sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Saturday 12 December 2015

Ayuh Helang Merah, Bara Dalam Genggaman Usah Dilepaskan - Mukhriz Mahathir



Jarang-jarang seumur hidup kita, kita berpeluang untuk perolehi pencapaian yang paling luar biasa. Tidak semua orang di dunia ini diberi peluang seperti itu. Kebanyakan dari kita hanya melalui hidup harian yang rutin - yang biasa-biasa saja. Tiada yang luar biasa dalam hidup kita.

Mungkin ada di kalangan kita tidak berminat atau takut kepada yang luar biasa. Seboleh-bolehnya hendak mengelak dari terpaksa melakukan sesuatu yang luar dari kebiasaan.

Namun sesungguhnya, selagi kita tidak keluar dari kepompong selesa, kita sebenarnya menidakkan peluang untuk mencapai kecemerlangan luar jangkaan.

Percayalah, kita sebenarnya dikurniakan Allah SWT untuk mencapai apa jua cita-cita kita meskipun ia setinggi langit. Apa yang diperlukan ialah iltizam dan semangat juang yang mencabar keyakinan diri kita sendiri.

Sebelum ini, siapa sangka sebuah negeri yang serba serbi kekurangan boleh mencapai sesuatu yang luar biasa, termasuk dalam arena sukan bolasepak. Dari beraksi dalam Liga Perdana, Kedah telah menongkah arus, menangkis segala persepsi apabila berjaya memenangi piala liga tersebut, sekaligus layak ke Liga Super. Tanggapan bahawa pasukan Kedah tidak perlu digeruni terus meleset sama sekali.

Kini sekali lagi, apa yang didakwa mustahil menjadi realiti. Kedah telah mara hingga ke pertandingan akhir piala yang paling berprestij - Piala Malaysia. Pasukan yang lebih hebat tumpas dalam saingan. Siapa yang pernah sangka Kedah dapat mengatasi pasukan-pasukan Liga Super untuk sampai keperingkat akhir Piala Malaysia?

Tapi cabaran yang getir dihadapan kita masih perlu diatasi.
-----------
Helang adalah raja di langit, yang berada paling atas dalam kalangan spesis burung. Helang dikaitkan dengan imej gagah berani, kuat, pantas, luas pemandangan, dan tajam tumpuannya.

Namun ramai tidak tahu bahawa pada usia 40 tahun, helang akan menghadapi cabaran yang menentukan hidup matinya. Pada ketika itu paruhnya sudah terlalu tumpul dan bengkok untuk mematuk makanan. Kuku kakinya juga sudah bengkok dan tidak boleh mencengkam mangsa. Bulunya terlalu tebal dan berat hingga menyusahkan ia terbang.

Kalau dibiar, tentu akan mati. Maka terbanglah ia ke puncak tertinggi di atas mana ia akan memecahkan paruhnya dengan mengetuk batu. Pecah setelah menanggung sakit yang teramat sangat, ia tunggu sehingga paruh baharu tumbuh.

Dengan paruh baharu, ia akan cabut kuku-kuku kakinya hingga berganti kuku baharu. Kemudian bulu pula dicabut satu persatu sehingga tumbuh bulu-bulu baharu. Setelah menahan sakit yang begitu perit itu, helang lahir semula sebagai pemangsa gagah perkasa, kembali menguasai langit.




Lang Merah Kedah juga telah melalui tempoh penuh duka, lara dan seksa. Esok 12/12/2015, kita sekali lagi dituntut melakukan sesuatu yang luar biasa. Kerana apa yang bakal dikecapi adalah kegemilangan yang juga sangat luar biasa.

Ayuh Lang Merah! Bara dalam genggaman usah dilepaskan. Barisan sudah tersusun, genderang perang sudah dipalu. Langkahlah dengan semangat yang membara. Harapan penyokong setia setinggi gunung usah dihampakan, pastikan Piala Malaysia milik kita. Ayuh Kedah! Sabtu ini, beraksilah gagah berani! Lusa kita lahir semula - disegani dan dihormati semua.

Najib lancar Unit Dana Bumiputera @azwanbro


Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Unit Dana Bumiputera bagi membantu usahawan yang baru berkecimpung dalam dunia perniagaan mendapatkan bantuan kewangan daripada agensi-agensi kerajaan.

Beliau melancarkan program itu semasa hadir pada Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun.

Sementara itu, Khairul Azwan berkata, program yang dibangunkan oleh pergerakan Pemuda UMNO itu adalah pemudah cara untuk memadankan setiap perniagaan dengan agensi kerajaan yang tepat bagi memastikan usahawan mendapat bantuan dana daripada peruntukan yang disediakan.

“Program ini diwujudkan selepas usahawan-usahawan bumiputera yang hadir dalam Konvensyen Dana Bumiputera pada 28 November lalu menyatakan kesukaran mereka untuk mendapatkan bantuan dana.

“Melalui program ini, Pemuda UMNO akan membantu memadankan perniagaan dengan agensi yang tepat dan memohon dana daripada kerajaan sehinggalah setiap usahawan ini berjaya dalam bidang masing-masing,” katanya semasa berucap mencadangkan usul ucapan dasar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dalam perhimpunan itu.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...