sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Saturday 9 May 2015

#1MDB : Kem Kewangan, Tabung Haji Tolong Jelaskan - KJ



Pemuda Umno menuntut penjelasan daripada Kementerian Kewangan dan Lembaga Tabung Haji (TH) berhubung pembelian tanah Tun Razak Exchange (TRX) bernilai RM188.5 juta yang mendapat tumpuan umum, semalam.

Melalui satu kenyataan media, Ketuanya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengakui pihaknya bimbang dengan isu pembelian tanah TRX itu.

“Yang menjadi pertikaian dalam pembelian tanah TRX ini adalah cara bagaimana transaksi ini dilaksanakan. Di sini Pemuda Umno memohon penjelasan daripada pihak Kementerian Kewangan dan juga TH dalam beberapa perkara.

“Pemuda Umno menggesa agar soalan-soalan ini dijawab dengan segera. Tujuan soalan-soalan ini ditanya adalah untuk mendapat pencerahan yang lebih lanjut memandangkan pembelian yang dibuat oleh TH ini telah menimbulkan pelbagai spekulasi yang mengundang kemarahan rakyat.

“Umum mengetahui isu 1MDB ini sudah menjadi semakin runcing. Pemuda Umno amat risau sekiranya institusi seperti TH digunakan untuk menyelamatkan 1MDB. Sebarang usaha untuk menyelamatkan 1MDB yang boleh merugikan rakyat tidak boleh diterima,” katanya.

Semalam, Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Johan Abdullah mengesahkan badan berkanun itu telah membeli sebidang tanah bernilai RM188.5 juta di TRX milik 1MDB bagi pembangunan sebuah menara kediaman namun menafikan pembelian Signature Tower melibatkan kos RM 578 juta.

Antara persoalan yang dibangkitkan Pemuda Umno termasuk membangkitkan bagaimana wang hasil jualan tanah itu akan digunakan.

“Berapakah harga yang dibayar oleh 1MDB untuk tanah keseluruhan TRX dan daripada itu berapa harga yang dibayar oleh 1MDB secara pro rata bagi tanah yang dijual kepada TH sebesar 1.56 ekar ini?

“Apakah benar perancangan awal sebelum tanah TRX dijual kepada 1MDB, adalah untuk kerajaan menjual tanah ini kepada Pelaburan Hartanah Berhad, iaitu sebuah syarikat di bawah Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera yang ditubuhkan untuk meningkatkan pemilikan hartanah di kalangan masyarakat Bumiputera?

“1MDB akan menerima RM188.5 juta daripada penjualan tanah ini kepada TH. Duit ini akan diguna untuk tujuan apa?,” ujarnya.

Dalam kenyataan sama, beliau turut membangkitkan beberapa persoalan untuk dijawab TH.

“Tidakkah berlaku satu konflik kepentingan dalam transaksi ini memandangkan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Tan Sri Ismee Ismail, juga merupakan Ahli Lembaga 1MDB? Apakah wujud konflik kepentingan lain yang melibatkan pegawai kanan TH dalam transaksi ini?

“Adakah benar, diskaun yang kononnya diberi oleh 1MDB dalam penjualan tanah ini sebenarnya ditawarkan kepada TH atas persetujuan TH membayar 100 peratus daripada harga tanah ini sebaik sahaja Perjanjian Jual Beli (SPA) dimeterai?

Sekiranya tidak, bilakah pembayaran penuh untuk tanah ini akan diselesaikan? Adakah TH pernah menyelesaikan pembayaran 100 peratus bagi mana-mana bidang tanah yang dibeli sebaik sahaja SPA ditandatangani sebelum ini?

“Apa asas penilaian yang dibuat oleh Panel Pelaburan TH yang meluluskan pembelian ini?

Apakah benar laporan risiko yang dibuat merumuskan pelaburan ini sebagai berisiko tinggi?

Apakah benar pembelian bidang-bidang tanah yang dibuat di kawasan berhampiran dibeli pada harga yang lebih redah daripada apa yang dibayar oleh TH untuk tanah ini?,” tanyanya.

Sinar 

2 comments:

Anonymous said...

Jawab la jgn tak jawab...rakyat marhaen simpan lah duit dlm TH...TH melabur..keuntungan beri pada penyimpan siput aje..masuk kocek Lembaga berjuta juta..ini lah nasib rakyat malaysia terutama melayu yg sentiasa dibodohkan...Perkara sebegini lah yg membuat rakyat terutama melayu islam makin membenci kerajaan..terlalu BANGANG..NAJIB sebagai PM dah jadi BUTA.

Anonymous said...

Khairy Jamaludin...Tolong Letak Jawatan... Pemuda Umno Lembik Longlai Layu.....Memalukan.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive