sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Friday, 22 May 2015

Siasat Dalang Sebenar 1MDB Lagi Penting Dari Cari Penyebar Video - @azwanbro


Polis dan Bank Negara digesa segera menyiasat dalang di sebalik masalah aliran tunai dan hutang syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun berkata, sehingga kini, polis masih belum memberi sebarang reaksi terhadap laporan polis yang dibuat hampir dua minggu lepas ke atas laman web Sarawak Report.

"Laporan polis telah pun dibuat ke atas Sarawak Report, penglibatan Low Taek Jho, atau Jho Low serta Lembaga Pengarah 1MDB sendiri.

"Isu aliran tunai dan hutang 1MDB juga dilihat jauh lebih besar dari isu rakaman video haram ucapan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pertemuan tertutup bersama pemimpin di Institut Latihan Memperkasakan UMNO (ILMU) di Janda Baik, Sabtu lalu," katanya.

Khairul Azwan mengulas laporan sebuah blog yang mengaitkan penglibatan seorang pemimpin UMNO Bahagian Segambut, Wilayah Persekutuan sebagai individu yang merakam ucapan Muhyiddin tempoh hari.
Pecat ahli lembaga pengarah 1MDB - TPM 

Skandal yang melibatkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bukan saja membebankan kerajaan malah boleh membuatkan BN kalah dalam PRU14 akan datang, kata Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau menzahirkan perkara itu dalam satu program tertutup yang dihadiri ahli Umno termasuk beberapa naib presiden.

Menurut Muhyiddin, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu memecat semua ahli lembaga pengarah serta Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB jika mahu memulihkan imej kerajaan.

“Saya beritahu perdana menteri, pecat semua ahli lembaga pengarah 1MDB. Buang mereka, buanglah, pasal mereka, perdana menteri terpaksa menanggung, tetapi tidak dibuang lagi.

“Kalau syarikat itu saya punya, dan bangun pagi dilaporkan ada perkara luar biasa berlaku dengan tak semena-mena CEO tu pinjam (RM)10 bilion, lepas tu kalau tiap bulan saya kena bayar faedah RM100 - RM200 juta. Saya tidak pernah terfikir mana-mana syarikat menanggung beban begitu berlaku di Malaysia.

“Kalau anda, apa anda buat? Buanglah, CEO ni buang, bukan buang sahaja, panggil polis siasat. Ambil tindakan, jadi rakyat tengok kerajaan rasa bertanggungjawab ambil tindakan serius, kalau tak buat begitu ini akan membebankan dan membawa kita jatuh ke bawah,” katanya melalui pendedahan sebuah video, semalam, yang tersebar di laman sosial.

Tambah beliau, perdana menteri tidak boleh ambil sikap tunggu dan lihat kerana isu itu sudah merebak dan menjadi modal pembangkang serta menjadi perhatian rakyat.

“Susah betul, kita perlu ambil tindakan, tidak boleh, tak apalah bagi sedikit masa. Tak boleh,” tegasnya.

Jelasnya, apa yang dizahirkan itu bukan untuk melawan pucuk pimpinan parti tetapi isu 1MDB menjadi persoalan rakyat keseluruhannya.

“Maaf saya sebut ini kerana isu ini dalam benak (pemikiran) saudara, bagaimana mahu selesaikan. Kita bagi peluang presiden parti, tak apalah dia selesai. Dalam majlis tertinggi juga kita sudah bincang dan banyak pihak sudah bercakap soal ini.

“Saya bukan mahu tunjuk kehebatan atau saya benci atau tidak sebulu dengan kepimpinan saya, tidak. Saya hormat, (pemimpin tertinggi) sebagai manusia kita kena hormat,” katanya.

Melalui video berdurasi tujuh minit itu juga, Muhyiddin sekali lagi menafikan yang pertemuan beliau bersama beberapa pemimpin negara di Milan, Itali bukan untuk menjatuhkan Najib.

“Sebenarnya tak ada komplot saya, Tok Pa (Datuk Seri Mustapa Mohamed) dan Datuk (Seri Mohamed) Nazri Abdul Aziz duduk berkomplot nak jatuhkan, termasuk Tun Daim (Zainuddin). Bohong, fitnah. Jangan mudah percaya pada media sosial,” katanya.

Sementara itu, Muhyiddin ketika ditemui media di Parlimen berkata, kenyataan tersebut adalah pandangan peribadi beliau.

Menurutnya, pandangan itu adalah untuk dikongsi bersama rakan pimpinan politik lain agar mereka lebih faham.

“Pandangan kita tentang isu tidak penting. Yang penting kita nak tentukan penyelesaian tentang perkara tersebut,” katanya.

2 comments:

Muji Anto said...

http://myfunnyvideo.org

Anonymous said...

LIHATLAH STATISTIK HUTANG NEGARA DAN BANDINGKAN DRP ERA PEMERINTAHAN TUN MAHATHIR KE ERA PEMERINTAHAN TUN ABDULLAH DAN SETERUSNYA KINI ERA DS NAJIB RAZAK.

TUN ABDULLAH DAN DS NAJIB TIDAK DAPAT MELAKUKAN APA-APA PEMBANGUNAN MAHUPON PEMODENAN (APAKAH NEGARA TIADA WANG?) TAPI HUTANG DARIPADA USD220.00 BILLION TERUS NAIK MENCECAH HAMPIR USD600 BILLION.

RAKYAT MALAYSIA BERHAK UNTUK TAHU, BAGAIMANA JUMLAH HUTANG DARIPADA USD220 BILLION PADA TAHUN 2000 BOLEH TERUS NAIK HAMPIR USD600 BILLION PADA 2015?

APAKAH BENAR TUN MAHATHIR MOHAMED, TUN DAIM ZAINUDDIN, TAN SRI NOR MOHAMED YAKCOP ADALAH TIGA JAHANAM YANG TELAH MEROMPAK, MENCURI, MELANUN?

KINI SEKELIAN RAKYAT MALAYSIA TERPAKSA MENAGGUNG SEGALA SALAH LAKU, KERAKUSAN, SALAHGUNA KUASA, PEROMPAKAN DAN KECURIAN YANG DILAKUKAN KETIGA-TIGA JAHANAM DAN KUNCU-KUNCUNYA.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive