sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Monday 10 March 2014

#MH370 HARI KE -3 : REKOD RADAR TENTERA DAN RADAR SIVIL MENUNJUKKAN MH370 CUBA BERPATAH BALIK KE KL


Operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia yang hilang awal pagi Sabtu masuk hari ketiga hari ini.

Operasi mengesan pesawat MH370 dipergiatkan pada hari kedua dengan penglibatan lebih banyak pihak dan kawasan carian yang lebih luas serta kemunculan beberapa kemungkinan baru 
mengenai kehilangan pesawat itu.

Operasi pada Ahad yang diketuai oleh pasukan tentera Malaysia disertai oleh pasukan tentera Amerika Syarikat dan negara serantau termasuk Vietnam, Thailand, Singapura, Indonesia dan Filipina, melibatkan gerakan dari udara dan laut.

Usaha mengesan pesawat itu juga dipandu oleh petunjuk baru yang membayangkan ada kemungkinan besar pesawat jenis Boeing 777-200 itu cuba berpatah balik dari laluan asal Kuala Lumpur ke Beijing.

Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud berkata rekod radar tentera menunjuk tanda-tanda pesawat itu cuba berpatah balik dan petunjuk itu disokong oleh petunjuk daripada radar sivil.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada sidang Isnin mengesahkan bahawa dua tompokan minyak memang ditemui di perairan Vietnam semasa operasi mencari yang dilakukan oleh pihak berkuasa negara itu.

Walaubagaimanapun, Hishammuddin berkata tiada serpihan pesawat ditemui di kawasan timbulnya tompokan minyak tersebut.

“Pada ketika ini, pesawat-pesawat Vietnam telah ke kawasan terbabit untuk mengenal pasti sama ada minyak itu datangnya dari pesawat,” katanya semasa satu sidang media di Hotel Sama-Sama di KLIA.

Berlaku sedikit kekeliruan pada Ahad kerana pada sebelah pagi diumumkan terdapat empat individu yang menaiki pesawat MH370 pasport yang dicuri.

Namun pada sebelah petangnya disahkan hanya terdapat dua penumpang pesawat MH370 menggunakan passport curi.

Hishammuddin memberitahu media selepas melawat keluarga penumpang MH370 di Hotel Everly, Putrajaya mengumumkan identiti dua penumpang misteri itu sudah dikenal pasti.

Butiran mereka juga telah dihantar kepada agensi perisikan dalam dan luar negara untuk siasatan lanjut.

Astro AWANI difahamkan menurut sumber yang mahir dengan tumpahan minyak, tompokan yang ditemui itu mungkin bukan dari MH370 kerana warna tompokan tersebut.

Sementara itu, pakar anti keganasan antarabangsa, Profesor Rohan Gunaratna memberitahu Astro AWANI kebarangkalian untuk pesawat milik Malaysia Airlines MH370 yang hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dirampas oleh pengganas amat rendah. -ASTRO AWANI

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive