sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Wednesday 5 March 2014

HOT NEWS !! KHAZANAH PERLU JAWAB ISU KERUGIAN BESAR MAS !! #MAS



Pegawai tertinggi Khazanah perlu memberi penjelasan lengkap kepada umum mengenai kerugian Malaysia Airlines System Bhd (MAS) pada empat suku tahunannya berturut-turut sehingga mencecah RM1.2 bilion.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, penjelasan oleh Khazanah adalah penting berikutan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tersebut memegang 7- peratus kepentingan dalam syarikat penerbangan negara tersebut.

"Mereka masih tidak boleh menyelesaikan masalah MAS. Kita boleh panggil mereka kerana mereka lebih layak daripada kita. Kelayakan mereka disebabkan mereka dibayar mengikut standard antarabangsa, jadi mereka perlu memberi penjelasan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurut Nur Jazlan, MAS telah berada dalam proses penstrukturan semula selama sedekad dengan sokongan penuh kerajaan tetapi kurang menunjukkan hasil.

Beliau kemudiannya meletakkan kesalahan kepada pegawai Khazanah dan MAS kerana gagal membawa keuntungan kepada syarikat.

"Sekiranya mereka mahukan pampasan bertaraf dunia, bayaran bertaraf dunia tetapi tidak boleh menyelesaikan masalah maka mereka perlu tampil dan katakan mereka gagal.

"Rakyat mengharapkan lebih dari mereka kerana mereka telah banyak dibantu," katanya lagi.

Ujarnya, MAS menunjukkan prestasi lebih cemerlang ketika pegawai Khazanah dan MAS tidak dibayar terlalu tinggi 10 tahun lalu.

Jelasnya, PAC boleh mempertimbangkan untuk melakukan semakan terhadap bayaran kepada pegawainya sebagai bantuan meringankan tugas MAS.

dari Portal Rakyat News

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive