sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Sunday 29 July 2012

PANAS !!! BENDERA BN DI BAKAR DI PEJABAT PM???

BENDERA BN DI BAKAR??






Mula-mula aku panas juga tengok gambar ni tapi bila fikir-fikir balik, biasala budak-budak pakatan yang sememangnya kaki edit gambar.

Ceritanya pasal gambar ni kerana budak-budak pakatan dah berangan tokey-tokey cina dap dan balaci dalam pakatan akan menerajui secara cepat Putrajaya selepas 2 ahli parlimen dan adun Bn dari Sabah keluar parti dan akan menyertai mereka.

Tentunya mereka akan berangan orang-orang BN dari Sabah akan terus keluar BN dan masuk pakatan seperti yang mereka harapkan selama ini, yang paling teruja tentunya bos mereka yang sememangnya dah lama impikan kerusi 'Perdana Menteri'. Petikkan yang aku copy untuk tatapan kita semua.

 
Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing hari ini secara rasmi mengisytihar keluar Barisan Nasional (BN) dan menyatakan sokongan terhadap Pakatan Rakyat.

Beliau turut mengumumkan keputusannya untuk meletak jawatan daripada parti Upko.


"Maka pada hari ini saya dan rakan-rakan secara rasminya mengisytiharkan bahawa kami meninggalkan BN.


"Kita juga mengisytihar untuk menyertai Pakatan Rakyat dan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dan perjuangan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat," kata beliau di majlis pelancaran Angkatan Perubahan Sabah (APS) di Restoran Singgahgora, Tuaran.


Turut serta di majlis itu adalah Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli dan Pesuruhajaya PAS Sabah, Aminudin Aling.


Hadir sama Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lajim Ukin dan Naib Presiden UPKO, Senator Datuk Maijol Mahap.


Pengumuman ini adalah yang kedua selepas Datuk Seri Panglima Lajim Ukin membuat pengumumkan perletakan jawatannya dalam Umno dan BN semalam.


Bekas Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), sebuah parti komponen BN Sabah itu juga berkata, APS akan giat turun ke setiap kawasan di Sabah untuk mengajak rakyatnya melakukan perubahan.


"Lepas ini tiap-tiap hari kita akan melawat kawasan-kawasan di Sabah untuk mempelawa rakan-rakan kita menyokong Pakatan Rakyat," katanya.


Tegas beliau, sudah tiba masanya rakyat Sabah mengikuti jejak langkah rakyat di Semenanjung yang berani menolak Umno BN.


"Kita akan mencatat satu sejarah lagi dalam politik tanah air kita Malaysia. Pada tahun 2008 melalui PRU 12, rakyat Malaysia di semenanjung telah meluahkan hasrat dan tuntutan mereka untuk perubahan dan reformasi dengan jelas di mana BN telah menerima kejutan di lima negeri.


"Dari segi jumlah undi BN dan Pakatan Rakyat sebenarnya memperoleh lebih kurang sama banyak. Jika tidak kerana undi Sabah dan Sarawak sudah tentu masa itu pun kerajaan Malaysia sudah bertukar.


"Tsunami poltik di Semenanjung Malaysia sudah menular ke Sabah dan Sarawak dalam pilihan raya negeri baru-baru ini dan kini tsunami tersebut akan bergelombang di Sabah," katanya.


Ini kerana katanya, BN gagal menyelesaikan masalah Pendatang tanpa izin yang semakin bertambah di negeri itu.


"Masalah besar melanda Sabah yang selalu ditafsirkan sebagai ibu kepada segala masalah iaitu kebanjiran pendatang tanpa izin.


"Pada tahun 1963 apabila Sabah bersetuju untuk sama-sama menubuhkan Malaysia, pemimpin negara pada masa itu berjanji melindungi kedaulatan Sabah dalam Malaysia.


"Sejak Tun Mahathir menjadi perdana menteri ketibaan mereka ini dibiarkan begitu sahaja malah terbukti ramai di kalangan mereka ini diberi kewaragenaraan sewenangnya-wenangnya tanpa menghirau perlembagaan Malaysia. Rakyat sabah bertanya di manakah janji merdeka dahulu hingga sekarang?" soalnya

Cerita ni dah cukup buat Anwar berangan untuk jadikan September ke 2 untuk ke Putrajaya setelah september pertamanya dulu gagal.

pssst : AKU TUNGGU SIAPA LAGI NAK BELAH DARI BN!!!

JOYAH SPOT MINGGUAN MALAYSIA VS DEJAVU KINABALU

DEJAVU KINABALU VS JOYAH SPOT MINGGUAN






Dejavu Di Kinabalu drama bersiri arahan Erma Fatima yang  di tayangkan di TV3 ini telah mendapat sambutan yang amat memuaskan dari penonton, termasuk akula. Tambah-tambah lagu dia yang memang best, hurnn minat juga aku akan cerita drama Melayu ini. 


Aku bukan nak sentuh sangat jalan cerita drama Dejavu di Kinabalu ni tapi hari ni aku terbaca dalam akbar yang aku suka baca iaitu ' Utusan Malaysia' ataupun kata pihak pembangkang dalam Malaysia ni ' Utusan Meloya' haha. Dalam ruangan Pancaindera, ruangan Joyah Spot yang 'hangat' tu, kata Joyah Spot drama Dejavu di Kinabalu ni 'TIRU' Summer Scent, iaitu drama bersiri dari Korea. Aku baca 2 kali apa yang ditulis Joyah ni, aku bukan apa cuma nak buat teguran sikit, bagi aku biarlah nak tiru ka , apa ka, yang penting drama ini untuk hiburan semua. Lagi satu, Erma Fatimapun bukan baru semalam buat drama.

Aku teringat slogan 'sokonglah drama dan filem tempatan' , bagi aku yang kurang minat cerita tempatan dulu dah mula minat dengan drama dan filem tempatan sejak kebelakangan ini dan apa yang Joyah tulis dalam akbar ini, bukan nak sokong tapi nak hantam lagi, lebih baik Joyah buat DRAMA sendiri, kalau semua nak hantam. 

Apapun aku tetap akan sokong drama dan filem Melayu, siapa lagi yang nak sokong kalau kita orang sendiri tak sokong? nak suruh Lim Kuan Yeaw dari Singapura sokong?.

Aku harap tak ada sesiapa yang geram atau marah dengan aku akibat dari cerita yang aku buat, bukan apa aku nak kita berjaya terutama orang Melayu. Akhir sekali selamat maju jaya buat semua di arena hiburan tanah air. 

psssttt : best ke cerita drama korea 'summer scent tu ? haha


APABILA SAHABAT TOK GURU MENULIS

DAP TETAP MEMUSUHI ISLAM


Hakikat orang bukan Islam yang memusuhi Islam dan memusuhi umat Islam adalah kerana mereka takut pada Islam, sebab itulah disebut sahaja perlaksanaan hukum hudud dan Malaysia Negara Islam, mereka mencari pelbagai alasan untuk menentang, sehingga terpaksa berpura-pura berkerjasama dengan orang Islam untuk menolak ajaran Islam dan menyembunyikan permusuhan dalam hati mereka. Allah memdedahkan sikap mereka dalam Al-Quran.

Firman Allah lagi, maksudnya : " Sesungguhnya kamu dapati orang yang paling keras (kuat) permusuhannya terhadap orang yang beriman ialah orang yahudi dan orang musyrik (penyembah berhala dan penyembah api)." (Surah al-maidah [5] : 82 ).

Firman Allah seterusnya, bermaksud : " Sebenarnya orang kafir itu (berada) dalam kesombongan dan permusuhan yang sengit." ( Surah Saad [38] : 2)

Firman Allah, maksudnya : "Akan kami masukkan ke dalam hati orang kafir rasa takut, disebabkan mereka mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah sendiri tidak menurunkan keterangan tentang itu. Tempat kembali mereka ialah neraka.." ( Surah Ali Imran [3] : 151 ) 

Bila mereka menang dalam pilihan raya, mereka mendakwa kerana usaha mereka yang gigih, tetapi bila kalah, mereka menyalahkan orang lain, kononnya tipu dan membeli undi dan lain-lain.

Firman Allah, maksudnya: " kemudian apabila datang kepada mereka kemakmuran (nikmat dan kemenangan), mereka berkata : ' itu adalah usaha kami '. Dan jika mereka ditimpa kesusahan (bala dan ujian), mereka lemparkan sebab kesialan itu kepada orang yang bersertanya, ketahuilah, sesunggunhnya kesialan mereka adalah ketetapan dari Allah, akan tetapi kebanyakkan dari mereka tidak mengetahui." (Surah Al-A'araf [7] : 131 )

Orang kafir juga sentiasa merancang supaya umat Islam lemah sehingga mereka sanggup membelanjakan harta dan wang yang banyak. 

Firman Allah, maksudnya : " Sesungguhnya orang kafir (sanggup) menafkahkan harta mereka untuk menghalang (orang Islam ) dari jalan Allah." ( Surah al-Anfal [8] : 36 ) 
 
Wallahualam.

-Banyak lagi dalam buku ' BAHAYA DAP KEPADA KEDAULATAN DAN PERLEMBAGAAN NEGARA' untuk tempahan - 0126701058 - Muhd


Saturday 28 July 2012

TERBITAN KHAS 20 FATWA TERKENAL TOK GURU

TERBITAN KHAS SEMPERNA RAMADHAN -20 FATWA TERKENAL



Terbitan KHAS Semperna Ramadhan:- 20 Fatwa terkenal `Mursyidul Am PAS' yang Wajib kita tahu dan hafal buat orang2 PAS. Baca dengan hati yang tenang dan kewarasan, gunakan ayat yang lembut dan fakta sewaktu KOMEN bukan dengan maki hamun "Selamat Membaca 20 Fatwa TGNA"....

1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam."

- Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.

2. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu."

- Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.

3. "Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir."

- Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.

4. "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid."

- Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.

5. "Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya."

- Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.

6. "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima."

- Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.

7. "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram."

- Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

8. "Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri."

- Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.

9. "Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembangunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila diminum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?"

- Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 26 November 1994.

10. "PAS sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..."

- Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.

11. "Menentang PAS adalah Haram mengikut Al-Quran."

- Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.

12. "Saya di antara orang yang cukup kuat menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ini kepada orang bukan Islam."

- Nik Aziz Nik Mat, Kota Bharu, 1999.

13. "Para imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang beraqidah politik suku, agama suku, kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah."

- Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 4 Mac 2001.

14. "Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana perlembagaannya masih perlembagaan kafir."

- Khutbah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Pengadang Baru, Marang, Oktober 2001.

15. "Memang ada lagi persefahaman antara PAS dengan Malaikat, sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan)."

–Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 27 April 1995.

16. "Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita, kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga."

– Nik Aziz Nik Mat, 16 Mac 1999 di Kota Baharu.

17. "Ya Allah, aku mohon butakan mata pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak nampak simbol lain kecuali simbol PAS."

– Doa Nik Aziz Nik Mat pada 27 Mei 1999 diaminkan oleh kira-kira 3,000 penyokong beliau dalam satu majlis makan malam dan ceramah PAS di Sungai Bakut, Nibong Tebal.

18. "Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka bumi tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar."

– Nik Aziz Nik Mat, Rakaman Audio di Sidang Akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009.

19. "Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasarkan perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka (undi PAS masuk Syurga)."

– Ucapan Nik Aziz Nik Mat kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.

20. "Nabi Muhamad, masa kecilnya seperti Mat atau Mamat, setaraf budak-budak biasa di kampung-kampung, hanya mulia ketika berumur 40 tahun iaitu setelah menerima kerasulan, malah sambut Maulidur Rasul adalah kerja orang tak sudah."

- jawapan Nik Aziz semasa menyokong Kerajaan Pulau Pinang mengharamkan perarakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul.


WALLAHUALAM 
 
- JAYY 

CERITA ARTIS : SASHA KEMBALI KE JALAN SEBENAR??

SASHA SAIDIN TENANG KEADAAN TERKINI






Gambar ni masa Sasha bersama kumpulan Elite yang menjadi kegilaan mudamudi ketika itu, Selepas meninggalkan kumpulan itu, banyak cerita yang keluar tentang Sasha, cerita kemusnahan perkahwinan beliau dan macam-macam lagi.

Sebenarnya aku bukan nak cerita pasal cerita dulu, tapi aku nak kupas sikit pasal perubahan yang sangat aku suka selepas Sahsa bercerai baru-baru ini. Perubahan yang aku maksudkan adalah Sahsa telah berpakaian menutup Aurat.

Sejuk hati hati aku, tentunya sujuk perut mak Sasha bila beliau berubah ke arah yang di tuntut dalam Agama, tentunya aku menyokong penuh akan perubahan ini.

Kata Sasha dalam web murai.com baru-baru ini yang di sedikit demi sedikit mendalami ilmu Agama.


"Saya tidak berani nak sifatkan konsep hijrah Allah sebenar bagaimana tetapi saya sedar hati saya sudah mula terbuka sedikit demi sedikit untuk mendekati ilmu agama.

"Saya perasan Allah seperti telah membuka pintu hati saya untuk mendalami ilmu agama selepas saya didekati oleh rakan-rakan yang minat dan mengajak ke kelas agama dan Usrah.

"Bagi saya hanya Allah sahaja yang boleh menilai sama ada seseorang itu sudah berhijrah atau tidak.

"Tapi Alhamdulilah, hati saya lebih tenang kini apatah lagi saya baru sahaja khatam senaskah kitab al-Quran yang saya mulakan sejak 6 bulan," katanya ketika dihubungi oleh murai.com.my

Walau bagaimana pun, Sasha memberitahu dia lebih mementingkan penghijrahan hati terlebih dahulu sebelum dilihat berhijrah dari segi luaran iaitu berhijab.

"Saya kini sedang membersihkan hati dan mula mempelajari lebih banyak ilmu agama.

"Namun, saya belum lagi berhijab sepenuhnya dan hanya mula berpakaian sopan apabila di luar. Saya rasa penghijrahan itu harus bermula daripada hati dan baru ia akan disertai dengan perlakuan.

"Tetapi setiap kali ke kelas Usrah setiap hari Jumaat dan juga beberapa kelas agama saya pasti akan mengenakan hijab penuh," luahnya lagi.

Begitupun, Sasha Saidin yang baru sahaja disahkan bercerai dengan suaminya, Salyo Priyanto pada Selalu lalu memberitahu dia masih lagi menjalani kehidupannya seperti biasa dengan mengikuti beberapa aktiviti seni.

"Saya masih menjalani kehidupan seperti biasa walaupun kini sudah bergelar ibu tunggal.

"Malah, masih menjalani aktiviti seni seperti modeling dan juga menjalani penggambaran untuk rakaman raya bagi beberapa program televisyen," tambahnya lagi.

Apapun APJ harap apa yang dilakukan semua keranaNya. Insya'Allah kita akan peroleh ketenangan dan keredhaan dalam perjalanan hidup kita. Semoga Sasha berjaya dalam kehidupan dan sentiasa ingat akan Allah , juga untuk kita semua.

Selamat Maju Jaya Dear... 








CERITA DARI SEORANG TEMAN BUAT SAHABAT LEMAN RAJA LAWAK

GAMBAR PANAS LEMAN DI KELUARKAN?

Salam, buat sahabat sekampungku Leman. Dah lama aku tak sempat belek-belek cerita di dunia maya ni, semalam aku buka 'muka buku' ni sambil tunggu nak sahur, aku terbaca berita dari utara negeri kelahiran aku. Cerita tentang seorang sahabat yang gambarnya disebarkan.

Sedetik terkejutpun tak ada dalam diri aku. Cuma sedikit nasihat untuk sahabatku leman, juga untuk pedoman diri aku. Kadang-kadang setiap gambar yang dirakam tidak punya apa-apa pada pandangan kita, tetapi selepas ini  kita perlu lebih berhati-hati kerana hanya sekeping gambar boleh membawa seribu makna pada orang lain, terutama musuh-musuh yang menunggu peluang untuk jatuhkan kita.

Aku cuma sedih kerana kerana kita selalu berdoa agar Allah tutup aib kita baik di dunia ataupun semasa hari perhitungan nanti. Jaga setiap langkah kita, juga setiap perbuatan kita, kerana perjuagan ini penuh cabaran dan dugaan. Anggap ini satu dugaan.

Aku terbaca komen Leman di muka buku yang menempelak UMNO , bagi aku tak perlu kita balas apa juapun jika kita di pihak yang benar, kerana Allah tahu setiap apa yang kita kerjakan. Cuma kita berdoa agar ia tidak menjadi parah dan mohon agar dugaan ini tidak berpanjangan .







Bukan niat aku nak tayangkan gambar Leman ini pada umum, cuma aku harap kita lebih adil dalam menghukum manusia. Gambar inipun bukannya Leman berpeluk dengan perempuan ni, Aku ambil sebagai pedoman agar aku dan mereka-mereka yang lain tidak terjebak dan terpengaruh dengan gambar seperti ini.

Buat Leman, jika niat anda untuk berjuang mempertahankan Agama, Bangsa dan Negara dari dalam hati Leman sendiri, teruskanlah. Ini hanya sedikit ujian dalam perjuagan .

Oklah nak tulis panjang-panjang aku tak padai, apapun teruskan perjuagan dan jangan kita memecahbelahkan lagi bangsa kita yang telah berpecah. Teruskan Perjuangan kita.

Wallahualam..

KITA PERLU BERHATI-HATI UNTUK MENERUSKAN PERJUAGAN KERANA MUSUH DISEKELILING KITA

Friday 27 July 2012

LUPAKAN IDEOLOGI POLITIK SEMPENA RAMADAN

DAULAT TUANKU - TITAH SULTAN SELANGOR UNTUK RAKYAT



SEPANG 25 Julai - Rakyat Selangor terutamanya umat Islam dinasihatkan agar melupakan ideologi dan fahaman politik buat
sementara waktu sepanjang Ramadan ini.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, umat Islam sebaliknya perlu menumpukan perhatian sepenuhnya kepada amal ibadat dan mengukuhkan silaturahim antara satu sama lain.

Titah baginda, semua itu bertujuan memperoleh faedah dan kebaikan daripada Allah SWT.

"Oleh yang demikian, marilah kita bersama-sama berfikiran positif, bersangka baik, serius dan ikhlas dalam melaksanakan segala kewajipan dan suruhan Allah.

"Beta berharap kita semua akan dapat menunaikan amanah yang dipertanggungjawabkan ini dengan sebaik mungkin," titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika menyempurnakan majlis perasmian Masjid Kampung Pulau Meranti sempena Majlis Berbuka Puasa Sultan Selangor Bersama Rakyat dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya, di sini.

DAULAT TUANKU

SEHELAI BAJU BUAT MENYAPU SI AIR MATA

SEHELAI BAJU BUAT MENYAPU SI AIR MATA



Salam semua teman-teman seperjuangan, di bulan Ramadan yang mulia ini, Apj mohon teman-teman untuk membantu adik-adik dari rumah anak yatim seluruh negara dengan menghulurkan sedikit bantuan baju raya pada mereka.

Teman-teman boleh menolong kami bagi membantu mereka untuk mereka beraya seperti kita semua, semoga apa yang kita buat ddiberkati dan diredhai Ilahi.
Untuk keterangan lanjut boleh layari Klik Sini

Allah mengetahui setiap apa yang kita kerjakan. Wallahualam

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive