sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Monday 26 January 2015

Isu Rotan : Jangan Samakan Mendidik Dengan Mendera! - @AzwanBro

dari twitter Azwan Bro 


Semalam kecoh di media arus perdana dan media laman-laman media sosial mengenai kenyataan yang di buat oleh 
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim mengenai Isu rotan anak boleh 'DIHUKUM' yang akan di bentangkan Parlimen Julai nanti. 

Rata-rata orang ramai termasuk kepimpinan umno menentang isu ini kerana jelas kita terikut-ikut rentak barat dalam mendidik anak-anak yang kononnya memartabatkan 'hak asasi manusia' . Aku petik kenyataan yang dibuat oleh Pergerakan Pemuda Umno Malaysia melalui Naib Ketua Pemudanya , Khairul Azwan Harun di laman sesawang Astro Awani. 





Pergerakan Pemuda UMNO meminta undang-undang untuk perlindungan kanak-kanak kelak perlu jelas dibuat dengan mengambil kira hak ibu bapa atau penjaga dalam mendidik anak.

Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun berkata, ia juga perlu mengelak dari memenuhi kehendak hak asasi manusia terlampau yang dibuat di negara-negara luar yang jelas berbeza budaya dan tradisi kehidupan.

"‎Dalam konteks ini, perundangan baru juga perlu digubal agar ia tidak menghalang pelaksanaan perundangan syariah berkaitan.

Friday 23 January 2015

@jamawijaafar Sedih Lihat Video Zamani DiBuli #BantahTindakanPolisKpdZamani


Kenyataan Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM), Jamawi Jaafar di petik dari Facebook beliau :

Saya mengenali secara peribadi Saudara Zamani, dia juga pernah tinggal di Tenom selama sebulan utk beberapa program bersama sama saya tahun 2001. Saya amat simpati dengan apa yg berlaku kepada beliau di akhir akhir ini. Sebagai rakan saya akan usaha bantu memberikan khidmat nasihat perundangan dgn bantuan NGO Sukaguam.. 

Sbg rakyat Malaysia, tiada yg terlepas daripada undang undang. Semoga Saudara Zamani tabah menghadapi proses undang undang dan sekiranya perlu saya akan usaha bantu untuk proses pemulihan seterusnya... Ramai belia yg terlibat dgn gejala dadah tidak mendapat peluang kedua utk perbetulkan diri.. Malahan ada yang dikecam sebagai bekas banduan dan sebagainya..

Semoga Saudara Zamani apabila selesai melalui proses perundangan serta mendapat peluang kedua kelak dan pulih dari najis dadah akan dapat melaksanakan program membimbing anak anak muda yang masih terumbang ambing dgn gejala ini di luar sana.

Saya juga sedih melihat Saudara Zamani diarahkan menyanyi dgn tangan bergari.. Saya yakin pihak PDRM akan dapat melaksanakan keadilan untuk beliau..

Akhirnya... Sbg sahabat saya berdoa satu hari nanti dapat membawa Saudara Zamani bersama mengerjakan Umrah..

Bagi aku niat Jamawi baik dan aku harap rakan-rakan Zamani akan terus membantu beliau keluar dari kancah dadah dan jika beliau mahukan kerja untuk menambah rezeki berikanlah. 

Soal Video yang disebarkan ita semua mengharapkan agar pihak PDRM  dapat menyelesaikan dan tindakan tegas diambil keatas pegawai yang terlibat. 


POLIS Kenal pasti Pagawai Yang Rakam Dan Sebar Video Zamani



KUALA LUMPUR: Pihak polis telah mengenal pasti pegawai yang terlibat dan bertanggungjawab merakam serta menyebarkan klip video seorang penyanyi yang disyaki terlibat dadah ketika ditahan di dalam lokap.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat dalam satu kenyataan menyebut bahawa siasatan yang dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 akan diteruskan bagi mengenal pasti pegawai dan anggota lain yang turut terlibat dalam menyebarkan video berkenaan.

“Siasatan akan dilengkapkan secepat mungkin dan akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwaraya untuk tindakan lanjut.

"Siasatan dalaman daripada segi salah laku dan pematuhan Standard Operating Prosedure (SOP) juga sedang dijalankan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) PDRM Selangor,” kata kenyataan itu.

Polis Selangor memberi jaminan bahawa siasatan yang telus akan dijalankan tanpa melindungi sesiapa dan tindakan dalaman mengikut peraturan tata tertib akan dikenakan terhadap anggota polis yang terlibat.

Video berdurasi 1 minit 21 saat itu memaparkan penyanyi utama kumpulan Slam, Zamani, diminta menyanyikan lagu hitnya ‘Gerimis Mengundang’ dalam keadaan duduk dan tangan bergari.

Video tersebut telah dimuat naik di sosial media dan menjadi viral, seterusnya mengundang pelbagai reaksi pengguna laman sosial sehingga ada yang bersimpati dengan nasib penyanyi berusia 43 tahun itu.

Ia susulan laporan seorang penyanyi yang ditahan bersama seorang wanita di kediamannya di Keramat kerana dipercayai positif dadah pada Rabu.


kredit astro awani

Alhamdulillah Tok Guru Nik Aziz Makin Pulih


Perkhabaran yang aku terima lewat malam ini adalah berita Tok Guru Nik Aziz Nik Mat makin pulih selepas menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian sejak beberapa hari lalu.

Menurut anaknya Nik Abduh keadaan ayahnya bertambah baik berbanding semalam selepas tiga hari menerima rawatan di hospital itu.

"Hari ini lebih baik, sedar untuk solat Subuh seperti biasa malah lebih ceria. Ayahanda juga meminta untuk makan bubur nasi dan pihak hospital tunaikannya.

"Kanser prostat tahap empat yang dialami tidak menjejaskan fungsi badan lain selepas ayahanda lulus ujian yang dilakukan doktor," katanya

Buat masa sekarang doktor tidak membenarkan orang ramai melawat ayahnya secara dekat kerana dikhuatiri boleh mendatangkan kesan kepada kesihatannya.

"Bimbang dengan jangkitan lain, doktor hanya membenarkan pelawat melihat dari luar bilik kaca sahaja,"

Aku juga menyeru seluruh rakyat Malaysia terus berdoa agar Tok Guru Nik Aziz terus sihat seperti sediakala.

Thursday 22 January 2015

Video : Kejadian Pelik, Suhu Turun Mendadak , Hujan Batu Bagai Peluru



Video Zamani Slam , Polis Biadap , Ketua Polis Negara Harus Bertanggungjawab


Aku tidak terkejut jika berita sebelum ini tentang penyanyi Kumpulan Slam, Zamani ditahan kerana memiliki dadah dan menjadi penagih dadah sejak 10 tahun lalu. Apa yang mengenjutkan aku adalah sebaran video Zamani dipaksa menyanyi sewaktu dalam tahanan pihak Polis. 

Rakaman mengaibkan ini terlalu berat untuk diterima akal dan inikah SOP Polis ?? Sebarkan video seseorang pesalah ?? wahh berat kes ni. Reputasi PDRM tercalar dengan kelakuan pegawai Polis yang merakam dan menyebarkan video ini. 

Gambar2 Padang Pasir Dilanda Ribut Salji Dan Cuaca Sujuk









Wednesday 21 January 2015

Qu Puteh Berjaya Dalam Kekecohan #AJL29


Aku sebenarnya tak tengokpun AJL 29 baru-baru ni yang dikatakan KECOH pasal QU PUTEH tu , kerana ASTRO kena potong , baru dua bulan kot tak bayar AGAK-AGAK la Astro pun . ehh melalut pulak .. hehe .. 

Tapi aku duk baca la kat FB dan blog2 hiburan pasal cita QU PUTEH ni. Bagi aku syarikat ni HEBAT kerana berjaya susun strategi pemasaran yang hebat untuk menaikkan nama dan produk Qu Puteh ni !! yalah dulu akupun tak kenal tiba-tiba satu Malaya duk sebut-sebut kan kan !!

Aku anggap syarikat ni hebat !! dan aku menyokong penuh syariat bumiputera yang sedang membangun sepertinya. Aku juga harap orang ramai yang kat luar sana terus menyokong syarikat bumiputera seperti ini untuk berjaya , sapa lagi yang nak bantu kalau bukan kita ni kan kan kan !! 

Apapun buat Datin Seri DIVA, selamat maju jaya dan TAHNIAH kerana anda HEBAT 


Video Dan Gambar Menarik #KataKita UK Tour @azwanbro











Tuesday 20 January 2015

Doa Buat Tok Guru Nik Aziz Di ICU


Berita Tok Guru Nik Aziz masuk ICU tadi hati buat hati aku sayu. Walaupun berbeza idoelogi politik namun aku menghormatinya sebagai orang yang berpengaruh dan orang lama dalam politik tanah air. 

Tok Guru Nik Aziz dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian petang tadi. 

Perkara itu disahkan oleh anaknya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dalam Facebooknya, sebentar tadi.

“Petang ini ayahanda dimasukkan ke ICU di HUSM selepas ke hospital sejak malam tadi. Seperti saya maklumkan semalam, kesihatan ayahanda agak menurun ketika banjir baru-baru ini,” katanya.

Beliau berkata, akan sentiasa memaklumkan perkembangan ayahanda dari semasa ke semasa.

“Saya sendiri dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang,”katanya.

Apapun aku mendoakan Tok Guru kembali sihat dan diberi kesihatan yang baik oleh Allah dan aku menyeru semua umat Islam turut berdoa untuknya. 

Kepura-puraan Yang Memualkan - @azwanbro



JULAI lalu, kita dikejutkan dengan satu lagi pembunuhan kejam rakyat Palestin oleh Israel. Dalam hanya 51 hari, lebih 2,300 orang rakyat Palestin dibunuh, termasuk kanak-kanak dan lebih 500 wanita. Sekolah dibinasakan, hospital dihujani peluru dan keluarga dipecahbelahkan. Itu belum kita berbicara tentang nasib lebih 10,000 orang lagi yang tercedera hasil kekejaman rejim zionis Israel tersebut.

Awal minggu ini, kita dibedik kemualan pula apabila Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu atau Bibi berada di barisan hadapan perarakan perpaduan di Paris ekoran serangan dan pembunuhan kejam di ibu pejabat Charlie Hebdo. Lebih memualkan, seorang pemimpin yang kononnya pencinta keamanan ini telah bertanggungjawab ke atas kematian hampir 17 wartawan tidak bersalah oleh Pasukan Pertahanan Israel (IDF). Nampak jelas kepura-puraan yang tiada tandingan.

Namun, seperti kebiasaan, semua sudut pemikiran berkaitan kekejaman di Charlie Hebdo tampaknya salah orang Islam. Memang benar pembunuhan dijalankan oleh tiga ekstremis Muslim, tetapi lupakah dunia seorang polis Muslim juga telah kehilangan nyawa mempertahankan kebebasan wartawan-wartawan Charlie Hebdo yang kerap kali menghina rasul umat Islam?


Bukan itu sahaja, dunia beranggapan bahawa pembunuhan ini menguntungkan umat Islam. Siapa sebenarnya yang paling untung hasil kekejaman ini? Adakah ia umat Islam yang kini dipandang hina ibarat semuanya pembunuh kejam dan ekstremis, walaupun hampir semua Muslim mengutuk keras pembunuhan yang dijalankan? Adakah pemenang sebenar 1.6 bilion umat Islam yang tak senang duduk di tempat awam, dipandang dengan kecurigaan oleh orang lain khususnya di negara-negara Barat?

Kekejaman kali ini menampakkan sekali lagi seolah-olah umat Islam yang bersalah. Bila kartun-kartun hasil karya wartawan Charlie Hebdo menghina Islam, dunia sentiasa mengungkit bagaimana ia dilakukan atas nama kebebasan bersuara. Umat Islam juga menanggung malu dan menahan sabar. Dan bila hanya tiga orang umat Islam bertindak keterlaluan, sekali lagi umat Islam menanggung herdikan dan generalisasi buruk yang dibina masyarakat dunia.

Adakah ini adil?

Apabila agama Islam dihina, semua dihalalkan dek kebebasan bersuara. Jika umat Islam marah, dikatakan jangan kerana kebebasan bersuara. Namun adakah dunia menghormati kebebasan bersuara umat Islam? Adakah dunia memperjuangkan kebebasan bersuara sepertimana yang mereka inginkan daripada umat Islam?

Apabila wanita Islam berpurdah dijatuhkan hukuman penjara selama sebulan dan didenda RM700 di Perancis, di mana pejuang kebebasan ekspresi? Jika benar kebebasan bersuara diperjuangkan, kenapa bila ada umat Islam mengutuk kekejaman Israel, ada yang dianggap rasis dan tidak objektif? Dunia tidak mempersoalkan pula 16 negara yang menghalang sesiapa menyangkal wujudnya ‘Holocaust’? Lebih menarik, hampir semuanya negara Eropah. Ke mana hilangnya kebebasan bersuara yang digembar-gemburkan untuk menghalalkan kutukan terhadap umat Islam?




Kepura-puraan ini amat memualkan

Hal ini sungguh jelas di Malaysia. Apabila ada orang Islam menghina agama lain, maka gegak-gempitalah sesetengah puak menjerit “tindakan perlu diambil!”. Tetapi puak yang sama ini juga mengutuk Akta Hasutan dan memperjuangkan kebebasan bersuara apabila Alvin Tan menghina Islam ketika bulan Ramadan.

Monday 19 January 2015

2 Exco Kerajaan Kedah Bergelar Dato'


Tahniah diucapkan kepada 2 orang Exco Kerajaan Negeri Kedah iaitu YB Dato' Badrol Hisham Hashim yang juga Adun Kuala Nerang dan YB Dato' Norsabrina Mohd Noor Adun Bandar Baharu di atas penganugerahan Darjah Dato' Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K) semalam.

Mereka berdua dianugerahkan darjah ini sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah ke-87, semalam dan disampaikan oleh Pengerusi Pemangku Sultan Kedah

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa mendahului 76 penerima darjah kebesaran ini,

Ali dikurniakan Darjah Paduka Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (DHMS) membawa gelaran Datuk Paduka.

Tujuh penerima dianugerahkan Darjah Gemilang Seri Mahkota Kedah Yang Amat Dihormati (DGMK) membawa gelaran Datuk Wira, tiga penerima Darjah Paduka Mahkota Kedah (DPMK) membawa gelaran Datuk, 41 penerima Darjah Setia Diraja Kedah (DSDK) membawa gelaran Datuk, tiga penerima Darjah Setia Diraja Kedah (DSDK Kehormat) dan 19 penerima Jaksa Pendamai (JP).

Thursday 15 January 2015

Diana Rafar Fail Penceraian Terhadap Zamarul Hisham



Desas desus rumah tangga Diana Rafar dan Zamarul Hisham yang dibina sejak 16 Mei 2009 berantakan sejak beberapa tahun kebelakangan ini sering mencuri tumpuan ramai. Bagaimanapun cerita itu sesekali berlalu sepi apabila ditepis terutama Diana sendiri.

Bagaimanapun menurut laporan BH Online, Diana yang juga duta produk Perla Coffee itu sudah memfailkan perceraian terhadap suaminya itu hari ini di sebuah mahkamah di Shah Alam.

Nampaknya rumah tangga pasangan ini yang dikurniakan anak lelaki bernama Kashfi Haikal berusia lima tahun tidak mampu dipertahankan lagi.

Malah Diana sebentar tadi mengesahkan perkara berkenaan.

"Ya, saya sudah memfailkan perceraian sekitar jam 1 tengah hari tadi. Bagaimanapun saya tidak mahu mengulas lanjut punca perpisahan kami lagi buat masa ini. Saya reda dengan apa yang terjadi," katanya.

Pembunuhan Altantuya : Australia Tidak Mahu Serah Sirul



Australia akan menolak permohonan kerajaan Malaysia untuk mendapatkan perintah ekstradisi bagi membawa pulang bekas anggota polis, Sirul Azhar Umar, kerana ia melibatkan hukuman mati, lapor The Sydney Morning Herald.

Jurucakap Jabatan Peguam Negara mengatakan undang-undang ekstradisi Australia tidak membenarkan seseorang diserahkan kepada negara lain untuk kesalahan yang boleh dihukum dengan kematian melainkan negara ini telah memberikan suatu aku janji Australia bahawa hukuman mati tidak akan dijalankan.

"Australia menentang hukuman mati. Kita menentang hukuman mati bagi di Australia dan di luar negara," laporan itu dipetik.

Mahkamah Persekutuan pada Selasa menolak keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan Sirul dan ketua inspektor Azilah Hadri yang sebelum ini didapati bersalah dalam kes pembunuhan model asal Mongolia, Altantuya Shariibuu.

Panel hakim mahkamah persekutuan yang mendapati Sirul dan Azilah bersalah dan dikenakan hukuman gantung akibat kesalahan tersebut .

Sirul tidak hadir ke mahkamah ketika hukuman tersebut dijatuhkan dan dipercayai berada di Australia sejak enam bulan yang lalu.

Wednesday 14 January 2015

Komet Lovejoy Akan Melintasi Bumi


SHAH ALAM - Masyarakat di negara ini berpeluang menyaksikan sendiri Komet C/2014 Q2 Lovejoy yang kini dilaporkan berada di kedudukan paling dekat dengan bumi.

Menerusi kenyataan Observatori Negara Langkawi, Agensi Angkasa Negara (Angkasa), jarak Komet C/2014 Q2 Lovejoy atau dikenali sebagai Komet Lovejoy ini hanya kira-kira 70 juta kilometer jauhnya dari Bumi dan akan dapat dilihat sehingga hujung Januari tahun ini.

“Komet ini telah memberikan beberapa imej terbaik dan terang kepada ahli-ahli astronomi sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Komet Lovejoy cukup terang dan jelas dilangit untuk dicerap sekalipun dengan mata kasar di kawasan yang bebas dari pencemaran cahaya,” katanya.

Menurutnya lagi, boleh dilihat dari mana-mana sahaja tempat di Malaysia dan Hemisfera Utara pada masa ini.

“Kali terakhir komet ini merentasi Sistem Suria adalah kira-kira 11,500 tahun yang lalu dan ia dijangka tidak akan kembali lagi untuk tempoh sekurang-kurang 8000 tahun lagi,” katanya lagi.

Tuesday 13 January 2015

Rencana : Kenapa DAP Bantah Hudud - DR MASHITAH



MENURUT Lim Kit Siang, DAP mengambil keputusan tidak menyertai pakatan pembangkang bersama Pas ketika hadapi Pilihan Raya Umum 1986 dan 1990 kerana membantah hasrat melaksanakan hukum hudud dan menubuhkan Negara Islam.

Malah, dalam PRU 1990, DAP meletakkan calonnya untuk bertanding di kerusi Dun Padang Garong dalam kawasan Parlimen Kota Bharu. Namun, calon itu, Lim Kok Kee, tewas.

Walaupun pemimpin Parti Semangat 46 kemudian berjaya menggabungkan DAP dan Pas dalam Barisan Alternatif, pakatan ini akhirnya berpecah pada 2001 kerana kepimpinan Pas menolak satu persefahaman yang dipanggil Pendirian Lima Perkara.

Inti pati Pendirian Lima Perkara adalah (1) Pas kena setuju tidak akan berlaku perubahan radikal terhadap Perlembagaan Persekutuan seperti penubuhan Negara Islam, Kristian, Buddhis atau Hindu (2) Selagi berada dalam pakatan pembangkang, Pas mesti bekerjasama dengan parti sekutu untuk mengangkat demokrasi, bukan Negara Islam (3) Sebelum membuat sebarang keputusan atau pindaan kepada undang-undang negeri, Pas mesti rujuk dan mendapat persetujuan parti sekutu (4) Pas kena bersetuju dengan penubuhan sebuah jawatankuasa tertinggi yang mesti dirujuk jika ingin buat kenyataan atau tindakan sensitif berkaitan agama, dan (5) Pas mesti terima hakikat Malaysia sebuah negara plural dan Negara Islam tidak sesuai serta tidak boleh ditubuhkan.

Walaupun Pas berpakat semula dengan DAP dan berserta PKR menghadapi tiga PRU selepas itu, DAP tetap membantah hukum hudud dan hasrat Pas menubuhkan Negara Islam.

Ramai penyokong Pas tidak setuju, malah marah dengan tahaluf siyasi yang dijalin parti itu dengan DAP. Pemimpin Pas cuba menenangkan penyokong dengan berkata mereka akan mendidik pemimpin DAP mengenai Islam. Selama 15 tahun, Pas bukan sahaja gagal berbuat demikian, malah pendirian DAP terhadap hukum hudud semakin keras.

Kit Siang, anaknya dan pemimpin DAP terus-menerus mengkritik pemimpin Pas hingga ke hari ini, termasuk cadangan mengadakan sesi khas persediaan membawa rang undang-undang hudud ke Parlimen pada 29 Disember lalu yang terpaksa ditunda kerana bencana banjir.

“Pas leaders know very clearly DAP’s stand on hukum hudud. DAP will stand firm in Parliament to defeat any Pas attempt to amend the Federal Constitution for this purpose,” tegas Kit Siang, yang juga mendapat sokongan pemimpin PKR dan beberapa pemimpin Pas sendiri.

K-POP : Video 'DOSA' Akan Kekal Selamanya



SHAH ALAM 12 Jan - Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia, Dr Zaharuddin Abdul Rahman melahirkan rasa terkejut adegan kumpulan K-Pop terdiri daripada anggota lelaki memeluk dan mencium gadis bertudung dalam satu persembahan di Kuala Lumpur, kelmarin.

Menurutnya, adegan seperti itu 'benar-benar gerakan liberal atau lebih teruk daripada liberal' dan 'jauh lebih teruk daripada memeluk anjing', merujuk kepada program I Want to Touch a Dog di Petaling Jaya, tahun lalu, yang mencetuskan kontroversi hebat.

Menurutnya, penyebaran video itu tidak dianggap membuka aib kerana gadis dalam rakaman itu sudah tahu bahawa program itu disiarkan secara langsung di media.

"Taubat wajib bagi mereka yang terlibat, namun malang kerana video dosa mereka bakal tersebar selagi wujud YouTube," katanya.

Zaharuddin turut mengingatkan pengguna media sosial supaya tidak mengeluarkan kenyataan kesat atau maki hamun terhadap individu dalam video tersebut, sebaliknya menasihati mereka.

Rakyat News 

Eric Paulsen Mohon Maaf Dan Kes Selesai - Mahfuz Omar


Aku marah jugak bila Mahfuz Omar, Ketua Penerangan Pas Pusat suruh Eric Paulsen minta maaf dan kemelut kes Eric ni hina Islam selesai. Mudahnya ungkapan Mahfuz ni ya. Tapi aku puji dia balun Eric ni kata Eric tidak ada hak untuk keluarkan kenyataan menghina Islam. Jom baca petikan artikel dibawah : 

Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, Eric tidak mempunyai hak untuk mengeluarkan apa jua kenyataan mengenai Islam.

"Khutbah bukan sesuatu yang menggambarkan ekstrimisme dalam Islam. Khutbah adalah ibadah orang Islam yang diamalkan dalam masyarakat Muslim.

"Sebagaimana kami orang Islam tidak mempunyai sebarang hak untuk mengeluarkan kenyataan mengenai agama Kristian. Begitu juga dengan dia yang tidak mempunyai hak untuk mengatakan sesuatu mengenai orang Islam," katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Jelasnya lagi, tanpa khutbah, solat Jumaat yang ditunaikan oleh masyarakat Islam tidak sah.

"Saya sangat kesal dan kecewa dengan kenyataan dan tindakan yang dikeluarkan oleh orang berilmu seperti dia," ujarnya.

Beliau dalam pada itu turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang setimpal ke atas Eric jika dia didapati bersalah.

"Terpulang kepada pihak berkuasa untuk melihat hal ini dari sudut perundangan, namun bagi saya tidak seharusnya kenyataan tersebut diperleceh atau diperkecilkan.

"Penting bagi masyarakat kita untuk menghormati hak-hak kehidupan beragama masing-masing supaya keharmonian dapat dikekalkan," tegasnya lagi.

Mahfuz turut mendesak Eric supaya tampil dengan permohonan maaf, sekali gus menamatkan kemelut yang melanda.


Apapun hari ini 13 Januari 2014, PDRM akan mengeluarkan reman ada Eric. Aku amat berharap PDRM akan bertindak dan hukum lahanat Pro PR ini sekerasnya agar semua pihak tidak lagi berani mengeluarkan kenyataan menghina agama orang lain. 

MISTERI : Gambar Kereta, Lori , Traler Di Sedut Ke Laut ( SERAM )










Biarlah gambar menceritakan 

Kredit Page   Aku Perhati Je Perangai Kau

Monday 12 January 2015

TERKINI : Pelampau Eric Paulsen Hina Islam Di Tahan Pihak Polis



Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty (LFL), Eric Paulsen yang mendakwa Jakim mempromosikan ekstrimisme di negara ini sudah ditahan di Brickfields, sebentar tadi.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi laman Twitter rasmi Polis DiRaja Malaysia (PDRM)

"@PDRM baru sahaja menangkap Eric Paulsen," tulis catatan itu.

Eric dilapor membuat catatan di akaun Twitternya mengatakan: “Jakim sedang mempromosikan ekstremisme setiap Jumaat. Kerajaan perlu menanganinya jika serius mahu banteras ekstremisme di Malaysia”.

Posting itu kemudiannya mendapat reaksi pelbagai pihak yang menyifatkan Eric menghina agama Islam dan mahu pihak berwajib mengambil tindakan ke atasnya.

Laporan polis telah dibuat terhadap Eric oleh Pemuda Umno hari ini. 

- Sinar 

Mantap PDRM .. Tahan dan Dakwa Terus !!!! 


POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive