sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Thursday 28 April 2016

Hot News : 4 Pejuang Rakyat Bergabung Di Napoh Jitra Malam Ini


✅ MALAM INI ✅

Bicara Isu-Isu Semasa Selamatkan Malaysia (Team B UMNO) pada 28 April 2016, Jam 8.30 malam di Dewan Lye Huat Garden, Napoh, Jitra.

Bersama

🇲🇾YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad

🇲🇾Tan Sri Hj Muhyiddin Yassin

🇲🇾Dato Seri Mohd Shafie Afdal

🇲🇾Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir.

Ayuh semua kita bangkit Selamatkan Malaysia!!

-Rujukan Lokasi- Dewan Lye Huat Garden: https://goo.gl/maps/iyKt8e2BshT2 (maps)


#SelamatkanMalaysia
#BeraniKeranaBenar
#DeklarasiRakyat #BeraniBerubah

Video Panas !!! Putrajaya Sekat Semua Peruntukan Kepada Rakyat Miskin Kawasan Mukhriz ?


Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir memaklumkan dalam sidang media beliau (video) bahawa Dun Ayer Hitam telah dikecualikan dari mendapat peruntukan bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU) yang disalurkan kepada setiap Dun di Kedah bagi menampung sebarang permintaan penduduk setempat.

Dari makluman yang diterima oleh Dato' Seri bahawa arahan mengecualikan Dun Ayer Hitam dari menerima peruntukan datangnya dari Putrajaya.

Tuesday 26 April 2016

Panas !!! Cawangan Azalina Othman Buat Usul Undur Najib




1MDB : Arul Kanda Buat Najib Pening Kepala


Arul Kanda mengaku wujud penipuan dalam 1MDB, rancang letak jawatan

Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy membuat pengakuan wujud unsur penipuan membabitkan syarikat sarat hutang, ia selepas berkali-kali membuat penafian dan mempertahankan syarikat milik Kementerian Kewangan itu.

Kemelut 1MDB dengan syarikat berpangkalan di Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC) dan anak syarikatnya, Aabar Investment PJS menyebabkan Arul Kanda terpaksa mengakui wujud unsur penipuan dalam syarikat tersebut.

IPIC, dalam pengumuman Bursa Saham London minggu lepas berkata ia dan anak syarikatnya itu tidak lagi bertanggungjawab kerana 1MDB dan Kementerian Kewangan (MOF) gagal membayarnya lebih AS$1 bilion seperti yang dijanjikan.

Sunday 24 April 2016

Video : Najib Ajar SUA Beliau Berbohong ?


Setiausaha Akhbar Najib terus mengeluarkan kenyataan fitnah lagi jijik terhadap Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin dan Dato Seri Mukhriz bagi niat untuk membuat rakyat benci pada mereka.

Apa yang dilakukan oleh SUA Najib ini sudah tidak boleh dibiarkan dan menurut Dato Seri Mukhriz beliau memberi masa seminggu kepada SUA Najib untuk tarik balik kenyataan atau berhadapan dengan SAMAN Fitnah. 

SAMAN yang akan dikeluarkan kepada SUA PM Najib Razak iaitu Datuk Seri Tengku Sariffuddin merujuk pada kenyataan ini.

Masa diberi seminggu untuk menarik balik fitnah beliau.

#BeraniKeranaBenar #BeraniBerubah
--------------

Prime Minister's Press Secretary statement on former DPM's Reuters interview

20 April 2016

Tuesday 19 April 2016

Video : Isu USD7 Juta, Nazir Razak Buat Najib Razak Pening




Nazir Adik Najib Mengaku Agih Wang USD7 Juta

Pengerusi CIMB Datuk Seri Nazir Razak dilaporkan sedang bercuti untuk membolehkan siasatan bebas ke atas isu AS$7 juta.

Ini didedahkan dalam Instagram oleh Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Tan Sri Tony Fernandes, yang dikenali sebagai sekutu rapat tokoh perbankan itu.

Walaupun Fernandes tidak menyebut butirannya, adalah dipercayai beliau merujuk kepada jumlah wang yang diagihkan oleh Nazir bagi pihak abangnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.


Thursday 7 April 2016

Tukar MB : Orang Kanan Najib Mula Turun Jumpa Adun2 Johor ?


Desas-desus Johor pula akan dapat MB baru

Selepas Kedah, terdapat desas-desus bahawa Johor akan menjadi negeri seterusnya membuat penukaran menteri besarnya.

Menurut tulisan di laman Facebook Shukur Mohamad - anak kepada Speaker DUN Johor Tan Sri Mohamad Aziz, beliau mendakwa terdapat gerakan untuk menukar Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Malah beliau turut mendakwa, gerakan itu diketuai oleh seorang timbalan menteri yang namanya tidak didedahkan.

Tuesday 5 April 2016

Proton : Annuar Musa & Rahman Dahlan Aibkan Najib


Proton Gagal Kerana Khazanah 

PETALING JAYA: Permasalahan yang berlaku dalam Proton bukanlah berpunca daripada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sebaliknya, kemelut Perusahaan Otomobil Nasional bermula selepas ia diserahkan kepada Khazanah Nasional oleh pentadbiran Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Perkara itu didakwa Presiden Persatuan Pengedar Proton Edar Malaysia (PEDA), Armin Baniaz Pahamin menerusi entri terbaharu di blognya.

Beliau mendakwa Proton hilang kedudukannya sebagai pesaing pertama kereta nasional ketika ia dipengerusikan Datuk Mohammad Azlan Hashim, yang dilantik Khazanah.

Sunday 3 April 2016

'SUARA DARI AKAR UMBI'


MESYUARAT Umno di Cawangan-cawangan telah, sedang dan akan bermula. Mesyuarat kali ini dilihat begitu penting dari biasa oleh ahli Umno akar umbi yang benar-benar sayangkan parti, tempat bernaung umat Melayu dan Bumiputera itu.

Semua sedia maklum pada ketika ini Umno sedang menghadapi krisis kepimpinan yg sangat kronik yang sangat luarbiasa dalam sejarahnya. 

Kita tidak lagi membicarakan soal politik wang, kronisme, cantas-mencantas (cah keting) tetapi telah melampaui lebih daripada itu. Peradaban dalam Umno dilihat sudah hancur lebur, demokrasi bersyuara juga hampir berkubur.

Sudah ada suara-suara amaran yang turun dari 'atas' supaya ahli-ahli akar umbi tidak mengkritik atau membuat USUL untuk menurunkan kepimpinan tertinggi parti. Ianya dikatakan tidak sopan dan biadab sekiranya ada ahli-ahli akar umbi menyentuh hal-hal tersebut didalam mesyuarat nanti. 

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive