Pagi tadi Perdana Menteri mengadakan lawatan kerja ke Perlis Indera Kayangan, Oleh kerana tidak ada Lapangan Terbang di Perlis, Perdana Menteri turun di Lapangan Terbang Alor Setar. Sejak dari dulu sebagai jiran terdekat, umpama adik dan abg, Lapangan Terbang Alor Setar juga adalah Lapangan Terbang untuk Perlis.
Perlis menghantar rombongan beberapa Pemimpin mereka menjemput Perdana Menteri di Alor Setar untuk dibawa ke Perlis. Malangnya sebelum PM tiba di Perlis, sudah ada beberapa fitnah dan tuduhan liar yang dibuat oleh 'penyokong-penyokong tegar ' PM di media maya, kononnya MB Kedah dan Exconya biadap kepada Perdana Menteri kerana tidak hadir menjemput di Lapangan Terbang Alor Setar.
Antara yang terawal memperjuangan hal itu adalah EN TUAN Asri Baling dan PAK EN TUAN Mohd Ali Bin Baharom atau lebih dikenali sebagai ALI TINJUUU. Mereka bercakap dan menfitnah seolah berada di Lapangan Terbang menyambut PM.
Oleh kerana kesibukan tugas harian sebagai Exco kerajaan Negeri, Exco Kanan Kedah, Dato' Ku Abdul Rahman yang mewakili Menteri Besar Kedah lewat sikit memuat naik status di facebooknya untuk memberitahu akan beliau mewakili Menteri Besar untuk menjemput Perdana Menteri
Walaupun program Perdana Menteri di Perlis bukannya di Kedah namun sebagai menghormati Presiden dan Perdana Menteri, YAB Menteri Besar tetap menghantar wakil kanannya dan beberapa pemimpin Kedah untuk ke Lapangan Terbang kerana beliau bersama Tunku Intan Syafinaz bagi menghadiri program anjuran Yayasan Sultanah Bahiyah yang telah diatur lama.
Gambar diatas adalah bukti jelas YB Exco, Dato Ku Abdul Rahman dan beberapa pemimpin Kedah berada di Lapangan Terbang untuk menjemput Perdana Menteri tiba bagi lawatan ke Perlis. Jadi dimana buktinya tuduhan yang dilemparkan oleh mereka-mereka ini terhadap MB Kedah dan Exconya.
Pada sebelah petangnya pula, beberapa Exco Kedah seperti YB Datuk Mohd Tajudin dan Dato Mohd Rawi dan beberapa orang lagi pemimpin Kedah turun menghantar Perdana Menteri untuk pulang ke Kuala Lumpur.
l
Gambar dibawah ini menunjukan Menteri Besar , YAB Dato' Seri Haji Mukhriz hadir bersama Tunku Intan Syafinaz ke program anjuran Yayasan Sultanah Bahiyah di Stadium Darulaman yang telah lama dirancang. Mana mungkin MB Kedah tidak menghormati Perdana Menteri yang turun di Lapangan Terbang Alor Setar, jika tidak punya program besar sudah tentu Menteri Besar akan turun menjemput Perdana Menteri seperti selalu.
Sedikit kata-kata saya buat mereka-mereka yang suka melemparkan tuduhan dan fitnah jijik seperti ini agar, janganlah dihitamkan lagi hati yang sudah hitam, sebelum menulis tu ingatlah Allah, orang yang tidak pecaya Allah ni hanya orang KAFIR sahaja. jangan jadi seperti orang kafir.
Ini firman Allah , bukan firman saya, kerana saya tidak layak , pecayalah pada firman Allah.
Selamat Beramal dan lapangkan dada anda dan ingat Allah selalu.. saya percaya kamu juga Islam seperti saya . Nak jadi panglima PM pun jadilah tapi jangan sampai membusukkan nama PM . wallahualam ...
4 comments:
Bapak MB fitnah org sesuka hati tu mcm mna pulak?
mana dia dalil dan hukum dikeluarkan?
ohh yaa Tun tu maksuum bg pentaksubnyaaa
Tahniah kerana mampu memdedahkan fitnah. Manusia2 upahan begini akan akur berkokok jika tuannya suruh.
hurm.. gambar karnival tu betul ker gambar pagi hari jumaat lepas.
cuba check dulu. takut nanti tambah lagi fitnah.
apa pulak tak betul , semua orang tau program yayasan sultanah pagi tu ..
Post a Comment