangan RM30 billion melalui urusniaga tukaran wang asing? Cuma Mahathir bernasib baik pada masa itu kerana tidak ada seorang orang tua yang pandai menghasutkan rakyat.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive