sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Thursday 25 February 2016

Najib Tidak Saman WSJ Kerana Takut Kebenaran Terbongkar


Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan keengganan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyaman The Wall Street Journal (WSJ) kerana mengetahui dirinya bersalah dan takut kebenaran akan terbongkar.

Dr Mahathir berkata, Najib wajar menyaman WSJ dan tidak memberikan sebarang alasan jika tuduhan yang dilemparkan itu tidak benar.

"Najib patut saman WSJ, saman semua dan bukan WSJ sahaja.

"Sebab dia tidak saman, mungkin beliau ingat WSJ itu betul dan dia (Najib) salah.

"Kamu tidak akan saman kalau kamu rasa kamu yang bersalah," kata Dr Mahathir pada sidang media selepas dirakam keterangan pihak polis berhubung artikel di blognya di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

Dr Mahathir juga berkata sudah tidak mampu lagi untuk menasihati Najib kerana tidak ada satu pun langkah yang diambil untuk menanganinya.

"Saya nasihat Najib, tapi tidak buat. Saya hantar surat kata tidak sokong lagi tapi dia tidak baca.

"Bukan saya seorang sahaja yang bimbang tapi ramai yang bimbang dengan kerajaan kerana budaya wang adalah raja (cash is king)," katanya.

Beliau juga menafikan kritikan yang dibuatnya menjadi punca kepada kejatuhan ekonomi negara tapi menyalahkan cara pentadbiran Najib sendiri.

"Tingkah laku kerajaan, polisi dan skandal pentadbiran Najib yang beri kesan kepada ekonomi negara," katanya.

Dr Mahathir pada sidang media hari ini juga sekali lagi mengulangi gesaan kepada Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali supaya bersumpah dengan Al-Quran bagi menegakkan kebenaran.

"Beliau (Apandi) perlu angkat sumpah dengan Al Quran.

"Dia tidak boleh bohong kepada Tuhan, kalau tipu dia akan masuk negara," katanya.

Julai lepas, WSJ melaporkan aliran tunai sebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Najib melalui entiti berkaitan 1MDB, memetik dokumen hasil siasatan pasukan petugas khas lantikan Putrajaya.

Akhbar itu juga mengeluarkan rencana mengenai perkara itu.

Najib menafikan mengambil dana 1MDB bagi kegunaan peribadi tetapi masih belum bertanggungjawab ke atas wang tersebut.

Dana itu, sebahagian besar dimasukkan sebelum pilihan raya umum pada Mei 2013, disifatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai derma politik.

Najib mengeluarkan arahan menyaman WSJ awal Ogos tahun lepas, selepas SPRM memberitahu wang itu datangnya daripada penderma dan bukannya daripada 1MDB.

Penghujung Julai lepas, WSJ enggan memberikan maklum balas kepada permintaan peguam Najib yang meminta penjelasan sama ada laporan akhbar itu mengenai akaun Najib bermaksud mereka menuduh perdana menteri menyalahgunakan kuasa.

Akhbar itu sebaliknya mempertahankan laporan mereka bertarikh 2 Julai, dan rencana susulan menyentuh isu itu diterbitkan pada 6 Julai, yang mengatakan laporan itu jelas dan berasaskan kertas siasatan pasukan penyiasat Malaysia. – 24 Februari, 2016.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-tidak-saman-wsj-kerana-tahu-dirinya-bersalah-kata-dr-mahathir#sthash.XVW8V2Fl.cxPP8mQc.dpuf

Tuesday 23 February 2016

PANAS !! Pelaburan Tabung Haji Dalam Syarikat Roti Rugi Jutaan Ringgit ?


Dalam apa yang dijanjikannya sebagai siri membongkar pelabuuran Tabung Haji yang rugi besar, hari ini, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mendakwa bahawa dana haji itu kehilangan berjuta-juta ringgit akibat pelaburannya dalam sebuah syarikat membuat roti pada 2007.

Bercakap pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Rafizi mempersoalkan apa yang disifatkannya sebagai keputusan salah oleh Tabung Haji untuk melabur dalam Kumpulan Silverbird, yang kini adalah sebahagian daripada konglomerat Hi-5.


"Dalam tempoh antara September dan Oktober 2007, Tabung Haji membeli saham syarikat itu secara agresif dengan pelaburan RM98 juta sehingga seunit saham syarikat itu naik daripada 39 sen menjadi RM1.09 pada 16 Okt, 2007," katanya.

Menurut laporan tahunan syarikat berkenaan yang dibekalkan oleh Rafizi kepada media, Tabung Haji muncul sebagai pemegang saham terbesar pada 31 Okt, 2007, dengan memiliki lebih 90 juta saham atau 28.81 peratus kepentingan syarikat itu.

"Bagaimanapun, syarikat itu menghadapi masalah dan Tabung Haji telah mengalami kerugian terkumpul sebanyak RM44 juta sehingga 31 Okt, 2011," katanya.

Rafizi berkata, Tabung Haji mengekalkan pegangannya sehingga pertengahan 2014 dan hanya menjualnya selepas syarikat itu tidak lagi diiktiraf oleh Bursa Malaysia sebagai syarikat patuhi syariah kerana hutang yang lebih tinggi daripada aset.

"Ini memberikan anda idea jika Tabung Haji melakukan usaha yang wajar, ia akan lebih berhati-hati kerana tindakan wajar akan mengelakkan kemungkinan itu.

“Namun, jelas sekali ini tidak dilakukan," katanya.

Monday 22 February 2016

NAZRI AZIZ JANGAN KURANG AJAR DENGAN TIMBALAN PRESIDEN UMNO



Kenapa nazri aziz ni nampak kelam kabut dan takut sangat apabila yb timbalan presiden umno becakap secara hakikat mengenai isu wang derma rm2.6 billion, wang syarikat src rm42 juta yang masuk ke dalam akaun peribadi najib tun razak serta kes skandal 1mdb yang menjadi isu polemik di negara kita?!

Nazri aziz jangan kurang ajar dengan timbalan presiden umno yang dipilih oleh para perwakilan umno!! Nazri aziz hanyalah kucing kurap yang dilantik menduduki kerusi majlis tertinggi umno bukan pun menang melalui pemilihan!!

Sedarlah diri tu sikit!! Inilah budaya kurang ajar yang sedang menyusup serta merosakkan parti umno!! Pemimpin haprak macam nazri aziz inilah yang membuatkan umno semakin dibenci dan ditolak oleh rakyat jelata!!

Sebagai timbalan presiden yang dipilih secara sah; tan sri muhyiddin yassin mempunyai hak untuk bercakap mengenai apa saja isu-isu yang sedang membelenggui pemikiran rakyat di negara kita!! Rakyat mahukan kebenaran!! Rakyat nak tahu secara sahih, terang, jelas serta mendalam khususnya kes skandal yang berkaitan dengan skandal 1mdb!!

Tan sri muhyiddin yassin mempunyai 'locus standi' untuk bercakap secara terbuka untuk menerangkan kepada keseluruhan rakyat kerana beliau dipecat dari jawatan timbalan perdana menteri atas dasar menegur pucuk pimpinan tertinggi umno mahupun kerajaan untuk menyiasat kes skandal 1mdb secara telus, adil, saksama dan selidik secara komprehensif!!

Apakah salah kalau tan sri muhyiddin yassin nak memberi pencerahan kepada rakyat mengenai kes skandal 1mdb yang telah menyebabkan beliau dipecat tanpa alasan yang kukuh?!

Saya nak bagi tahu nazri aziz agar jangan gusar kerana sudah terlambat serta sukar untuk sesiapa pun yang nak sorokkan isu kes skandal 1mdb ke pengetahuan rakyat jelata!! Malahan ianya telah menjadi satu isu dunia pun dewasa ini!!

Nazri aziz kena ingat yang dia hanya kucing kurap yang dilantik untuk menduduki kerusi majlis tertinggi umno!! Budak nazri aziz juga tolonglah jangan serang timbalan presiden umno yang sah kerana tan sri muhyiddin yassin berada di hirarki kedua tertinggi parti!!

Apa pun kita semua tak perlu layan kerenah budak bangang nazri aziz ni!! Suruh dia suluh dan cerminkan muka dia terlebih dahulu!!

- Dato Khairuddin 

Friday 19 February 2016

Ling: Negara kembali aman, stabil jika Najib, Rosmah disingkir


Bekas Presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik terus membidas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sebelum ini mengheretnya ke mahkamah atas saman fitnah.

Menurut bekas menteri kanan itu, tidak ada yang apa yang salah dengan Umno dan BN.

"Hanya Najib dan (isteri perdana menteri) Rosmah (Mansor).

"Kita singkirkan Najib dan Rosmah, negara akan kembali normal. Keamanan, kestabilan dan kemajuan akan kembali ke Malaysia," katanya pada sidang akhbar di Kajang, Selangor.

Beliau mengulas soalan berhubung keputusannya untuk terbabit dengan perhimpunan BERSIH, pada Ogos tahun lalu dan tuduhan terhadap Najib mengenai ‘derma’ RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun bank peribadinya.

Ling berkata beliau tidak mempunyai masalah peribadi dengan Rosmah, tetapi percaya bahawa beliau terlibat dalam isu-isu bersama-sama dengan suaminya.


"Dua-dua mereka terlibat, saya mungkin salah, tapi jika hanya Najib, Najib lah," katanya.

Bekas presiden MCA turut membidas kenyataan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang mendakwa Najib telah mengembalikan RM2.03 bilion kepada penderma berkenaan.

"Semua oang terkejut," katanya apabila diminta mengulas perkara itu.

"Saya sedang makan malam dengan seorang bekas menteri, dia minta saya namakan orang yang diberi RM2.6 bilion dan memulangkan wang itu semula?

"(Ini) tidak mungkin benar, siapa yang percaya? Jika awak pulangkan RM10 yang saya berikan itu adalah okay (tetapi bukan RM2.6 bilion).

"Awak fikir rakyat bodoh," katanya.

Scandal MARA Lagi , Annuar Musa Sila Letak Jawatan !!!




MARA Terlebih Bayar RM129 Juta Dalam Pembelian Hartanah
Foto:-Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (MARA) didakwa terlebih bayar sebanyak RM129 juta di dalam urusan pembelian empat hartanah di Australia, dakwa Pusat Pemantau dan Pendedahan Maklumat Nasional (NOW).

Sehubungan itu, Pengarah NOW, Akmal Nasir telah membuat satu laporan polis bagi mendesak MARA mendapatkan semula wang yang terlebih bayar termasuklah daripada individu-individu yang terlibat.

Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, hari ini.

“Kita telah membuat laporan polis mengenai skandal MARA yang melibatkan bagaimana MARA membeli hartanah-hartanah di Australia dengan ‘terlebih bayar’ sebanyak RM129 juta,”katanya, memetik laporan Free Malaysia Today.

Tambah Akmal lagi, beliau menamakan tiga individu sebagai pihak yang didakwa terlibat di dalam urusan pembelian hartanah itu.

Katanya, salah seorang daripadanya ialah Exco Pemuda UMNO dan abang iparnya.

“Laporan ini dibuat bagi membolehkan pihak berkuasa menyiasat secara rasmi skandal ini terutamanya individu-individu yang telah dinamakan dalam mahkamah di Australia.

“Kita juga boleh mengetahui sama ada isu ini mempunyai unsur pecah amanah yang melibatkan pengurusan MARA atau ahli politik,”ujarnya.

Laporan Polis : Ketua Umno Bahagian Merbok Samseng ?


Gempaq !
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Merbok merangkap ahli parlimen Merbok, Prof Ismail Daut membuat laporan polis terhadap ketua bahagiannya sendiri, Dato' Tajul Urus, Adun Tanjung Dawai merangkap EXCO Kerajaan Negeri.
Laporan dibuat atas faktor keselamatan diri serta keluarganya.
Apakah ketua bahagian UMNO Merbok seorang kaki samseng ?




Ahli Parlimen BN Merbok 

Najib Tidak Mahu Orang Jujur Dalam Pentadbiran Beliau ?


Pembaca masih ingat kajian terhadap krisis desakan pemimpin UMNO Kedah terhadap Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir supaya meletakan jawatan sebagai MB tempohari.

Kajian tersebut dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia (Kedah) dibawah kendalian Dr Haniff Hassan sebagai Pengarah negeri. Untuk melihat keputusan kajian tersebut, boleh klik SINI.

Pagi tadi penulis dimaklumkan bahawa, Dr Haniff Hassan, Pengarah Penerangan Malaysia (Kedah), yang membuat laporan kajian yang sokongan rakyat Kedah memihak terhadap Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir telah ditukarkan ke Jabatan lain.

Esok beliau diminta untuk melapor diri di Putrajaya.

Apakah disebabkan laporan kajian yang telus dilakukan memihak kepada DS Mukhriz, Dr Haniff Hassan dihukum sedemikian rupa?

Beliau hanya melakukan tugas beliau dan memberi kajian yang telus, supaya pemerintah Kerajaan tidak tersilap langkah. Namun apa yang terjadi pada hari ini sangatlah menyedihkan.

Hari ini 18-02-2016 merupakan hari terakhir beliau di Jabatan Penerangan Malaysia (Kedah).

Semoga Allah SWT dapat melindungi Dr Haniff Hassan.

Pada yang belum melihat kajian tersebut, sekali lagi penulis siarkan diportal MMFC ini.

Laporan Kajian Respon Rakyat Kedah mengenai desakan supaya Perdana Menteri melakukan perubahan kepimpinan tertinggi Umno Negeri Kedah serta Menteri Besar Kedah oleh Jabatan Penerangan Malaysia




Thursday 18 February 2016

Kerana Najib, Zahid Diaibkan Anak Muda (video)



Zahid Hamidi dimalukan oleh anak2 muda Selangor apabila cabaran utk bekerja diladang2 dan kilang2 disahut dgn laungan...
Posted by Kelab Che Det on Sunday, 14 February 2016

ANGKARA NAJIB 



Bagi aku apa yang berlaku sekarang bukanlah dari masalah pekerja asing atau Zahid sendiri tetapi dari kebencian rakyat terhadap Najib yang terang-terang terpalit dengan pelbagai scandal sehingga bukan sahaja Najib yang dibenci malah semua menteri-menteri Najib juga turut terkena tempias angkara keketoran Najib. 

Zahid yang aku kenal adalah seorang pemimpin yang tegas dan ada aura kepimpinan dalam pentadbiran ,Beliau juga boleh menjadi Imam pada bila-bila masa saja namun akibat berada dalam pentadbiran Najib yang penuh kotor maka beliau sekali terpalit. 

Lihat saja video tersebut, rata-rata yang hadir adalah anak muda pewaris bangsa tapi mereka sudah mula membenci kepada kerajaan terutama Najib sendiri. Soal pekerja asing bukanlah satu itu kerana sememangnya sektor yang disebut Zahid adalah satu sektor yang berat dan sektor terbabit memang mahukan pekerja asing. 

Berbalik kepada cerita Najib , kerana beliaulah Umno dihina seteruk ini , dianggap kotor oleh rakyat dan menteri-menterinya turut terkena taik apabila mereka juga menjadi bahan lawak oleh rakyat. Zaman teknologi lagi canggih sekarang semua maklumat sampai sepantas kilat, rakyat makin bijak dan boleh menilai kerja buat pemimpin. 

Percayalah selagi Najib tidak berambus dari jawatan Perdana Menteri , tidak mustahil Najib bakal menjadi Perdana Menteri Pertama memberi kemenangan mudah kepada Pembangkang untuk menguassai dunia dan selagi Najib memerintah Umno selagi itu Umno terpaksa menerima air kencing rakyat yang marah. 

Thursday 11 February 2016

Angkara @NajibRazak Rakyat Kedah Tolak BN, PRU 14



Bekas Wanita Umno Langkawi, Ainina Saadudin mendakwa insiden bendera BN yang dipasang secara terbalik di Kedah sebagai isyarat ‘kalih’ namun ia bukan bermaksud rakyat negeri itu menentang BN kerana menyokong parti lain.

Menurutnya, perkara itu menjadi saksi kepada pemimpin BN hari ini bahawa prinsip ‘cash is king’ (duit adalah raja) boleh dicabar di negeri tersebut.

“Hari ini seluruh Kedah memasang bendera BN terbalik kerana mereka mahu menumbangkan Najib (Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak). Seluruh Kedah mahu Najib berhenti daripada terus memusnahkan nilai dan sistem kemanusiaan bukan sahaja di Malaysia tetapi dunia,” katanya dalam kemas kini status di Facebook, hari ini.

Setelah seminggu Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah, situasi politik Umno dan BN kini berhadapan pula dengan protes ahli-ahlinya yang didakwa sengaja menggantung bendera BN dalam keadaan terbalik di sepanjang jalan utama.

Difahamkan, tindakan protes itu dibuat sebagai tanda penolakan akar umbi terhadap pelantikan Ahmad Bashah sebagai Menteri Besar baharu.

Dalam pada itu, Ainina menegaskan bahawa beliau bukan penyokong kepada bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir itu meskipun dilihat seperti membelanya.

“Malah Datuk Seri Mukhriz pernah menegur cara saya berucap dalam ucapan penangguhan di mesyuarat agung perwakilan Wanita Umno Bahagian Langkawi 8 Ogos 2015 lalu.

"Saya tidak memerlukan restu Datuk Seri Mukhriz untuk menegur Presiden kerana saya bukan pemimpin Umno. Saya rakyat marhaen. Rakyat marhaen sudah hilang sabar dengan Presiden Umno.

“Jadi, saya tidak perlu ‘consent’ dari Datuk Seri Mukhriz untuk bercakap benar bagi didengari Presiden Umno. Saya hanya bercakap bagi mewakili rakyat marhaen lain seperti saya,” katanya.

Tambahnya, tidak perlu menjadi pemimpin Umno untuk merasai denyut nadi rakyat sebaliknya menjadi rakyat biasa menjadikan dirinya lebih mulia daripada pemimpin-pemimpin yang hanyut dalam buaian kuasa dan mabuk dalam kilauan materia
l.

Tuesday 2 February 2016

Video : "Allahuakbar" berkemundang di Stadium Darul Aman



"Allahuakbar" berkemundang di Stadium Darul Aman diketuai oleh YAB Dato Seri Mukhriz Mahathir. 

Lampu telefon dinyalakan seluruh stadium!

"Allahuakbar" berkemundang di Stadium Darul Aman diketuai oleh YAB Dato Seri Mukhriz Mahathir. Lampu telefon dinyalakan seluruh stadium!
Posted by Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohamad on Monday, 1 February 2016

Video Panas !! Ribuan Rakyat Laung " Dato Mukhriz Jangan Takut, Rakyat Ada "








Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir mungkin menghadapi krisis tidak percaya oleh pemimpin Umno terhadap dirinya tetapi ribuan penyokongnya hadir di Stadium Darul Aman di Alor Setar, sebentar tadi untuk menyatakan solidariti mereka.

Selain itu ada juga di antara mereka membawa sepanduk menggesa supaya Beliau dikekalkan sebagai Menteri Besar Kedah


PANAS !!! Hanya 9 Adun Mahu Mukhriz Undur, Bukan 20 Adun Selepas Dipanggil Istana ?



Masih belum dapat diputuskan !!! 

Keyakinan tinggi pihak pro Najib yang menyatakan bahawa Mukhriz akan digugurkan selepas 20 Adun BN mengadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah di Wisma Darul Aman semalam ternyata meleset sama sekali.

Sebelum ini dikatakan telah ada 19 Adun telah tandatangan surat akaun yang meminta Mukhriz meletak jawatan walaupun ada diantara Adun mendakwa mereka telah dipaksa dan diugut dari segenap sudut oleh pihak-pihak yang dikatakan dihantar oleh Najib. 

Namun selepas bersemuka seorang demi seorang dan turut bersumpah berkata benar di hadapan semua Jemaah Pemangku Sultan Kedah semalam , rupanya ada yang telah bercerita 'hal sebenar' mengenai surat akaun tersebut. 

Sumber menyatakan bahawa daripada 20 Adun BN yang mengadap Jemaah Pemangku Sultan,  7 telah menyatakan sokongan kepada Menteri Besar Dato Seri Mukhriz, 4 berkecuali dan 9 tetap menyokong untuk menukar Menteri Besar, ia termasuk Ahmad Bashah, Ahmad Lebai Sudin , Tajudin Abdullah dan Tajol Urus. 

Oleh kerana majoriti Adun untuk menukar Menteri Besar tidak mencukupi maka Adun Pembangkang pula dipanggil mengadap , jika Adun-adun pembangkang menyokong penuh kepimpinan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah, Kemungkinan besar Mukhriz akan kekal sebagai Menteri Besar Kedah sehingga pilihanraya umum akan datang.

Jika keputusan kekal, tidak mustahil Perdana Menteri, Najib Razak akan menggugurkan Mukhriz sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Kedah dan bakal diganti dengan Ahmad Bashah sehingga pemilihan Umno akan datang. 

Mukhriz akan mengadap Agong dan Jemaah Pemangku Sultan Kedah di Langkawi pada 07 Febuari nanti dan dijangka pengumuman sama ada kekal atau tidak akan di umum selepas Tahun Baru Cina  nanti. 


POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive