sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Saturday 2 May 2015

POLEMIK PREPAID (Kad Pra-bayar)




Oleh: Khairul Azwan Harun

1) Ingin saya menegaskan bahawa saya secara peribadi menyokong perlaksanaan GST.

2) Saya kira tindakan kerajaan melaksanakan sistem cukai yang lebih telus serta efektif adalah satu tindakan yang berani apatah lagi mengambil kira risiko politik yang perlu dihadapi.

3) Namun didapati perlaksanaan GST dalam sektor tertentu adalah amat mengecewakan.

4) Sesungguhnya saya selaku Naib Ketua bertanggungjawab selain dari mempertahankan dasar kerajaan yang baik saya juga harus membawa suara akar umbi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

5) Apatah lagi memandangkan ketua-ketua pemuda cawangan yang berhadapan dengan rakyat serta anak-anak buah mereka yang mempunyai harapan tinggi terhadap kepimpinan.

6) Kami melihat kekeliruan yang timbul dari isu pra-bayar ini amat menyusahkan serta sepatutnya tidak berlaku.

7) Kita membaca serta mendengar kenyataan yang bercanggah, ini menimbulkan kekeliruan di kalangan pemimpin akar umbi yang perlu memberi penerangan serta jawapan.

8) Malah pemimpin akar umbi atau ketua ketua pemuda cawangan seolah-olah telah hilang kredibiliti apabila rakyat melihat pusingan U-Turn dari pihak kerajaan dalam isu ini.

9) Rata-rata pengguna pra-bayar adalah jentera parti di peringkat akar umbi yang benar-benar marah akan polemik ini.

10) Saya mendesak agar satu penyelesaian yang menyeluruh dilaksanakan segera. Memandangkan kenyataan dan janji telah pun diberikan untuk mengekalkan harga top-up pada kadar sebelum ini (Dengan termasuk cukai GST) saya memohon untuk perkara ini dilaksanakan dalam satu garis masa yang jelas.

11) Contohnya untuk harga Top-up RM 10 saya berpendapat wajar dikekalkan pada harga berkenaan yang telah dimasukkan cukai GST (RM 9.45 Airtime + Rm 0.55 GST)

12) Namun untuk tidak membebankan golongan berpendapan rendah khususnya orang muda, saya memohon agar pihak kerajaan serta syarikat telekomunikasi menurunkan kadar masa berbual (Airtime) dan data untuk pengguna prepaid.

Contoh: Kadar lama 24 sen seminit untuk panggilan diturunkan kepada 16 sen seminit seterusnya meningkatkan nilai prabayar berkenaan.

13) Saya menyambut baik pengumuman Menteri Komunikasi, Kebudayaan dan Multimedia Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek yang berjaya berbincang bersama syarikat telekomunikasi dalam menurunkan kadar data jalur lebar.

14) Namun adalah baik sekiranya satu cadangan khusus dibuat bagi menetapkan harga yang kompetitif serta berbaloi khusus untuk pengguna pra-bayar.

15) Pihak berwajib mesti mengambil pendirian yang konsisten, jelas dan yang penting tidak bercanggah antara satu sama lain supaya pemimpin dan penyokong kita di peringkat cawangan tidak terkapai-kapai dalam memberi penerangan serta mempertahankan dasar kerajaan.

16) Janganlah niat murni kita ini dalam melaksanakan GST dicemari dengan perkara-perkara seperti ini yang tidak sepatutnya timbul memandangkan ia datang dari kesilapan kita sendiri.

17) Saya memohon maaf sekiranya kenyataan ini membuatkan ada pihak-pihak tertentu yang merasa kurang selesa.

18) Tetapi saya mempunyai tanggungjawab terhadap pemimpin akar umbi serta penyokong dan jentera kita di peringkat cawangan. Luahan hati ketua-ketua pemuda peringkat cawangan adalah satu perkara yang cukup saya ambil berat.

19) Niat saya tiada lain melainkan memperkukuh parti dalam melaksanakan tanggungjawab saya sebagai salah seorang pemimpin yang menjadi wakil kepada sayap pergerakan pemuda.

1 comment:

Anonymous said...

Amat bersetuju dan bertepatan, pihak kerajaan harus menggunakan kuasa yg ada demi kepentingan rakyat..jgn sampai rakyat pula akan menggunakan kuasa mereka dlm memilih kerajaan...bapak bapak menteri jgn dok pikir kocek sendiri saja...cakap dan perbuatan mesti selaras..jaga lah kepercayaan dan tanggungjawab yg PM amanah kepada kamu...jgn jadi budak bodoh yg dicucuk hidung olih taukeh taukeh cina.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive