sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Thursday 31 March 2016

VIDEO PANAS !! Najib Dan Rosmah Belanja Percutian RM58 Juta ?




WSJ: Najib belanja RM60 juta untuk percutian, barang kemas


Lebih banyak maklumat berhubung dakwaan sikap mboros keluarga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang membelanjakan jutaan ringgit didedahkan lagi hari ini.

Menurut akhbar The Wall Street Journal, Najib menghabiskan AS$15 juta (RM58.8 juta) bagi percutian, membeli-belah dan barangan kemas. Perbelanjaan dilakukan di Amerika Syarikat, Malaysia, Itali dan di beberapa tempat lain.

Dokumen siasatan pihak berkuasa Malaysia menunjukkan bahawa kad kredit Najib digunakan bagi membayar pembelian di gedung fesyen Chanel di Honolulu, Hawaai bernilai AS$130,625 (RM512,194).

Ini berlaku dua hari sebelum beliau bermain golf dengan Presiden Barrack Obama pada malam Krismas 2014.


Kunjungan ke Amerika Syarikat itu menjadi kontroversi apabila beberapa negeri di pantai timur Malaysia dilanda banjir teruk dan Najib terpaksa terbang pulang untuk melawat kawasan yang terjejas.

Panas !! Annuar Musa Kena Halau Dengan Rakyat Kelantan



Ketua Penerangan Umno Malaysia , Annuar Musa yang baru dilantik Najib untuk menjadi kepala penerangan Umno ternyata gagal melaksanakan tugasnya. 

Annuar Musa bukan sahaja gagal malah memburukkan lagi nama Parti Umno dengan kenyataan-kenyataan seperti budak baru berpolitik. 

Orang semua tahu rakyat negeri Annuar Musa sendiri tidak termakan 'dedak' yang cuba ditabur. 


Setiap kali menjelang pilihanraya Annuar dilihat ke hadapan untuk meminta Kepimpinan Umno Pusat memberi tumpuan pada Kelantan dan menyatakan dengan penuh keyakinan bahawa BN boleh menang walhal beliau sendiri tahu yang rakyat Kelantan bukan boleh di pengaruhi dengan taburan duit ringgit. 

Annuar Musa Buat Umno Bertambah Buruk Di Mata Rakyat


Part 1 : 

Berkesankah Annuar Musa Setakat Ini ? 

Waktu Abang Mad Maslan jadi Ketua Penerangan, macam-macam komplen kita dengar. Abang Mad tak cukup IQ lah. Abang Mad tak cukup sharp lah. Abang Mad banyak cerita pasal diri sendiri lah. Abang Mad poyo lah. Macam-macam.

Sudahnya, dilantiklah TS Annuar Musa sebagai Ketua Penerangan. Dengan harapan, orang pandai bercakap macam Annuar Musa akan selesai semua masalah. Bagi lah isu apa pun, tahu lah Annuar Musa goreng. Memang lumat dia goreng.

Wednesday 30 March 2016

Kerana Najib, Ambank Bakal Terima Padah Besar ?



Sebuah akhbar Australia melaporkan bahawa bank keempat terbesar di Australia - Australia and New Zealand Banking Group Limited (ANZ)- mungkin menjual pegangannya dalam AmBank Holdings Berhad selepas publisiti buruk berhubung laporan ribuan juta ringgit disalurkan kepada akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"ANZ difahamkan cuba untuk melupuskan pegangannya dalam bank di Malaysia itu yang dibelenggu skandal sejak September lalu - sebulan selepas puluhan ribu rakyat Malaysia mengadakan demonstrasi jalanan membantah skandal itu," lapor The Australian dalam artikel bertajuk ‘Skandal Najib Razak: ANZ tidak boleh bertindak’ yang diterbitkan hari ini.

Akhbar itu melaporkan bahawa jumlah besar wang yang mencurah ke dalam akaun Najib mencetuskan amaran mengenai pengubahan wang haram di AmBank yang menyebabkan bank tersebut terpaksa membayar denda selepas Bank Negara mendapati ia melanggar undang-undang anti pengubahan wang haram dan peraturan transaksi kewangan memerangi keganasan.

Najib Arah Ketua Bahagian Merbok Gantung ketua Cawangan ?



BERCAKAP BENAR DAN BERANI KERANA BENAR !

Inilah UMNO parti ku ! Bercakap benar adalah pengkhianat parti.Mencuri ,merompak dan menyamun harta rakyat dipuja dan disanjung oleh pemimpin dan ahli.Inilah UMNO Parti tanah air ku !.

Ketua Bahagian Merbok 

Petang semalam 29.3.16 UMNO Bahagian Merbok telah mengirim warkah cinta menggantung jawatan Ketua Cawangan UMNO Cawangan Jalan Badlishah.Tiada sebarang alasan dan FASAL mana dalam Pelembagaan UMNO yang dinyatakan dalam warkah cinta tersebut.

PANAS !!! Akhbar2 Luar Negara Balun Najib


MEMALUKAN NEGARA !!!  Scandal-scandal Najib terus menghantui dan memalukan rakyat Malaysia apabila banyak negara-negara luar terus memperlekeh dan mempertikai Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia. 

Umum mengetahui bahawa 80% rakyat Malaysia telah menolak Najib sebagai Perdana Menteri dan bermacam-macam luahan telah ditunjukan oleh rakyat seperti melukis karikatur badut wajah Najib dimerata-rata tempat di Malaysia. 

Akbar-akbar negara-negara luar juga menjadikan luahan rakyat Malaysia ini sebagai tajuk besar di akhbar-akhbar mereka. Ini amat memalukan negara dan rakyat Malaysia sendiri.

Scandal Najib : RM3.2 Juta Untuk Barang Kemas ?


Dakwaan perbelanjaan Najib - kereta, percutian, barang kemas...

Jutaan ringgit dari akaun Ambank yang kononnya dimiliki oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dibelanjakan untuk pembelian barangan kemas, percutian, kereta mewah dan kempen politik.

Demikian menurut Australian Broadcasting Corporation (ABC) dalam laporannya yang memperincikan transaksi akaun di Ambank di bawah kod nama "Mr X" yang dakwanya milik perdana menteri.

Rekod perbankan itu diperolehi oleh wartawan Four Corners, ABC tetapi laporan berkenaan tidak mendedahkan sumber rekod berkenaan.

Perbelanjaan termasuk:

Barangan kemas - RM3.2 juta (dibayar menggunakan kad kredit Platinum Mastercard dan Visa)


Kempen politik - RM24 juta untuk Shine Solar Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dikaitkan dengan NGO 1Malaysia bagi mengadakan kempen untuk BN

Tuesday 29 March 2016

Scandal 1MDB !! Najib DiBelasah Kaw Kaw Di Luar Negara !! Memalukan Negara


Aliran luar biasa dana ke akaun Najib - 'Four Corners'

Dokumentari Australia - Four Corners memamparkan laporan apa yang didakwanya sebagai butiran akaun bank peribadi Perdana Menteri Najib Abdul Razak.

Menurut program terbitan, Australian Broadcasting Corporatin (ABC) itu, kru penerbitannya telah melihat dokumen-dokumen bank yang dibekalkan oleh 'sumber pada peringkat tertinggi’ yang tidak dinamakan.

"Dokumen-dokumen perbankan mendedahkan aliran luar biasa dan berterusan wang antara tahun 2011 dan 2014," kata suara latar program ini.

Sunday 27 March 2016

Panas !! 1MDB Idea Najib , Nazir Razak Balun Abangnya Lagi !!!



Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Abdul Razak berkata perlunya diambil pengajaran dan tindakan bagi memastikan skandal seperti yang melibatkan 1MDB tidak berlaku lagi.

"Masa depan ialah tentang memastikan bahawa 1MDB - tidak berlaku lagi.

"Dalam usaha untuk memastikan 1MDB - tidak berlaku lagi, kita perlu melihat masa lalu dan memahami apa yang berlaku supaya kita belajar daripadanya.

Kerana Kriktik Najib , 1MDB Dan 2.6B , Wartawan Terkenal Utusan Terpaksa Undur Diri




Ku Seman undur, Zam bidas 'binatang politik'

Bekas ketua pengarang Kumpulan Utusan Melayu Tan Sri Zainuddin Maidin mendakwa pengunduran editor kanan akhbar itu Ku Seman Ku Hussain berkaitan dengan sikap kritikal beliau dalam isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion.

"Secara jelasnya saya tidak tahu kenapa tetapi saya dimaklumkan sikap Ku Seman yang agak kritikal terhadap perdana menteri khususnya dalam isu 1MDB dan isu wang derma RM2.6 bilion antara penyebabnya,” katanya.


Zainuddin mendakwa, sikap Ku Seman itu dianggap tidak selari dengan kerajaan, sekali gus menyebabkan beliau diberikan surat amaran oleh pengurusan Utusan.

“Malah ekoran tulisannya beliau dianggap sebagai penyokong pembangkang,” dakwa Zainuddin yang lebih dikenali sebagai Zam.

Menulis dalam kolum terakhirnya di Mingguan Malaysia, edisi AhadUtusan, hari ini, Ku Seman mengakui “Utusan Melayu universiti saya” menjadi artikel terakhirnya.

Lagi Mesyuarat Umno Cawangan Minta Najib Undur



26 Mac 2016

Usul Politik
Dlm mesyuarat Umno
Caw Sri Lanang 2,
Taman Desa Tebrau.
Bahagian Tebrau.

MENYEDARI bahawa Umno adalah parti politik terbesar orang Melayu yang telah memperjuangkan hak dan kedudukan orang Melayu dalam bidang ekonomi, pendidikan dan memelihara keutuhan agama Islam di negara ini. 

Bagaimanapun kini, perjuangan dan pengurusan Umno telah dicemari dan terbelenggu oleh pelbagai masalah. Keadaan ini didapati telah menghakis keyakinan dan sokongan ahli parti terhadap Umno.

Saturday 26 March 2016

Panas !!! Adik Najib Balun Najib



PETALING JAYA, Sabtu – “Sesuatu yang tidak betul berlaku dalam 1MDB dan tiada siapa boleh menafikannya.”

Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak, yang juga adik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini mengenai syarikat pelaburan negara yang ditimpa kontroversi, – 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dalam sesi soal jawab pada program StarLIVE Business Series: Power Talks yang di Menara Star di sini, beliau berkata:

Kita Cuma Sampah Pada Mata Golongan 'Tungau' Dalam Umno


'LAYAK'

Kita cuma marhaen, cuma ahli akar umbi Umno, ahli dalam golongan kasta paling rendah. Kita cuma tinggal dicerok kampung. Tak perlulah kita nak sibuk dengan apa yg berlaku diatas sana. Tahulah pucuk pimpinan kita menguruskannya.

Jangan banyak soal, sebab kita cuma orang kampung, pemikiran kita cuma taraf kampungan sahaja. Tak perlu kita lantang nak bersembang atau mempersoalkan hal-hal hala tuju parti kita apatah lagi mempersoalkan tentang kepimpinan.

Tugas kita cuma waktu pilihanraya, tolong bantu tebang buluh, pacak bendera, angkat sepanduk dan pangkah calon dari parti kita.

Tanggungjawab kita cuma pastikan calon kita menang dan jadi wakil kita, utk menjaga kebajikan serta membawa suara kita keatas.

Kita juga dinasihatkan supaya jgn fikirkan tentang soal2 kepimpinan diatas, tahulah mereka menguruskanya, sebab mereka lebih bijak dan cerdik dari kita. Biarlah kita buat kerja kita dan mereka buat kerja mereka.

Panas !! Kisah Disebalik 1MDB (video)




Video TS Muhyiddin Yassin menceritakan kisah disebalik syarikat 1MDB semasa beliau masih lagi menjadi Timbalan Perdana Menteri yang ramai kita tidak ketahui.

Friday 25 March 2016

TV3 Putar Belit Kenyataan TMJ - Jemaah DiRaja Johor


Baru-baru ini rakyat dipertontonkan di TV3 dengan berita fitnah kononnya Tunku Mahkota Johor telah menyelar Tun Mahathir dengan menyifatkan Tun Mahathir sebagai 'Gila Kuasa'. 

Berita fitnah oleh TV3 ini bukan sahaja untuk memburukkan Tun Mahathir malah mereka cuba untuk menanamkan kebencian rakyat terhadap Tunku Mahkota Johor sendiri yang sebelum ini dilihat banyak menegur pentadbiran Najib. 

Dikhabarkan Buletin Utama dikawal oleh pentadbiran Najib dan cara mereka memutarbelitkan cerita adalah satu perkara yang jijik dan kotor bagi memburukkan seseorang yang mereka tidak suka. 


JANGAN PUTARBELITKAN KENYATAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR

Saya menarik perhatian kepada berita TV3 pada 23 Mac 2016 dan memaklumkan semoga kecelaruan ini tidak berlarutan sebagaimana yang disampaikan oleh DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor semalam yang telah diputarbelitkan.

Apa yang sebenarnya yang dimaksudkan oleh baginda yang utama sekali adalah berkenaan tidak mahu sejarah hitam 1992 berulang kembali. 

Video : Selagi Bernyawa UMNO Tetap Bersama Dengan Saya - @MukhrizMahathir




#Video DS Hj Mukhriz Tun Mahathir menjawab tomahan pentaksub Najib kononnya beliau mahu menjatuhkan UMNO/BN.

- Selagi darah merah yang mengalir dalam badan, memberi nyawa kepada DS Mukhriz selagi itulah UMNO tetap bersama dengan beliau.

- Sekiranya DS Mukhriz berniat mahu menjatuhkan UMNO/BN , beliau mempunyai satu peluang pada hari terakhir sebagai MB Kedah iaitu membubar DUN. Namun beliau menolak berbuat demikian (walau ada desakan) kerana ianya mengundang kekalahan UMNO/BN di Kedah..

Bagi admin, apa yang dilakukan DS Mukhriz Tun Mahathir untuk meminta DS Najib berundur adalah untuk menyelamatkan UMNO/BN dari dihukum rakyat Malaysia dalam PRU14.

Thursday 24 March 2016

Tutup Mulut , Najib Tawar Jawatan Besar (video)


#Video pendedahan panas dari TS Muhyiddin Yassin bahawa beliau pernah ditawarkan dua jawatan oleh Najib iaitu Gabenor Pulau Pinang (Yang di-Pertua Negeri) dan Pengerusi Pemodalan Nasional Berhad (PNB) selepas digugurkan sebagai Timbalan Perdana Menteri bagi menutup mulut.



Syukur Alhamdulillah, demi mempertahankan prinsip dalam diri dan maruah perjuangan, TS Muhyiddin Yassin menolak mentah-mentah tawaran tersebut.



Panas !!! @MukhrizMahathir Dedah Penipuan Pelaburan 1MDB Di Kedah (video)


#Video DS Mukhriz Tun Mahathir dedah penipuan pelaburan syarikat 1MDB membabitkan sebidang tanah berkeluasan lebih kurang 300 ekar bernilai RM35juta di belakang Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kuala Ketil, Baling.

Video : Jika Najib Tak Undur, Umno Bakal Tumbang



Dalam satu ucapan (Video) Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir di Majlis Santai anjuran GKCM Negeri Sembilan, beliau memberi contoh parti yang memperjuangkan kemerdekaan tapi akhirnya tewas teruk akibat kegagalan menunaikan amanah dgn baik kepada rakyat.

Parti kongress India.. parti India yang memperjuangkan kemerdekaan.

Pada tahun sebelumn-sebelumnya, parti Kongress menang, lebih 400 kerusi parlimen, 80% daripada kerusi parlimen yg ada.

Lepas sepenggal parti tersebut tewas teruk, jatuh hingga tinggal 40 kerusi, 10% daripada kemenangan yang lepas.

Kenapa jadi begitu?

Puncanya ialah, pemimpin yang ada amalkan rasuah, tak jaga kebajikan rakyat dan Kerajaan melaksanakan gst.

Mahukah kita, parti UMNO/BN di Malaysia jadi senasib dengan parti Kongress di India?

Mahukah? Tepuk dada tanya iman.

#‎BeraniBerubah #‎BeraniKeranaBenar

Video : Pengguguran TSMY Tidak Menepati Perlembagaan Parti - @MukhrizMahathir



#Video DS Mukhriz Tun Mahathir memaklumkan bahawa pengguguran TS Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden UMNO tidak menepati apa yang termaktub dalam perlembagaan parti UMNO.

Dalam sidang media Setiausaha Agung UMNO ketika mengumumkan pengguguran TS Muhyiddin Yassin, beliau menggunakan alasan mengikut fasa 10.15 perlembagaan parti yang terlalu 'umum' bagi tugas-tugas Majlis Tertinggi UMNO sedangkan wujudnya satu fasa 'khusus' iaitu fasa 9.12 yang harus diguna pakai untuk melucutkan jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi .

Dalam fasa 9.12 menyatakan (lebih kurang berbunyi begini) bahawa Presiden, Timbalan Presiden , Naib-Naib Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi boleh dilucutkan jawaTan SEKIRANYA DALAM SATU PERHIMPUNAN AGUNG KHAS SEKURANG-KURANGNYA 2/3 DARIPADA PIHAK YANG LAYAK HADIR PERHIMPUNAN TERSEBUT MELULUSKAN USUL TERSEBUT.

Jelas sekali tiada satu pun Perhimpunan Agung yang diadakan bagi melucutkan jawatan TS Muhyiddin Yassi
n.

( Video ) Najib Bersikap Hipokrasi Tahap Tertinggi




#Video DS Mukhriz Tun Mahathir dengan sinisnya menyindir Najib yang bersikap hipokrasi tahap tertinggi disebalik kenyataannya dalam akhbar berkaitan isu tuduhan penyelewengan dana kerajaan berjumlah RM107 Juta oleh Setiausah Bahagian sebuah kementerian.

Memang pedih sindiran DS Mukhriz Tun Mahathir terhadap Najib.

Monday 21 March 2016

Cadangan Mukhriz Bina Airport Kulim Akan Terlaksana


Cadangan salah satu dari 6 Projek Mega Oleh Mantan Menteri Besar Kedah, Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir dahulu akan terlaksana apabila Perdana Menteri dikatakan bersetuju untuk pelaksanaan projek itu. 

Perkara itu digunapakai oleh Menteri Besar yang baru dan beliau mengesahkan Perdana Menteri sudah memberi lampu hijau. Cadangan oleh Dato Seri Mukhriz untuk memajukan Kedah itu adalah terbaik. 

Untuk maklumat Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim atau KXP dicetuskan oleh Mantan Menteri Besar Kedah dalam Bajet Kedah 2014 dan terus dibawa ke Bajet 2015 untuk mendapat kelulusan Perdana Menteri. 


Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim atau KXP

Walaupun Negeri Kedah sudah mempunyai dua lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, namun pembinaan lapangan terbang ketiga ini dilihat amat penting untuk memainkan peranan sebagai pintu masuk dan keluar aktiviti perdagangan wilayah utara. Ini dikuatkan lagi dengan justifikasi yang diterima ramai.


Kesesakan trafik di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang diakui akan menjadi lebih kritikal dalam masa beberapa tahun lagi. Ini disokong lagi dengan hujah bahawa Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang bakal mengalami pertumbuhan semakin pesat dalam masa tiga tahun akan datang dalam hal pengendalian penumpang. Maka ianya semakin kurang mampu untuk memainkan peranan sebagai lapangan terbang bagi pengangkutan kargo. Peranan inilah yang akan diambilalih oleh KXP.

Keperluan membina lapangan terbang antarabangsa yang mempunyai dua landasan bagi memudahkan pergerakan ketibaan dan pelepasan serta kemudahan kawalan trafik tidak dapat dipertingkatkan di mana-mana lapangan terbang berdekatan. Maka sekali lagi, fakta ini menjadi justifikasi utama kebolehwujudan KXP. Kebanyakan penerbangan tambang murah sentiasa memberi penekanan kepada operasi pantas apabila tiba di sesuatu destinasi. Justeru, dua landasan berkembar yang dirancang untuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim dapat menarik syarikat tambang murah dengan serta-merta, malah diharap akan ada syarikat penerbangan tambang murah domestik dan antarabangsa yang akan menjadikan KXP sebagai hub operasi bagi rantau ini.

Ahmad Bashah Mengesahkan Perdana Menteri telah bersetuju 



Singkir Najib Dari Luar Parti


SHAH ALAM - Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa tindakan menyingkirkan Datuk Seri Najib Tun Razak dari luar parti wajar dilakukan kerana majoriti ahli parti Umno kini berada dalam ketakutan.

“Mereka juga mungkin terlalu selesa dengan layanan yang diberi Najib sedangkan jentera parti dan kerajaan BN jelas sudah lumpuh.

“Rakyat dan ahli parti sudah hilang hak untuk dapat perlindungan serta memilih pemimpin yang dimahukan.

“Faktor berkenaan menyebabkan tindakan di luar parti terpaksa dilakukan sedangkan sebenarnya, jika ahli-ahli Umno berani menolak Najib melalui suara ramai, maka kerjasama dengan parti lawan tidak perlu dibuat,” katanya menerusi tulisan di laman blog rasminya, chedet.cc.

Beliau berkata, tindakan parti lawan menyokongnya bukanlah kerana mereka setuju dengan bekas-bekas pemimpin kerajaan tetapi lebih kepada kesedaran terhadap kerosakan dialami negara di bawah pentadbiran Najib.

“Oleh sebab itu juga, mereka turut bersetuju agar Najib disingkir dan pandangan mereka adalah sama dengan pendapat bekas pemimpin Umno dan kebanyakan rakyat,” katanya.

Mahathir juga mendakwa Najib akan terus memainkan isu mengenai dirinya bersama Lim Kit Siang supaya tujuan Deklarasi Rakyat terpesong sepertimana ia memesongkan tujuan demonstrasi Bersih.

Wednesday 9 March 2016

Ketua Pengarah JASA MemBANGANGkan Diri Sendiri - Ahli Parlimen Pokok Sena


NAK JADI PM MESTI AHLI PARLIMEN (AHLI DEWAN RAKYAT).

1. Saya terkejut bila membaca kenyataan Datuk Dr Fuad Zarkashi, Ahli Majlis Tertinggi Umno yang menyatakan Tun Mahathir mahu menjadikan anaknya Mukhriz sebagai PM selepas menjatuhkan Najib.

2. Tidak sewajarnya Fuad yang juga merupakan bekas Timbalan Menteri dan bekas Ahli Parlimen Batu Pahat serta seorang yang memiliki PHD, bahkan kini diberikan kepercayaan oleh Perdana Menteri Najib sebagai Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), tidak tahu syarat untuk menjadi PM. Kalau dia pun hendak serang Tun M biarlah bagi hujah yang munasabah dan bukannya mengeluarkan kenyataan yang membengong dan membangangkan dirinya sendiri.

3. Ini buat kenyataan memalukan orang yang ada PHD. Kenyataan Fuad sudah macam tidak ketahuan hala dan tidak boleh membezakan antara Ahli Parlimen dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun). Saya ingin memberitahu Fuad bahawa Mukhriz itu adalah seorangADUN. Untuk menjadi Perdana Menteri seseorang itu mestilah Ahli Dewan Rakyat. Kalau esok sekali pun Tun M berjaya turunkan Najib sebagai PM, Mukhriz tidak boleh dilantik sebagai PM kerana beliau hanyalah seorang ADUN. Mukhriz atas sifat sebagai ADUN hanya boleh menjadi MB atau dilantik sebagai Ahli Dewan Negara untuk menjadi Menteri atau pun Timbalan Menteri sahaja. Kecualilah kalau bubar Parlimen dan Mukhriz bertanding kerusi Parlimen. Itu pun kalau menang. Barulah boleh diangkat menjadi PM. Fuad ni dah mengalahkan kebodohan Awang Liku. Mana dia dapat PHD?

4. Kepada kawan saya Fuad, kalau nak bodek dan mengampu Najib pun bagi lah nampak cerdik macam betoi-betoi orang yang ada PHD. Jangan sampai Pegawai Jasa bawah pun gelak dan jangan sampai Aflin Shauki panggil buat skrin test cari pelawak baru.

#UndurNajib
#MalaysiaSelamat.

DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
9 Mac 2016/29 Jamadilawal 1437H

Hadi Awang Setuju MB Terengganu Ditukar


PAS Setuju Lantik Semula Ahmad Said Sebagai MB Terengganu

PAS Terengganu setuju untuk memberi sokongan kepada ADUN Kijal, Dato' Seri Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Saiful Bahri Mamat berkata, persetujuan itu dengan syarat bekas Menteri Besar itu perlu terlebih dahulu menyertai ahli PAS sebagai wadah perjuangan beliau yang baru.

Menurut Saiful yang juga ADUN Paka, perkara itu telah dipersetujui Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan ADUN-ADUN PAS yang lain termasuk ADUN Bandar daripada PKR.

"Kita sedia menukar Menteri Besar Terengganu mengikut saluran undang-undang yang betul kerana kita yakin Menteri Besar yang ada pada hari ini sudah hilang sokongan.

"Hari ini sepatutnya sudah tukar MB. Dato' Seri Ahmad Said sudah baca satu persatu peraturan sidang dewan dan perlembagaan Tubuh Negeri. Namun, ditolak oleh Speaker dengan alasan yang sangat tidak munasabah," katanya selepas Sidang DUN, hari ini.

Apabila ditanya media kemungkinan PAS akan mohon mengadap Sultan Terengganu, Saiful berkata, perkara itu masih dalam perbincangan.

"Kita akan bawa majoriti wakil rakyat di Terengganu mengadap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan. Tapi ia masih dalam perbincangan. Yang penting, kita cukup majoriti untuk jatuhkan UMNO," katanya. - Harakahdaily

Tuesday 8 March 2016

Keluar Fatwa ' Dosa ' Azalina Dikecam Rakyat



Azalina Othman Aziz yang dilantik Najib menjadi Menteri telah di kecam hebat oleh rakyat di Facebook. 

Kenyataan Azalina mengenai Pakatan Deklarasi Rakyat adalah satu dosa kerana bersekongkol dengan pembangkang dan ia telah menjadi viral di Media Sosial. Mereka mempertikaikan Azalina yang dilihat telah menjadi 'Ustaz'. 


Di atas beberapa orang yang mempertikai Azalina yang berlagak menjadi Ustaz sedangkan Azalina sendiri dilihat mengalami kecelaruan identiti apabila bersikap dan berpakaian seperti lelaki. 


Antara komen-komen rakyat terhadap Azalina adalah seperti 

Zaini Hj Talib yang berkata  (Lebih lagi dosa engkau , serupa macam lelaki.tolol) 

Roslyramli ramli pula berkata ( tak pakai atau tak tutup aurat juga berdosa, menteri bangang. 

Bagi Idil Latip pula beliau dengan sinis berkata dah sewel menteri kat Malaysia ni.. melawak no 1. 

Panas !! Kerajaan Terengganu Bergolak , Usul Tidak Percaya Pada MB


Kuala Terengganu : Perbahasan sidang Dewan Undangan Negeri 13 penggal ke 4 Negeri Terengganu 2016 yang dibahaskan oleh wakil dewan undangan negeri Dun Kijal Dato’ Seri Ahmad Said.

Ahmad Said membuat usul undi tidak percaya kepada YAB Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman sebentar tadi sebelum sidang dewan ditangguhkan.

Katanya, mengikut perlembagaan tubuh kerajaan negeri Terengganu yang mana telah memperuntukkan perkara-perkara berkenaan.

“Oleh itu saya memohon cadangan undi usul tidak percaya kepada YAB Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman di dalam dewan yang mulia ini”

Sehubungan dengan itu Dato’ Yang Dipertua Dewan(YDP) Mohd Zubir Embong, menangguh sidang dewan pada jam 1.15 tenghari dan akan di sambung jam 2.30 petang ini serta membuat keputusan usul berkenaan.

Monday 7 March 2016

JASA Makin Jijik Dibawah Fuad Zarkashi



Nampaknya KP JASA Fuad Zakarsi yang juga mantan Ahli Parlimen Batu Pahat yang kalah pada PRU13 dulu dan di kutip Najib diletakkan sebagai KP JASA makin memburukkan nama baik agensi itu. 

Baru-baru ini demi membodek Najib , KP JASA ini telah mengeluarkan kenyataan akhbar bahawa Tun M sedang berusaha membawa Dato Seri Mukhriz menjadi Perdana Menteri Malaysia. 

Kenyataan BANGANG KP JASA ini amat memalukan agensi itu, bagaimana seorang KP JASA begitu dangkal membuat kenyataan bodoh macam orang tak ada pelajaran. 

Mungkin itu sebab beliau kalah dalam pilihanraya PRU13 padahal kawasan beliau adalah kubu kuat Umno tapi tumbang . 

Mukhriz yang di kata tu pun bertanding kawasan Pas menang dan ternyata Mukhriz berjaya menawan kubu Pas dan menang dengan Majoriti lebih 2000 undi. 

Kenyataan Balas Dato Seri Mukhriz terhadap kenyataan KP JASA di bawah ni. 


Kata Dato Seri Mukhriz ( Takkan pemikiran KP JASA /  KB Batu Pahat begitu dangkal hingga boleh anggap tindakan Tun hanta supaya saya jadi PM ??? Saya bukan ahli Parlimen. Mana mungkin saya boleh dilantik senator untuk diangkat sebagai PM ? ) 

Inilah malapetaka apabila Najib suka angkat orang yang tak diterima rakyat duduk didalam pentadbiran beliau. 

Najib bukan saja mahu meruntuhkan negara tetapi juga Umno itu sendiri.

Tolak Najib
Undur Najib
Selamatkan Malaysia 

NGO bidas laporan 1MDB diklasifikasi bawah OSA



Keputusan Ketua Audit Negara untuk mengklasifikasikan laporan audit berkaitan 1MDB di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) merupakan satu halangan kepada keadilan, kata sebuah NGO anti-rasuah.

Pengarah eksekutif Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4), Cynthia Gabriel berkata langkah itu bertentangan dengan fungsi yang mendasari audit itu sendiri.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata langkah melindungi laporan itu di bawah OSA menghalang wacana dan perbahasan terbuka, tetapi yang lebih penting, ia merupakan halangan kepada keadilan kerana mencerobohi peruntukan perundangan dalam pengendalian kes-kes seumpama itu.

Keputusan itu juga bertentangan dengan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Menentang Rasuah (UNCAC), yang mana Malaysia telah menandatanganinya pada 2003 dan disahkan pada 2008.

Pasal 5 (1) UNCAC menyatakan bahawa "setiap pihak negeri hendaklah, selaras dengan prinsip-prinsip asas sistem undang-undang... melaksanakan atau mengekalkan dasar anti-rasuah yang berkesan dan diselaraskan, yang menggalakkan penyertaan masyarakat dan mencerminkan prinsip-prinsip kedaulatan undang-undang, pengurusan yang betul hal ehwal dan harta benda awam, integriti, ketelusan dan akauntabiliti."

Oleh itu, tegasnya ia menjadi tanggungjawab Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang bagi memastikan siasatan 1MDB adalah telus dan dengan "penyertaan tanpa halangan" anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

"Sebaliknya, langkah tersebut menghapuskan penyertaan masyarakat, menghalang kedaulatan undang-undang dan menghalang ketelusan dan akauntabiliti," tegas Gabriel.

Ini, katanya, hanya menyerlahkan kontroversi sekitar siasatan 1MDB, dan mencalarkan sistem keadilan Malaysia.

Saturday 5 March 2016

Amarah Rakyat Pada Najib Sudah Tidak Dapat Dibendung - Mukhriz



Kenyataan dari YB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir

1. Perlu difahami bahawa matlamat yg satu yg dipelopori oleh Tun Mahathir dan semua yg menandatangani Deklarasi Rakyat ialah agar DS Najib undur sebagai PM. Tiada langsung niat utk menjatuhkan Kerajaan BN yg memerintah ketika ini.

2. Tidak masuk akal sama sekali dakwaan bahawa tindakan Tun M ini akan menguntungkan Pembangkang termasuk DAP. Adakah BN akan tumbang jika Najib undur? BN tetap mempunyai majoriti kerusi Dewan Rakyat. Yg hanya perlu dilakukan ialah pelantikan PM yg baru - dari kalangan Ahli2 Parlimen BN, bukan dari Pembangkang.

3. Kalau ikut lojik, Pembangkang akan dapat memenangi PRU14 dengan mudah kerana penolakan Rakyat terhadap Najib bermakna BN juga ditolak secara total. Tapi sebaliknya, Pembangkang mahu Najib diganti dengan pemimpin BN yang lain sebelum PRU14. Kenapa? Kerana mereka mahu negara diselamatkan dari kemusnahan akibat pemimpin yg rakus menyalahgunakan kuasa, iaitu Najib Razak.

4. Pendirian ini turut diperkukuhkan apabila Parti Pembangkang faham dan terima hakikat bahawa amalan demokrasi negara tidak mengizinkan mereka merampas kuasa dari BN tanpa melalui PRU.

5. Kenyataan beberapa pemimpin UMNO bahawa Rakyat perlu tunggu PRU14 utk tukar PM sangat membahayakan kepentingan BN. Adakah maksudnya PM baru itu akan datang dari kalangan Pembangkang setelah BN tumpas di PRU tersebut? Itu sama sekali bukan matlamat Tun M.

6. Utk selamatkan negara, malah utk pertahankan kedudukan BN sebagai Kerajaan, Najib perlu diganti pemimpin BN lain sebagai PM sebelum PRU14. Jika Najib masih memimpin BN hingga PRU14, BN akan menerima padahnya. Amarah Rakyat sudah tidak boleh dibendung lagi. "Tunggulah PRU nanti. Kami tahulah apa nak buat". Itu yg kedengaran rata2 dikalangan Rakyat sekarang.

Selamatkan UMNO. Selamatkan BN. #SelamatkanMalaysia. #UndurNajib!

Thursday 3 March 2016

Anak Muda Desak Najib Letak Jawatan



BANGI, Rabu – Sekumpulan anak muda Malaysia, termasuk pemimpin Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) beberapa universiti hari ini menyatakan hilang kepercayaan kepada Datuk Seri Najib Razak dan mendesak beliau melepaskan jawatan Perdana Menteri.

Mereka yang menamakan kumpulan 25 pemimpin generasi muda – Challenger (Gerakan Perubahan oleh Generasi Muda) – menyatakan pendirian itu dalam satu kenyataan media diketuai Pendebat Terbaik Asia tiga kali, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Syed Saddiq yang juga penerima Anugerah Tokoh Belia Merdeka berkata, pemimpin anak muda Malaysia, telah hilang kepercayaan terhadap Najib dan sekutunya, kerana tindakan mereka telah menjejaskan dan akan mengorbankan masa depan Malaysia.

“Kecintaan kami terhadap Malaysia sukar ditandingi. Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk bersuara terhadap mereka yang menghancurkan negara tercinta ini.

“Sebagai generasi yang akan mewarisi kepimpinan negara akan datang, adalah menjadi kewajipan kami untuk menyelamatkan masa depan dari sekarang,” katanya dalam kenyataan yang mendapat sokongan 24 pemimpin muda.

Berikut adalah sebab-sebab generasi anak muda menolak kepemimpinan Najib dan sekutunya.

Salah Tadbir Urus Yang Ketara Dalam Krisis 1MDB

Krisis ini melampaui kes-kes rasuah yang lain kerana ia melibatkan serangan yang konsisten terhadap rukun tadbir Malaysia.

Kami telah hilang keyakinan terhadap keupayaan pentadbiran Najib Razak untuk mengendali krisis 1MDB secara bebas dan tidak berat sebelah. Siasatan terhadap krisis ini telah terjejas akibat daripada gangguan luaran dan ugutan. Pegawai-pegawai SPRM umpamanya telah dipindahkan sewenang-wenangnya semasa siasatan dijalankan. Bekas Peguam Negara telah diganti secara tiba-tiba. Laporan Bank Negara turut tidak dipeduli. Syor daripada SPRM diketepikan. Pegawai Tertinggi Cawangan Khas disingkir dan dilantik semula. Bekas anggota Jawatankuasa Kira- Kira Wang Negara (PAC) tiba-tiba telah dilantik ke jawatan baharu di pertengahan siasatan krisis.

Media juga telah digantung dari serangan ini. The Edge. Sarawak Report, Medium dan terbaru, Malaysian Insider telah digantung kerana laporan yang begitu kritikal terhadap 1MDB dan tuduhan skandal rasuah terhadap Perdana Menteri.

Kami juga telah melihat undang-undang telah disalahguna atas nama “Keselamatan Negara”. Ketidakadilan permohonan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) yang menahan Datuk Seri Khairuddin dan Matthias Chang adalah satu tindakan yang amat tercela sekali.

Kami juga tidak bersetuju dengan sekatan meninggalkan negara ke atas YB Rafidzi Ramli dan YB Tony Pua yang tidak berasas. Kami juga menentang taktik ugutan yang digunakan terhadap aktivis muda seperti Fahmi Reza.

Turut membimbangkan apabila pegawai-pegawai kerajaan dihukum kerana menyuarakan pendapat mereka berkenaan isu ini. Tan Sri Muhyiddin, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Datuk Seri Shafie Apdal dan ramai lagi telah dihukum kerana bersuara lantang. Budaya menutup mulut ahli-ahli yang berlainan pendapat untuk menutup kebenaran merupakan satu trend yang membimbangkan.

Nama baik negara kita telah tercemar di seantero dunia berikutan krisis ini. Hong Kong, Sweden, Singapore, United Kingdom dan United States juga telah menjalankan siasatan ke atas kes ini. Krisis ini juga mendapat perhatian media-media luar seperti The New York Times, The Wall Street Journal, BBC, Aljazeera dan banyak lagi. Maruah Malaysia yang tercalar ini akan mengambil masa bertahun-tahun untuk dipulihkan.

Serangan berterusan ini akan meningglkan kesan pada masa depan Malaysia. Masa depan yang akan diwarisi oleh golongan muda zaman kini. Kami tidak lagi ingin berdiam diri apabila masa depan kami diragut.


Disokong oleh,

1. Syed Saddiq Syed abdul rahman (Penerima Anugerah Perdana Belia Negara, Anugerah Tokoh Belia Merdeka dan Pendebat Terbaik Asia tiga kali)

2. Abdul Hannaan Khairy (YDP MPP UTHM 2014/2015)

3. Abdul Naem Suhaimi (YDP MPP UMP 2012/2013)

4. Qamarudin Mohd Fauzi (SUA MPP UMP 2014/15)

5. Muhammad Zulhelmi Muktar (YDP MPP UMT 2014/15)

6. Muhamad Zulfiqar Bin Mustapa (YDP MPP UPNM 2013/2014)

7. Muhammad Khairudden Bin Sulaiman (YDP MPP UniMAP 2012/2013)

8. Affendy Mohd Saleh (YDP MPP 2013/14)

9. Muhammad Nas Akmal Merican Bin Md Zainuddin (YDP MPP UniKL BMI 2013/2014)

10. Mohd Fahim bin Mohd Farid (Wakil MPP Politeknik Majlis Perwakilan Pelajar Kebangsaan 2013/2014)

11. Muhammad Farouq Bin Abdul Patah (PRESIDENT, Student Representative Council 2014/2015

SEGi University)

12. Fadhli Umar (Law Society President, IIUM 2014/2015)

13. James Chai (Co-Founder & President of Malaysian Progressives in the UK (MPUK))

14. Mukhzani Alia (Co-Founder & Deputy President of MPUK)

15. Ameera Natasha Moore (Chair of Asian BP Council & Recipient of The Youth Merdeka Award)

16. Muhammad Bin Ahmad Zahid (Recipient of The National ‘Tokoh Maulidul Rasul’ Award)

17. Hafidzi Razali (Advisor, Youth Advisory Council, World Federations of UN Associations)

18. Amshar Aziz ( Former VP of Australasia Debate Council)

19. Mohd Ridhwan Bin Haji Othman (President of Persatuan Pemuda Puteri Malaya Bersatu-PERIMAU)

20. Ishvinder Singh A/L Manmohan Singh (Perdana Fellow)

21. Norsyamimie A Rahman (Co-Founder and media manager of KMU Malaysia)

22. Ahmad Mustaqim bin Amiruddin (PT Foundation Advocate)

23. Numan Afifi (DAP SY Subang Publicity Secretary/ Naib Juara Sejarawan Muda RTM)

24. Ahmad Salami Zakuan (Aktivis Mahasiswa/Freelance Writer)

25. Azzan Aznan Bin Abdul Rahim (Student Activist)




sumber ISMA

Najib akan musnahkan negara, kata pemimpin belia



Kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan memusnahkan negara ini untuk generasi akan datang, kata sekumpulan pemimpin belia.

Kumpulan itu yang memperkenalkan diri sebagai Challenger - singkatan dalam bahasa Inggeris yang bermaksud “perubahaan yang diterajui generasi muda” menggariskan beberapa alasan berhubung pendirian mereka tersebut.

"Kami, para pemimpin belia Malaysia, telah hilang kepercayaan terhadap Najib dan sekutu-sekutunya, kerana tindakan mereka telah menjejaskan negara dan akan mengorbankan masa depan Malaysia.




"Cinta kami kepada Malaysia tidak berbelah bahagi. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk bersuara terhadap mereka yang menghancurkan negara tercinta ini...


"Kami tidak akan menutup mulut sedangkan masa depan kami sedang dirompak," kata seorang jurucakap Challenger, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam satu kenyataan hari ini.

Syed Saddiq adalah seorang pendebat pada peringkat antarabangsa.

Kenyataannya itu disokong oleh bekas pemimpin pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Abdul Hannaan Khairy; bekas pemimpin pelajar Universiti Malaysia Pahang, Abdul Naem Suhaimi dan Qamarudin Mohd Fauzi serta Naib Presiden Majlis Debat Australasia Amshar Aziz.

Turut menandatangani kenyataan itu adalah bekas pemimpin pelajar dari Universiti Malaysia Terengganu, Helmi Muktar; Muhammad Khairudden Sulaiman dari Universiti Malaysia Perlis; Affendy Mohd Saleh, Universiti Teknikal Malaysia Melaka; Muhammad Zulfiqar Mustapar, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan bekas presiden persatuan undang-undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Fadhli Umar.

Juga menyokong kenyataan itu adalah pengerusi Majlis Asia BP, Ameera Natasha Moore, aktivis pelajar, Azzan Aznan Abdul Rahim; penasihat Majlis Penasihat Belia, Hafidzi Razali, pengasas Persatuan Pemuda Puteri Malaya Bersatu (Perimau), Mohd Ridhwan Othman dan pengasas bersama Rakyat Malaysia Progresif di UK (MPUK) James Chai dan Mukhzani Ali.

Antara alasan hilang kepercayaan mereka terhadap Najib adalah terpalit dengan dakwaan salah urus 1MDB, pemecatan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan penggunaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas ) (Sosma) terhadap Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya, Matthias Chang.

Turut dijadikan alasan adalah pemecatan pengkritik Najib, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir daripada jawatan dalam kerajaan, serta sekatan media di The Edge, Sarawak Report, Medium.com dan The Malaysian Insider.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive