sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Saturday 9 May 2015

#1MDB : Rakyat Mahu Jawapan Dan Kebenaran - TPM


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam turut berkata pengajaran utama Barisan Nasional (BN) daripada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin dan PRK Parlimen Permatang Pauh baru-baru ini adalah rakyat mahukan jawapan konkrit dan tindakan segera kerajaan terhadap isu-isu berbangkit.

Timbalan Perdana Menteri berkata rakyat mahu kerajaan tidak memandang remeh terhadap isu-isu semasa.

"Kita kena lihat pendekatan baharu dalam tangani isu-isu rakyat," katanya. Pada pandangan rakyat, isu berkenaan mesti diuruskan secepat mungkin dan tidak membiarkannya berlarutan.

"Ini bermakna setiap isu berbangkit yang dihadapi rakyat yang dibawa ke muka kerajaan, mesti diurus dan ditangani secepat mungkin...sama ada jawapan ke, penambahbaikan ke," kata beliau.

Antara isu-isu semasa yang dibangkitkan pada kedua-dua PRK itu ialah mengenai pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Muhyiddin berkata respons daripada rakyat menunjukkan mereka mahukan kerajaan memberikan maklum balas yang cepat dan sesuai dengan perkembangan maklumat masa nyata yang terdapat di media sosial.

"Pada pandangan rakyat, sikap 'defensive' (mempertahankan diri) tidak membantu dalam jangka masa panjang. Sikap 'offensive' (strategik) mestilah bersedia dengan jawapan untuk rakyat," kata beliau.

Timbalan Perdana Menteri berkata di sudut pandangan rakyat, mereka mahukan jawapan dan kebenaran.

Kegagalan BN menjawab isu semasa, sebagai contoh mengenai 1MDB, telah dieksploitasikan oleh pembangkang, kata beliau.


No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive