sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Monday 31 March 2014

PANAS! !!! APA KEJADAHNYA NI WAHAI HASAN MALEK MENTERI AYAM! !!


Apa kejadahnya ni Hasan Malek?  Menterikah ni? ? Buat Karnival Tangani Peningkatan Kos Sara Hidup tapi program dia ada amoi-amoi dok menari atas pentas!!!

Karnival Tangani Peningkatan Kos Sara Hidup di diadakan di Selangor semalam,  anjuran KPDNKK. Tajuk dia nampak kesungguhan kerajaan melalui KPDNKK untuk tangani peningkatan kos sara hidup rakyat. 

Tapi..... 

Mungkin amoi-amoi tu menari sebab gembira kot sebab KPDNKK perihatin. Bagi aku ia satu yang memalukan dan menyakitkan hati. Dah la rakyat tertekan dengan kos sara hidup tapi si Hasan Malek ni boleh seronok pulak panggil amoi menari berpakaian ala2 kain tak cukup opssss lupa nak jimat kena kurangkan kain la beb! ! 

Sudahlah Hasan Malek oiii! !! Letak jawatan sajalah!! Duk rumah lagi bagus ajar cucu mengaji dari duk merapu tak ketahuan hala! ! 

Bukan membantu kerajaan mendapat keyakinan rakyat tapi menambak benci rakyat lagi adalah! !! 

TERKINI #MH370 : KENYATAAN PM AUSTRALIA TONY ABBOT MENGENAI PESAWAT MH370 #PRAYFORMH370


Perdana Menteri Australia, Tony Abbot berkata semua bukti yang ada ketika ini menjurus kepada kesimpulan yang pesawat Penerbangan Malaysia, (MAS) MH370 telah hilang di Lautan Hindi, sambil mempertahankan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sebelum ini.

Pesawat yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing itu hilang pada 8 Mac lalu bersama 239 penumpang dan anak kapal, namun selepas tiga minggu, tiada serpihannya ditemui oleh pasukan mencari
dan menyelamat.

Ramai anggota keluarga yang terbabit sukar menerima hakikat yang kesimpulan itu dibuat berdasarkan data satelit seperti yang diumumkan Najib pada 24 Mac lalu.

Abbott yang dipetik dari agensi berita AFP, bagaimanapun bersetuju dengan kesimpulan yang dibuat oleh Najib.

"Dari bukti yang telah dikumpul ia menjurus kepada kesimpulan yang pesawat (MH370) hilang di Lautan Hindi,” katanya kepada wartawan di pangkalan tentera Australia di Perth.

#MH370 : VIDEO SEDIH TATKALA SEORANG PEMIMPIN BERJIWA KENTAL BERTEMU KELUARGA MANGSA PESAWAT MH370



HOT NEWS : KENAPA PAKLAH DIINTIP OLEH AGENSI KESELAMATAN US (NSA) ???


Sebuah akhbar Jerman, Der Spiegel, mendedahkan bahawa mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah antara pemimpin dunia yang diawasi oleh Agensi Keselamatan Kebangsaan Amerika Syarikat (NSA).

Der Spiegel mendedahkan perkara itu berdasarkan sebuah dokumen rahsia NSA tahun 2009, yang menyasarkan individu berprofil tinggi dengan sumbernya datang dari bekas ejen Agensi Perisikan Pusat, CIA, Edward Snowden.

Dokumen terbabit mengandungi senarai 122 pemimpin negara yang diawasi dengan Abdullah adalah nama pertama yang tersenarai.

Selain Abdullah, antara pemimpin lain di dalam senarai itu adalah Canselor Jerman, Angela Merkel, mantan Presiden Somalia Abdullahi Yusuf Ahmad dan Perdana Menteri Syria, Bashar al-Assad.

Nama terakhir di dalam senarai itu adalah bekas Perdana Menteri Ukrain, Yuliya Tymoshenko.

ISU MEMALI !! MUSA HITAM TERKEDU BERUK ADA 8 BUKTI DIA FITNAH TUN M !!!



BLOG ANGIN PERUBAHAN - Pada 27 Mac 2014, Tun Musa mendakwa Tun Mahathir berada di Kuala Lumpur ketika berlakunya peristiwa Memali dalam satu forum politik di Kota Bharu.

Apakah benar dakwaan Tun Musa Hitam tersebut? Mengapa sekarang dakwaan itu dibuat? Mengapa dakwaan itu dibuat sehari sebelum Anwar Ibrahim datang ke Kota Bharu untuk membuat jelajah Reformasi 2.0 dan berjumpa dengan Nik Aziz?

Berikut adalah lapan bukti jelas di mana Tun Mahathir berada pada 20-28 November 1985.


Bukti Pertama : Kit Siang Tahu Mahathir Ke China




Ucapan Kit Siang pada 19 November 1985

“Tomorrow, the Prime Minister, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamed, will be leading a 250-strong delegation to China, the third Malaysian Prime Minister to visit China after the establishment of diplomatic relations between Malaysia and the People’s Republic of China 11 years ago.” kata Kit Siang, ketika itu menjadi Ahli Parlimen Bandar Melaka. Salah seorang delegasi ke China adalah Tan Sri Lee Lam Thye.

Bukti Kedua : Akhbar Singapura Lapor Tun M Ke China.


Akhbar Singapura, Straits Times pada 20 November 1985 bertajuk " “Mahathir to call on Zhao today”, referring to Zhao Ziyang, the Premier of the State Council of the People’s Republic of China". Pada 24 November 1985, Straits Times memetik laporan Reuters bertajuk “I accept China stand on CPM: Mahathir”.

Dalam artikel tersebut menyebut, Tun Mahathir hadir pada 20 November 1985 untuk lawatan 8 hari dengan delegasi sejumlah 130 orang ahli perniagaan dan 20 orang diplomat. Lawatan itu termasuklah ke Xian, Canton, Hanzhou dan Shanghai. Dalam mukasurat sama, Straits Time turut melaporkan kejadian yang berlaku di Baling, “Baling incident: Law is supreme, says Musa.”

Bukti Ketiga : Musa Hantar Mahathir Di Lapangan Terbang




Gambar dari NST bertarikh 20 November 1985 dengan tulisan bertulis “Datuk Musa Hitam and Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad smile as seven-year-old Putri Mohamed Noh comes up to bid the Prime Minister farewell at the Subang Airport. The Prime Minister is leaving for China for a nine-day official visit.”

Peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985, tuduhan Tun Musa bahawa Tun Mahathir berada di Malaysia dua tiga hari selepas kejadian Memali boleh disangkal. Malah Tun Musa sendiri yang menghantar Tun Mahathir ke lapangan terbang untuk berlepas ke China.

Bukti Keempat : Gambar Kepulangan Tun M Dari China



Gambar dari NST bertarikh 28 November 1985, bertulis “The Prime Minister, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad being greeted by the newly elected MCA president Mr Tan Koon Swan and MCA youth leader Senator Kee Yong Wee (far right) upon arrival at the Subang Airport. Behind Dr Mahathir is MCA secretary-general Datuk Lee Kim Sai. Dr Mahathir is returning from a visit to China.”. Ini membuktikan fakta bahawa Tun Mahathir memang berada di Cina pada 20 hingga 28 November 1985.

#MH370 : KELUARGA PENUMPANG MH370 CHINA DATANG MALAYSIA NAK TUNJUK PERANGAI JUMPA PM DAN MENTERI #PRAYFORMH370




SIEMENS : Kalau ikut logik mereka patut terbang ke Perth, Australia, lokasi yang lebih dekat dengan pusat penyelarasan SAR MH370, tapi sekumpulan 35 orang keluarga penumpang MH370 dari China tiba di Kuala Lumpur pagi tadi dan nak 'cari pasal' dengan kerajaan Malaysia.

Walaupun usaha cari MH370 masuk hari ke 23 dengan babitkan penyiasat antarabangsa dari seluruh dunia, keluarga China yang 'hendak perhatian' ini nampak nak bikin kecoh dan mahukan publisiti.

Bayangkan kalau benda yang sama jadi di negara mereka, apakah boleh keluarga penumpang lain tuntut hendak jumpa orang nombor satu negara itu hanya kerana hendak jawapan?

Kumpulan yang tiba Subuh tadi, kini tinggal di Hotel Holiday Villa Subang Jaya memberitahu media bahawa mereka datang dengan tiket yang disediakan oleh pihak MAS.

"Kami menuntut untuk bertemu dengan Perdana Menteri dan Menteri Pengangkutan..." kata Wang Chuan Jiang abang kepada seorang penumpang yang hilang.

"Kami mempunyai soalan yang ingin ditanyakan secara peribadi dengan mereka " katanya kepada wartawan yang menunggu mereka.

Mereka mendakwa 35 orang ini hanya rombongan awal dan akan ada lagi yang menyusul nanti.

"Kami mahu bukti, kita mahu kebenaran , dan kami mahu saudara-mara kami," kata mereka yang mendakwa di Beijing, mereka tidak mendapat apa-apa maklumat.

Sementara itu, Duta Khas Perdana Menteri ke China Tan Sri Ong Ka Ting memberitahu Bernama mereka tiba dari Beijing diiringi sembilan pegawai kerajaan republik itu dan kini menetap di Hotel Holiday Villa, Subang.

"Pagi tadi saya berada di Subang untuk pastikan segala persediaan untuk penempatan anggota keluarga dari China yang baru tiba ini berjalan lancar.

"Selain itu, saya juga mengadakan perbincangan dengan Duta Besar China di Malaysia Huang Huikang untuk menyelaraskan perkara-perkara berkaitan," katanya.

Ong menjelaskan anggota keluarga itu merupakan sebahagian daripada kumpulan yang sebelum ini menginap di Hotel Lido di Beijing, namun tidak pasti berapa lama mereka akan berada di Kuala Lumpur.

TUDIAAA !! HANGIT !!!! KADIAQ JASIN GILA NAK JADI PENGERUSI MEDIA PRIMA SAMPAI DAH JADI MERENG !!! NASIBLAH KADIAQ OIIIII !!!!!


Kisah Mat Kadiaq ni nak jadi Pengerusi Media Prima bukan orang tak tau , dah lama dah , bila tak dapat , habis dimaki hamunnya orang dan memperlekehkan kepimpinan Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak dan meminta Perdana Menteri letak jawatan , huh !!! macam dia hebat sangat !!!


Manusia jenis ni yang fikir dialah paling hebat , dialah paling sempurna , dialah paling baik , orang lain semua buat tak betul , dia saja yang betul !!! Walapun begitu timbul pulak rasa kesian Mat Kadiaq Jasin ni , makina dan luahan sampahnya dalam blog tu nampak sangat kemaruknya dia pada Jawatan Pengerusi Media Prima tu , aku rasa ada baiknya Kadiaq pi buat TV sendiri , jadi pengerusi , jadi ceo , jadi wartawan , jadi pembaca berita , jadi semualah sendiri , kan senang tak yah nak gaduh dengan orang lain dan duk maki hamun orang lain !!! 

PANAS !!! 'ANWAR HARUS BERTAUBAT ' KARPAL SINGH WAJIB DEDAHKAN SEBELUM DIA MENINGGAL DUNIA !!!


Setiap kali saudara Ramesh Rao bersuara setiap kali itulah bergegar telinga pemimpin pembangkang menahan kepanasan . Ketegasan dan bercakap melalui fakta membuatkan beliau disegani rakan dan musuh . 

Banyak isu yang beliau bangkitkan sampai ada ketika buat pemimpin PR panas ponggong . Kali ini Saudara Ramesh telah membedil Karpal Singh tentang isu Anwar Ibrahim. 

Kata beliau , Karpal Singh harus bertaubat , dan menceritakan kepada rakyat Malaysia kejadian sebenar mengenai isu yang dikatakan Karpal pada 22 OKT 1997 di Parlimen depan Tun M dan Anwar sendiri. Selepas tu Karpal telah membuat sidang akhbar pada tahun 2009  bahawa ' Anwar Ibrahim harus bertaubat ' (video) dibawah 


Sebelum Karpal Singh mati dia kena bercakap benar kepada seluruh rakyat Malaysia tentang apa yang dikatakan Karpal seperti dalam video tersebut. Barisan Nasional bukan punca atau pencipta kes liwat Anwar Ibrahim. 

Karpal Singh yang memaksa Tun Mahathir untuk siasat Anwar Ibrahim di Parlimen dulu , itu semua orang dengar dan tahu . Akibat dari desakan pemimpin DAP itulah Tun Mahathir terpaksa menyiasat dan sampailah terbongkar segala rahsia  sulit Anwar . 

Sepatutnya Karpal yang wajib menjawab isu ini !! kerana dia antara orang yang desak Tun untuk siasat kerana Karpal ada maklumat !! Tun Mahathir sendiri pada mulanya tidak percaya Anwar melakukan liwat seperti apa yang dicakap oleh Karpal dan beliau enggan melakukan siasatan kerana terlalu percayakan Anwar dan sayangkan Anwar . 

Sunday 30 March 2014

PANAS !!! RTM BUAT SILAP ATAU SENGAJA , DAH BANYAK KALI NIH !!! HUH


Baguslah kalau dah minta maaf atas kesilapan , tetapi aku hairan juga bukan sekali dua RTM buat silap tapi dah banyak kali , ada yang TAK KENA ka ni RTM ??? 




RTM Silap Siar Logo PDRM Cetus Kontroversi (Video) | Mungkin ada yang perasan, mungkin ada yang tidak sewaktu menonton berita ketika disiarkan di RTM pada 10 September 2013. Melayukini.netdifahamkan, sewaktu berita sedang disiarkan secara langsung, pihak RTM terkejut apabila mendapati logo di bahagian skrin tv tersebut tertera logo PDRM yang tertulis “Polis Raja Malaysia“. Ekoran daripada kejadian itu, pekerja yang terlibat dengan penyiaran tersebut dipercayai telah ditamatkan perkhidmatannya. Walaubagaimanapun, perkara ini masih dalam lagi siasatan pihak berkuasa. Berkemungkinan juga iaberunsurkan sabotaj kepada pihak RTM. Anda boleh tonton video di atas ini.

TUDIAAA !!! SEMBANG KENCANG TAPI CHINA DAH 20 KALI KEMALANGAN PESAWAT !!! PODAHHH !!!!



Mak datukkk !!!!  kemalangan melibatkan penerbangan dari China sudah mencecah 20 kali sejak tahun 1982 dan boleh dikatakan juga rekod penerbangan mereka lebih teruk berbanding MAS..

Tapi disebabkan MAS berkongsi kod laluan bersama Southern Airlines maka rakyat China meletakkan segala kesalahan dibawah bahu MAS dan kerajaan Malaysia..

Kenapa mereka tak marahkan Southern Airlines ?? Sebab Kesemua warga China yang berada didalam pesawat MH370 itu membeli tiket dari Southern Airlines, bukannya MAS dan kebetulan pula pesawat MAS ditugaskan pada malam itu..

Benda nak jadi, terima saja qadar dan qadar.. Ops lupa pulak yang warga China bukan ada agama pun kan..


 Air crashes involving Chinese planes since 1982 
 TimeAirline Company   Airplane Type Location Victims  
2010 Aug 24 Henan Airlines ERJ-190 Yichun city, Heilongjiang province 44 dead, 52 injured 
2004 Nov 21 China Eastern Airlines CRJ-200 Baotou, Inner Mongolia autonomous region 53 dead 
2002 May 7 China Northern Airlines MD82 Dalian, Liaoning province 112 dead 
2002 April 15 Air China  B767-2J6ERBusan, South Korea  128 dead
2000 June 22 Wuhan Air Y7-100C Wuhan, Hubei province 51 dead 
1999 Feb 24 China Southwest Airlines TU154M Rui'an, Zhejiang province 61 dead 
1997 May 8 China Southern Airlines B737 Shenzhen, Guangdong province  35 dead
1994 June 6  China Northwest AirlinesTU154 Xi'an, Shaanxi province 160 dead 
1993 Oct 26 China Eastern Airlines  MD82 Fuzhou, Fujian province 2 dead 
 1993 July 23China Northwest Airlines Bae146 Yinchuan, Ningxia Hui autonomous region 55 dead 
1992 Nov 24 China Southern Airlines  B737 Yangshuo, Guangxi Zhuang autonomous region  139 dead
1992 July 31 Aircraft Owner's and Pilot's Association, China YK42 Nanjing, Jiangsu province  106 dead
 1990 Oct 2Xiamen Air B737 Guangzhou, Guangdong province 128 dead 
1989 Aug 15 China Eastern Airlines AN24 Shanghai 34 dead 
1988 Oct 7 Shanxi Airlines IL14 Linfen, Shanxi province 44 dead 
 1988 Aug 31China Civil Aviation Trident 2E Hong Kong 7 dead 
1988 Jan 18 China Southwest Airlines IL18  Chongqing108 dead 
1985 Jan 18 China Civil Aviation  AN24 Jinan, Shandong province 38 dead 
1983 Sept 14 China Civil Aviation   Trident 2E Guilin, Guangxi Zhuang autonomous region  11 dead 
 1982 Dec 24China Civil Aviation    IL18 Guangzhou, Guangdong province 25 dead 
1982 April 26 China Civil Aviation     Trident 2E  Yangshuo, Guangxi Zhuang autonomous region  112 dead

TERKINI #MH370 : AMSA KESAN ISYARAT KECEMASAN #PRAYFORMH370



Pusat Penyelarasan dan Menyelamat Australia (RCC) mengesan satu isyarat daripada suar kecemasan yang didaftarkan kepada sebuah kapal nelayan di kawasan yang jauh di selatan Lautan Hindi berdekatan Antartika.

Dalam satu kenyataan, Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) berkata RCC tidak dapat menghubungi kapal berkenaan dan bentuk isyarat kecemasan itu tidak diketahui.

"RCC telah menugaskan semula pesawat P3 Orion Tentera Udara Diraja Australia daripada usaha pencarian (Malaysia Airlines) MH370 untuk terbang ke kawasan itu dan memberikan bantuan jika diperlukan," kata kenyataan itu.

P3 mampu menggugurkan peralatan survival, kata AMSA sambil menambah ia akan mengambil masa lima jam untuk sampai ke lokasi suar itu dikesan.

Ia terletak kira-kira 3,241 km di barat daya Perth dan 648 km di utara tanah besar Antartika.

Menurut kenyataan itu sebuah pesawat awam dibawa bagi menggantikan P3 dalam operasi mencari pesawat Malaysia Airlines Boeing yang hilang secara misteri pada 8 Mac dengan 239 orang di dalam pesawat. - Bernama

TUDIAA !!!! APABILA TOK GURU NIK AZIZ MEMINTA MAAF ATAS KESILAPAN DOSANYA !!!


“Maafkan segala kesilapan saya selama saya memimpin Kelantan,” kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika menyampaikan kuliah Subuh di Masjid Pulau Melaka, bersebelahan rumahnya 



Beliau berkata, masalah kesihatan yang dihadapi mungkin balasan ALLAH SWT untuk membersihkan dosanya di atas kesalahan dilakukan sepanjang memimpin Kelantan sejak 23 tahun lalu.

#MH370 : LUAHAN HATI DATUK SERI HISHAMMUDDIN HUSSEIN MENGENAI PESAWAT MH370



Pagi 8 Mac lalu, mungkin hari yang biasa bagi Datuk Seri Hishammuddin Hussein apabila beliau menghadiri program 'retreat' UMNO di Janda Baik, Pahang.

Namun situasi itu berubah 180 darjah apabila menerima khabar mengenai pesawat Malaysia Airlines yang hilang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China.

"Macam tidak percaya." Itulah tanggapan pertama Pemangku Menteri Pengangkutan itu selepas kali pertama mendengar mengenai kehilangan pesawat itu.

Namun seperti biasa sebarang maklumat yang diterima menerusi media sosial perlu diperiksa kesahihannya terlebih dahulu.

Terdetik hatinya untuk memeriksa telefon bimbit beliau ketika itu dan benar menerima berita awal menerusi SMS mengesahkan kehilangan MH370 yang membawa 239 penumpang termasuk krew.

"Saya terus buat keputusan turun untuk mendengar pengesahan lanjut daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA)."

"Ketika dalam perjalanan, saya mendapat panggilan daripada Pangliman Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin yang menyatakan ada kesan dalam radar tentera berhubung sebuah pesawat yang belum dikenal pasti sebagai MH370 ketika itu."


Hishammudin menceritakan kembali pengalaman detik-detik awal kepada pemberita dalam satu temubual khas selepas mendapat tahu kehilangan pesawat yang sepatutnya berlepas ke Beijing pada malam berkenaan.

Saturday 29 March 2014

SI LANGAU KADIR JASIN MACAI YANG HILANG ARAH



Sedih sungguh aku tengok mat Kadir Jasin ni,  nampaknya hati busuk lagi hitam dia ni makin terserlah. Entah apa jawatan yang dia ni nak agaknya... Takkan nak jadi Perdana Menteri baru dia puas hati kot! ! Sedar la diri tu sikit cakap macam umur 30an saja.  

Apa yang aku nak cakap adalah pasal mat  Kadir Jasin duk meroyan dalam blog dia mengatakan bahawa Perdana Menteri tak popular, paling lemah dan macam macam lagi.

Agaknya sebab gerakan yang dibuat dulu untuk merosakkan Najib Razak sebagai Perdana Menteri tidak mendapat sambutan maka kali ni Kadir mulakan sekali lagi gerakan beliau!! Inilah petanda jenis malaun tak cukup makan! !

Kadir telah mengulangi bahawa diantara Najib dan Tun Abdullah dulu perbezaannya adalah Tun Abdullah dirancang kejatuhannya oleh beberapa orang pemimpin UMNO dan beliau juga mengatakan ianya turut dibantu oleh blogger pro Umno.

UPDATE #MH370 : KENYATAAN KERAJAAN INDIA MENGENAI TRAGEDI MH370 #PRAYFORMH370



Kerajaan India menzahirkan penghargaan kepada Malaysia berhubung caranya mengendalikan tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370, yang disifatkannya sebagai "tugas amat penting".

Pesuruhjaya Tinggi India di Malaysia, T. S. Tirumurti berkata adalah penting untuk menghargai peranan kerajaan Malaysia dalam insiden luar biasa yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Beliau berkata demikian pada majlis perpisahan untuk pesawat India, C-130J, satu daripada dua pesawat dihantar kerajaan India untuk menyertai misi mencari MH370, di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini hari ini.

"Kami semua memahami kesukaran dihadapi kerajaan Malaysia sejak dua minggu lepas atau lebih. Presiden India juga telah menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong, bukan sahaja menzahirkan rasa simpati dan takziah, tetapi juga penghargaan kepada kerajaan Malaysian bagi segala usaha dilakukan mereka," katanya.

India menghantar dua pesawat peninjau maritim, P8-I daripada Tentera Laut India dan C-130J daripada Tentera Udara India, untuk menyertai misi mencari pesawat MAS itu yang hilang di Lautan Hindi.

Bagaimanapun, tugas pesawat C-130J telah selesai dan majlis hari ini diadakan untuk mengucapkan selamat jalan kepada kru dan pesawat itu yang berlepas pulang ke India.

Bagi P8-I, tugasnya masih belum berakhir dan sedang menunggu kebenaran daripada pihak berkuasa Australia untuk menyertai misi mencari pesawat itu di perairan Perth, Australia.

Tirumurti berkata MAS juga amat sensitif terhadap keperluan lima warganegara India yang merupakan penumpang MH370.

#MH370 : MALAYSIA SUDAH LAKUKAN YANG TERBAIK , APA LAGI YANG MEREKA MAHU !!!! #PRAYFORMH370


Malaysia sudah lakukan yang terbaik

Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (Acccim) yakin Malaysia sudah melakukan yang terbaik dalam memberikan maklumat terkini kepada orang ramai berhubung kes pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370, yang hilang pada 8 Mac.

Presidennya, Datuk Lim Kok Cheong berkata kerajaan tidak boleh mengumumkan apa-apa berita yang belum disahkan kerana perlu mengambil langkah berhemat, sikap bertanggungjawab dan menghormati keluarga penumpang dan anak kapal pesawat itu.

"Justeru, kita tidak boleh menganggap Malaysia mempunyai niat untuk bersubahat atau menyembunyikan apa-apa berita tertentu yang mungkin tidak memihak kepada kita.

"Kenyataan Perdana Menteri Datuk Najib Tun Abdul Razak pada 24 Mac lepasmenunjukkan komitmen kerajaan terhadap keluarga penumpang dan anak kapal pesawat yang hilang itu. Beliau berjanji akan mendedahkan semua maklumat secara telus," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam dan hilang daripada skrin radar kira-kira sejam kemudian.

Isnin lepas, Perdana Menteri mengumumkan bahawa penerbangan pesawar itu "berakhir di selatan Lautan Hindi". - Bernama

GEMPAR !!! PASANGAN MALAYSIA DI SWEDEN TIDAK AKAN BUAT RAYUAN SETELAH DIJATUHKAN HUKUMAN PENJARA !!!


Norshalena Norshal sedih menerima berita mengenai kakaknya, Shalwati Norshal dan suami Azizul Raheem Awalludin yang dijatuhkan hukuman penjara selepas didapati bersalah atas pertuduhan memukul anak mereka oleh Mahkamah Daerah Solna di Stockholm, Sweden ketika ditemui di rumahnya di Kampung Wakaf Tok Wali di Kota Bharu hari ini. Azizul Raheem, pegawai Tourism Malaysia dipenjara selama 10 bulan dan Shalwati, guru yang bercuti tanpa gaji, dikenakan penjara selama 14 bulan. - Foto Bernama


Keluarga pasangan Malaysia, Shalwati Norshal dan Azizul Raheem Awalludin, yang dihukum penjara oleh Mahkamah Daerah Solna di Stockholm, Sweden hari ini, reda dengan keputusan itu serta tidak merancang untuk mengemukakan rayuan.

Kakak Shalwati, Noor Azila Makhzan berkata walaupun sedih, mereka membuat keputusan tidak akan mengemukakan rayuan kerana khuatir hukuman lebih berat dikenakan ke atas pasangan itu.

"Ini selepas perbincangan dengan anggota keluarga, kalau buatpun kita takut hukuman bertambah berat sedangkan peguam kitapun sememangnya peguam hebat tetapi keputusan masih tidak menyebelahi kita," katanya ketika dihubungi Bernama.

Mahkamah Daerah Solna menjatuhkan hukuman penjara 14 bulan terhadap Shalwati dan 10 bulan terhadap Azizul Raheem bagi kesalahan mengasari serta mencabuli integriti anak-anak mereka.

UPDATE #MH370 : LIMA PESAWAT LIHAT PELBAGAI OBJEK TERAPUNG !!! #PRAYFORMH370



Lima pesawat dilaporkan terlihat beberapa objek pelbagai warna ketika dalam misi mencari pesawat Penerbangan Malaysia MH370 pada Jumaat.

Misi mencari tersebut kini telah berakhir dengan pencarian dalam kawasan seluas 256,000 kilometer persegi.

Imej fotografik objek-objek tersebut telah diambil dan ia akan dikaji malam ini.

Objek-objek terbabit setakat ini masih belum disahkan atau dinafikan sebagai milik MH370 sehingga ia ditemui dan dibawa balik oleh kapal.

Pesawat P3 Orion milik Tentera Udara Di Raja New Zealand (RNZAF) dilaporkan melihat beberapa objek berwarna putih dan terang serta satu boya memancing.

Sementara itu, pesawat P3 Orion milik Tentera Udara Di Raja Australia (RAAF) turut melihat objek sama yang dilihat pesawat RNZAF, disamping dua objek segi empat tepat berwarna biru/kelabu terapung di permukaan laut.

Pesawat P3 Orion kedua milik RAAF turut melihat beberapa objek pelbagai warna di satu kawasan lain, kira-kira 546 kilometer dari kawasan penglihatan pertama.

Sejumlah sepuluh pesawat dikerahkan dalam misi pencarian hari ini oleh AMSA, dan kini telah meninggalkan lokasi pencarian.

AMSA telah mengarahkan kapal peronda Pentadbiran Maritim China, Haixun 01, yang berada berhampiran kawasan pencarian dan akan tiba untuk mencari dan mendapatkan objek-objek terbabit, esok.

Cuaca pada Sabtu dijangka sesuai untuk misi mencari.

PANAS !!! COMANGO SENGAJA CETUS POLEMIK #anticomango @NajibRazak @tunfaisal



Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango) sengaja mempolemikkan pendirian tegas kerajaan menolak pelbagai tuntutan tidak munasabah yang mereka kemukakan pada sesi penerimaan muktamad Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) di Geneva, Switzerland, Khamis lalu.

Ketua delegasi Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (MuslimUPRo) ke Geneva, Azril Mohd. Amin berkata, wakil-wakil Comango telah menganjurkan acara sampingan di Geneva pada Jumaat lalu bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap keputusan kerajaan itu.

Menurut beliau, wakil Seksualiti Merdeka, Thilaga Sulathireh menuduh polis dan pihak berkuasa agama bertindak ganas terhadap golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

“Thilaga memanipulasi isu ini dengan menuduh pihak berkuasa mendiskriminasi golongan LGBT sedangkan matlamat mereka adalah untuk mendapat pengiktirafan perlakuan homoseksual secara bebas dan perkahwinan sesama jenis,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Daripada 232 syor yang dikemukakan kepada Malaysia semasa sesi penerimaan muktamad laporan mengenai hak asasi manusia di Geneva, Khamis lalu, kerajaan menerima sepenuhnya sebanyak 113 syor dan 21 diterima secara prinsip manakala sebanyak 83 syor ditolak.

Kebanyakan syor yang ditolak ialah yang dihantar oleh Comango semasa sesi pusingan kedua proses Semakan Berkala Sejagat (UPR) pada 24 Oktober 2013 termasuk tuntutan supaya kerajaan Malaysia memansuhkan atau meminda undang-undang yang mengharamkan perlakuan jenayah seperti aktiviti LGBT.

Selain itu, Azril menjelaskan, wakil Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Yu Ren Chung seolah-olah tidak dapat menerima hakikat bahawa Undang-undang Keluarga Islam tidak mendiskriminasi golongan wanita.

“Comango terus campur tangan dalam hal ehwal undang-undang Islam dengan mempersoalkan penafian Malaysia berhubung kewujudan diskriminasi terhadap wanita Islam.

“Mereka juga mendesak Malaysia menarik semula pengecualian di dalam beberapa konvensyen berkaitan Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) dan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC),” ujarnya.

Beliau turut membidas Comango kerana membuat tuduhan palsu kononnya mereka ditindas dan diberi layanan buruk ekoran memperjuangkan hak asasi manusia di Malaysia.

“Hakikatnya, Kementerian Dalam Negeri hanya mengisytiharkan status pendaftaran NGO-NGO di bawah Comango dan tidak kesemuanya berdaftar secara sah mengikut undang-undang Malaysia.

ARTIS PANAS !!! ARTIS PEREMPUAN BERCIUM DENGAN MAT SALEH DI KLIA ??? SIAPAKAH DIA ???




Seorang selebriti popular dilaporkan berkelakuan sumbang di khalayak ramai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) apabila bercium dengan seorang lelaki 'mat saleh'.

Selebriti yang sebelum ini dikaitkan dengan seorang kerabat di-Raja itu bukan sahaja bercium tetapi dikatakan memasukkan tanggannya ke dalam baju pasangannya dan mengurut bahagian belakang badan lelaki itu.

Lelaki itu dipercayai deejay popular dari negara luar.

Perbuatan tidak senonoh selebriti itu sempat dirakam (foto dan video) oleh wartawan yang sedang membuat liputan mengenai kehilangan pesawat MH370.

Wartawan itu berkata selebriti itu seolah-olah tidak kisah orang ramai melihat kelakuannya, walhal dia popular dan amat mementingkan nilai ekslusifnya.

"Yang tidak faham kenapa mereka suka sangat buat aksi berlebihan di khalayak ramai. Orang lain pun bercinta juga. Kalau setakat suap-suap makan, tak hairan pun.

"Tapi bila dah mesra lain macam sampai bercium, tangan masuk dalam baju, urut-urut belakang, lentuk kepala di bahu hingga malu pula nak tengok," dedah wartawan tersebut.

Selebriti ini dipilih menjadi duta beberapa produk popular di negara ini.

RAKYATNEWS

APJ : AKU MACAM DAPAT AGAK ARTIS PEREMPUAN NI , HURN !!! LAWA TAPIIIIIII !!! 

PANAS #MH370 : ARTIS MALAYSIA JANGAN BALAS DENDAM TERHADAP ARTIS CHINA YANG MENGUTUK MALAYSIA !!! #PRAYFORMH370



RAKYATNEWS : Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez berharap artis-artis negara ini tidak membalas segala tomahan yang dilemparkan oleh artis-artis negara China yang melahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap kerajaan Malaysia berhubung insiden pesawat penerbangan Malaysia (MAS) MH370.

Freddie berkata, pihaknya kesal dengan tuduhan liar beberapa selebriti negara republik itu yang mempersoalkan ketelusan operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang membabitkan pihak berkuasa negara ini.

"Saya sangat kecewa dengan tindakan beberapa selebriti popular China melalui laman sosial mereka yang mengecam dan mempersoalkan tindakan Malaysia mengendalikan proses mencari pesawat MH370 yang hilang di Lautan Hindi.

"Mereka juga tidak sepatutnya mempengaruhi dan meminta rakyat negara itu memboikot artis Malaysia yang mencipta nama di sana," katanya dipetik mStar Online.

Tambah Freddie, tragedi yang menimpa pesawat MH370 adalah merupakan satu kejadian yang tidak dijangka.

Katanya, mereka seharusnya berfikir secara rasional dan bersama-sama bersimpati terhadap kejadian ini.

Friday 28 March 2014

UPDATE #MH370 : PERAKAM SUARA KOKPIT TIDAK BANTU SELESAIKAN MISTERI MH370




RAKYATNEWS : Perakam suara kokpit (CVR) Malaysia Airlines MH370 tidak akan menghasilkan sebarang jawapan mengenai tempoh kritikal pesawat yang menyimpang dari laluan penerbangannya ke Beijing berikutan data suara telah dipadamkan disebabkan kitaran rakaman selama dua jam oleh perakam itu.

Ini bermakna penyiasat tidak mungkin menyelesaikan misteri MH370 dengan sepenuhnya kerana ia akan menjadi mustahil untuk mengetahui apa yang berlaku di dalam kokpit selepas pesawat terputus hubungan dengan kawalan trafik udara di ruang udara sempadan Malaysia-Vietnam.

Menurut sumber yang biasa menjalankan tugas berkaitan "kotak hitam", yang terdiri daripada CVR dan Perakam Data Penerbangan (FDR), berkata maklumat teknikal daripada FDR sahaja tidak akan mencukupi sekiranya penyiasat mendapati bahawa kesilapan mekanikal bukan masalah kepada punca kehilangan pesawat.

"Pakar terlatih akan mendapat banyak maklumat daripada Perakam Data Penerbangan. Tetapi bagaimana sekiranya ia bukan masalah mekanikal tetapi tindakan yang disengajakan? Saya fikir kita tidak akan mendapat tahu tentang apa yang sebenarnya berlaku tanpa data suara," katanya.

Menurut firma AS Honeywell Aerospace yang membekalkan kotak hitam, hanya rakaman dua jam terakhir dikekalkan apabila perakam itu akan terus membuat rakaman dengan sendiri sepanjang penerbangan.

"Prinsip ini adalah amalannya kerana kebiasaannya bahagian terakhir penerbangan yang menentukan punca kemalangan itu," lapor BBC.

#MH370 : KENYATAAN JEPUN MENGENAI PENEMUAN 10 OBJEK DI PERCAYAI ADA KAITAN MH370 #PRAYFORMH370




Agensi berita Jepun melaporkan bahawa satelit negara itu berjaya merakamkan 10 objek terapung berhampiran Australia, dipercayai berkemungkinan ada kaitan dengan pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Menurut laporan AFP, agensi berita Kyodo dan Jiji berkata bahawa objek berkenaan dilihat kira-kira 2,500km ke barat daya Perth.

Pusat Perisikan Kabinet Satelit Jepun berkata objek berkenaan dianggarkan berukuran lapan meter panjang dan empat meter lebar.

Agensi berita berkenaan juga melaporkan bahawa objek berkenaan dilihat di kawasan yang sama dimana beberapa objek lain ditemui sebelum ini.

Jiji memetik kata-kata seorang pegawai kerajaan bahawa objek berkenaan “berkemungkinan besar” adalah bangkai pesawat MH370. Jepun sudahpun menyampaikan maklumat berkenaan kepada Malaysia.

TERKINI #MH370 : SIDANG MEDIA TERKINI MENGENAI #MH370 28 MAC 2014


LIVI SIDANG MEDIA KLIK SINI

UPDATE #MH370 : PESAWAT DIPERCAYAI TERBANG LAJU DAN TERJUNAM #PRAYFORMH370



RAKYATNEWS : Beberapa pesawat dan kapal bergegas ke kawasan pencarian baru pada Jumaat selepas mendapat "petunjuk boleh dipercayai" bahawa pesawat Malaysia Airlines MH370 terbang lebih laju dari andaian awal sebelum ia terjunam ke Lautan Hindi.

Sepuluh pesawat dari enam negara iaitu Australia, China, Jepun, New Zealand, Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS), mengalihkan lokasi pencarian mereka ke satu kawasan baru 1,100 kilometer (685 baru) timur laut dari kawasan operasi mencari yang dilakukan sebelum ini selama seminggu, di barat Australia.

Lima kapal China dan sebuah kapal tentera laut turut berlayar ke zon baharu selepas cuaca kembali pulih apabila pencarian pada Khamis ditangguhkan berikutan ribut petir dan angin kuat, kata Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA).

"Maklumat baharu itu berdasarkan analisis yang berterusan dari data radar antara Laut China Selatan dan Selat Melaka sebelum radar terputus hubungan," kata Amsa.

"Ia menunjukkan bahawa pesawat itu terbang lebih laju dari yang dianggarkan sebelum ini, yang menandakan terdapat peningkatan dalam penggunaan bahan api dan mengurangkan kemungkinan jarak pesawat itu terbang ke selatan sehingga ke Lautan Hindi."

Ia diikuti Thailand pada Khamis melaporkan satu imej satelit menunjukkan ratusan objek terapung.

Jepun turut mengumumkan analisis satelitnya menunjukkan kira-kira 10 objek terapung walaupun tidak dipastikan sekiranya kesemua objek itu berada dalam tumpuan zon kawasan pencarian baharu.

HELANG MERAH : MUKHRIZ YAKIN KEDAH RAIH SLOT LIGA SUPER MUSIM DEPAN @MukhrizMahathir #HelangMerah



PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Negeri Kedah (KFA) Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir masih percaya dengan kemampuan pasukan berkenaan untuk meraih slot ke Liga Super musim depan.

Beliau yang juga Menteri Besar Kedah berkata, walaupun skuad 'Helang Merah' kendalian David Mitchell itumempamerkan aksi yang tidak menentu dalam saingan Liga Perdana musim ini, beliau yakin mereka akan kembali bangkit pada baki saingan liga.

"Saya ingat antara cabaran kita hadapi (musim ini) adalah soal konsisten, jadi kadang kala prestasi kita meningkat dan ada kalanya akan turun balik. Jadi, kita (harus) menguruskan perkara berkenaan (prestasi tidak menentu pasukan) dengan lebih baik lagi.

"Kita berhadapan dengan soal kecederaan selain semangat juang yang tidak konsisten di kalangan pemain terutamanya pada penghujung sesebuah perlawanan. Saya harap kita dapat mengatasi masalah berkenaan pada sesi latihan pasukan (selepas ini)," kata Mukhriz.




Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima cek berjumlah RM250,000 untuk pasukan Kedah daripada Kumpulan Naza TTDI Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza, SM Nasaruddin SM Nasimuddin di Shah Alam hari ini.

HOT NEWS : KENYATAAN PENUH PERDANA MENTERI DI FILIPINA



Berikut teks ucapan penuh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di majlis menandatangani Perjanjian Komprehensif mengenai Bangsamoro antara Kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) penuh bersejarah, yang beliau saksikan di Manila hari ini:

"Tuan Yang Terutama Benigno S Aquino III, Presiden Filipina

Tuan Yang Terutama Al Haj Murad Ebrahim, Pengerusi Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF)

Puan Yang Terutama Teresita Quintos Deles, Penasihat Presiden mengenai Proses Damai.

Yang Berhormat Menteri-menteri

Pengerusi Panel Perdamaian Filipina/Pengerusi Panel Perdamaian MILF

Dif-dif Kehormat, Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian

Hari ini, kita menyaksikan upacara menandatangani Perjanjian Komprehensif mengenai Bangsamoro. Ia merupakan perjanjian damai yang mengambil masa beberapa dekad untuk menjadi kenyataan.

Dengan menandatangani perjanjian ini, kedua-dua pihak tidak lagi melihat kepada masalah masa lalu, tetapi apa yang dijanjikan pada masa akan datang. Setelah bertahun-tahun wujudnya konflik, dan banyak jiwa yang menjadi korban, ini merupakan suatu detik yang lahir daripada keberanian. Dan ia akan mengubah sejarah negara mereka untuk selama-lamanya.

Dengan menyertai proses damai ini, Barisan Pembebasan Islam Moro telah membalas kembali kepercayaan yang diberi kepadanya oleh rakyat. Melalui rundingan yang diadakan dengan penuh keikhlasan, Kerajaan Filipina mengesahkan hak Bangsamoro untuk menentukan nasib mereka sendiri.

Kedua-dua pihak telah berkorban agar rakyat di selatan Filipina dapat menjalani kehidupan secara bebas, bebas daripada keganasan yang telah memisahkan banyak keluarga. Bebas daripada penderitaan yang disebabkan oleh konflik selama beberapa dekad. Bebas daripada ketakutan.

Dalam lembaran perjanjian ini, kita melihat janji untuk masa depan yang lebih cerah.

Masa depan apabila bilik darjah akan dipenuhi ketawa riang, bukan lagi bunyi tembakan. Apabila pemuda memerangi kemiskinan, bukan sesama sendiri. Apabila rakyat berganding bahu membina konsensus dan identiti baharu: Bangsamoro.

Perpaduan tidak boleh dicapai dalam tempoh semalaman. Selepas bertahun-tahun, tiada jalan pintas dan mudah untuk mencapainya. Banyak lagi usaha yang perlu dilakukan dan akan terdapat halangan yang menantinya. Bagaimanapun, komitmen terhadap keamanan – komitmen yang saya nampak terdapat di dalam dewan ini – tidak boleh sekali-kali menjadi goyah. Kita perlu cekal dan tabah.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

Kedua-dua pihak telah meninggalkan konflik sebelum ini di belakang mereka, tetapi kita perlu perkuatkan diri kita untuk menghadapi cabaran baharu. Setelah berakhirnya konflik, maka kerja sukar untuk mewujudkan pembangunan pun bermula. Kita perlu beri makna baharu kepada kehidupan yang pernah dilanda keganasan.

Peperangan selama beberapa dekad telah merampas daripada satu generasi penjagaan kesihatan, pendidikan, pendapatan. Perdamaian bukan sahaja sepatutnya membawa kemakmuran, tetapi juga peluang. Hanya dengan itu, masa depan Bangsamoro akan terjamin.

Dua tahun lepas, saya berjanji kepada Presiden Aquino bahawa Malaysia akan terus membantu untuk mewujudkan pembangunan. Kami sedia menolong membina institusi, memperkemaskan pendidikan, menambah baik bidang pertanian. Janji terus kekal, selagi ia diperlukan. Malaysia akan tetap menjadi rakan bagi keamanan.

Keyakinan kami terhadap kerjasama merentasi sempadan diperkukuhkan lagi oleh tragedi yang berlaku. Kehilangan 239 orang yang menggunakan Penerbangan MH370 adalah sesuatu yang amat menyedihkan.

Malaysia berterima kasih atas sokongan yang diberi oleh rakan-rakan dan jiran kami, termasuk Filipina, dalam usaha mencari yang hingga kini masih diteruskan. Dalam waktu yang menyulitkan ini, kami mendapat kekuatan daripada respons penuh ihsan yang diterima daripada negara sahabat kami.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

Perjanjian ini memberi jaminan terhadap hak rakyat Bangsamoro dan kedaulatan Filipina. Kami berharap rakyat Bangsamoro akan bekerja seiring dengan Kerajaan Filipina dan MILF untuk memastikan kejayaannya.

Komitmen terhadap perdamaian ini terikat kukuh. Ia mesti dipenuhi dan dilindungi. Semua pihak perlu berpegang pada semangat dan kandungan perjanjian ini. Kita perlu berusaha untuk memastikan wujudnya rasa hormat terhadap agama dan menghayati prinsip tidak melakukan keganasan. Kita perlu lindungi hak asasi manusia, menjunjung tinggi keluhuran undang-undang dan mengamalkan kesederhanaan.

#MH370 : ISU BOMOH, KENYATAAN DATO SERI JAMIL! !! #PRAYFORMH370



Kerajaan tidak pernah mengarahkan mana-mana pihak untuk menggunakan khidmat bomoh dalam usaha mengesan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau turut menafikan penglibatan seorang bomoh, Ibrahim Mat Zin, dalam operasi mengesan pesawat malang itu adalah atas arahan pihak kerajaan

"Lapangan terbang adalah tempat yang terbuka (siapa-siapa boleh datang), kalau kita tanya siapa yang upah, tentunya kita tidak boleh jawab sebab bukan urusan kita untuk tanya kepadanya (Ibrahim)," katanya.

Jamil Khir berkata demikian ketika menggulung usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di persidangan Dewan Rakyat pada Khamis.

Thursday 27 March 2014

UPDATE #MH370 : KENYATAAN THAILAND MENGENAI PENEMUAN 300 OBJEK DI LAUTAN HINDI #PRAYFORMH370



Imej satelit Thai telah mengesan sebanyak 300 objek terapung di selatan Lautan Hindi ketika operasi pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, kata seorang pegawai pada Khamis.

Menurut Agensi Teknologi Angkasa Lepas dan Geo-Teknologi, objek-objek yang berukuran di antara dua hingga 15 meter itu bertebaran di sekitar 2,700 barat daya Perth.

"Bagaimanapun kita tidak... tidak berani mengesahkan yang ianya serpihan dari pesawat," kata pengarah agensi tersebut, Anond Snidvongs kepada AFP.

REFORMASI 2.0 KEDAH, MB MUKHRIZ BIDAS PEMBANGKANG CUBA HASUT RAKYAT



Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir hari ini membidas pembangkang kerana cuba menghasut rakyat di negeri itu menerusi penganjuran perhimpunan yang dijadualkan 5 April ini.

"Pemimpin depa (pembangkang) nak jelajah Kedah nak lancar reformasi 2.0, konon himpunan derita rakyat, 5 April nak pi (pergi) Baling bagi memperingati ulang tahun insiden Baling (kejadian di Memali).

"Nak mai (datang) cetus kemarahan rakyat pada kerajaan...itu tindakan mudah dan langsung tidak bertanggungjawab, mai kata kat orang (datang mengkritik kerajaan negeri) tapi tak bagi penyelesaian," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Projek Sentuhan Kasih dan Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) Laka Selatan dekat sini.

Sehubungan itu Mukhriz menggesa rakyat di Kedah agar tidak terpedaya dengan helah pembangkang yang bukan mahu membantu tetapi hanya bertujuan meraih sokongan politik mereka.

IKHWANUL MUSLIMIN MESIR PERLUKAN BANTUAN PM MALAYSIA @NajibRazak



Usaha untuk menghancurkan Gerakan Islam Ikhwanul Muslimin hari ini di Mesir sangat jelas. Mahkamah di Mesir baru baru ini telah menjatuhkan hukuman mati kepada 529 penyokong bekas presiden Islamis Mohammed Morsi.

Mereka didapati bersalah atas tuduhan kononnya menyerang dan membunuh anggota polis mengikut laporan BBC.

Terdapat 1,200 lagi yang menunggu hukuman. Hampir semuanya adalah ahli Gerakan Ikhwanul Muslimin.

Ikhwanul Muslimin adalah sebuah gerakan Islam terbesar di zaman moden ini.

Seruannya untuk kembali kepada Islam sebagaimana yang termaktub di dalam Al-Qur’an dan As-Sunnah serta mengajak kepada penerapan syari’at Islam dalam kehidupan mendapat tentang hebat daripada golongan Islam yang berfahaman sekular. 

TUDIAAA!!!! PAS KATA DEPA YAKIN #MH370 DIRAMPAS! !! #PRAYFORMH370


Pas yakin bahawa MH370 yang dilaporkan hilang sejak 8 Mac lalu kemungkinan dirampas oleh individu tertentu.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, tanda-tanda mengenai rampasan itu sudah ada.

“Kerajaan mesti mengesahkan bahawa MH370 telah dirampas, cuma kita belum tahu siapa yang lakukan perkara itu.

“Tanda-tanda terjadi itu ada sebab dia pesawat itu dibawa ke tempat yang sukar dan tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia,” katanya.

PANAS!! UNDANG2 SIBER DI PERKETAT #SIBER


Penguatkuasaan undang-undang siber sedia ada perlu diperketatkan lagi bagi membendung masalah penyebaran maklumat yang boleh menjejaskan imej negara.

Penasihat Kerajaan dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan, Tan Sri Dr Rais Yatim menjelaskan penggunaan media sosial secara bebas di kalangan rakyat menyebabkan berlakunya pelbagai fitnah dan tohmahan yang semakin berleluasa.

"Penguatkuasaan undang-undang yang tegas adalah kunci kepada penyelesaian masalah ini," kata beliau selepas ditemuramah dalam Ruang Bicara di Bernama TV semalam.

PANAS !!! ISU #MH370 MENTERI KDN BERI AMARAN KERAS PADA MEDIA CETAK BERBAHASA CINA !!! #PRAYFORMH370



Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta semua media terutama media cetak berbahasa Cina agar berhenti melaporkan berita yang memainkan sentimen membangkitkan kemarahan keluarga mangsa pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370.

Ahmad Zahid berkata, laporan sedemikian akan mempengaruhi perasaan keluarga penumpang pesawat itu terutama dari negara China sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati mereka kepada kerajaan negara ini.

Beliau berkata, demikian ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Diraja di Dewan Rakyat di sini hari.

Ahmad Zahid berkata pengamal media perlu menyedari bahawa tragedi MH370 adalah satu kemalangan yang tidak dijangka, malah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah melakukan segala usaha untuk menyelesaikan masalah ini.

"Malangnya akhbar-akhbar berkenaan telah memanipulasikan dan memainkan sentimen melibatkan mangsa-mangsa dan keluarga mangsa-mangsa itu kelak menjadi marah terutama mereka yang berada di Beijing," katanya.

Dalam pada itu Ahmad Zahid juga memberi amaran kepada media termasuk media sosial supaya tidak memanipulasi sebarang maklumat atau fakta berkaitan keselamatan negara.

"Jangan ada sesiapa atau mana-mana media atau media online memanipulasi segala maklumat yang boleh menjejaskan keselamatan negara. Jangan marah pada saya jika tindakan diambil dengan segera, saya cakap ini secara serius, maka ia harus dipandang serius," katanya.

Persidangan bersambung esok. - Bernama

Wednesday 26 March 2014

VIDEO PANAS !!! PEMOHOHAN KES LIWAT DITOLAK , ANWAR GELAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN ANJING UMNO !! BODOH ANWAR !!! #LIWAT



RAKYATNEWS : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelarkan keputusan lima panel Hakim Mahkamah Pesekutuan yang menolak permohonannya berkaitan dengan kes liwat yang membabitkan beliau.

Anwar berkata, keputusan tersebut berat sebelah dan hanya bersifat politik untuk mengaibkan beliau selain tidak dibuat berdasarkan undang-undang.

"Keputusan Mahkamah Persekutuan pagi tadi terhadap saya dilihat sebagai keterlaluan apabila menerima suatu perkara yang bukan fakta dan undang-undang tetapi lebih bersifat politik.

"Saya agak pelik kerana kesemua panel hakim menggunakan hujah yang pada saya hanya digunakan oleh UMNO dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) untuk memalukan saya.





"Perkara ini sangat bahaya dan saya ingin memberitahu supaya Ahli Parlimen Pembangkang dan semua Ahli Dewan Rakyat memandang serius perkara ini," katanya kepada pemberita dalam sidang media di Lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau merujuk terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan Putrajaya pagi tadi yang menolak permohonan semakan beliau untuk memadam satu perenggan dalam penghakiman bertulis Mahkamah Persekutuan terdahulu dalam kes liwat melibatkan bekas pemandu keluarganya, Azizan Abu Bakar yang diputuskan sembilan tahun lalu.

Dalam penghakiman bertulis tersebut, tertera beberapa kes yang menyatakan Anwar mempunyai kecenderungan melakukan homoseksual bersama Azizan pada ketika itu.



TERKINI #MH370 : 122 OBJEK DI KESAN OLEH MRSA !! #PRAYFORMH370



Sebanyak 122 objek dikenal pasti oleh Agensi Remote Sensing Malaysia (MRSA) di kawasan pencarian Australia, kira-kira 2,557 kilometer dari Perth.

Menurut Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, MRSA telah menerima imej satelit baru itu dari Agensi Pertahanan dan Angkasa Airbus yang berpengkalan di Perancis.

Katanya imej-imej yang berkemungkinan ada kaitan dengan pesawat MH370 itu diambil pada 23 Mac, di mana Australia, China dan Perancis telah pun mengedarkannya.

"MRSA telah menganalisa imej-imej tersebut di kawasan lautan berukuran 400 kilometer persegi, dan telah kenal pasti 122 objek-objek berpotensi.

"Ada objek yang berukuran satu meter panjang... yang lain-lainya berukuran 23 meter. Ada juga objek yang kelihatan terang, yang berkemungkinan terdiri daripada bahan pejal," kata Hishammuddin pada sidang media harian MH370 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.


Imej 122 objek baru yang dikesan MRSA


Katanya penemuan terbaru MRSA itu telah diserahkan segera kepada Pusat Koordinasi Menyelamat Australia di Perth, semalam (Selasa).

#MH370 : PENGGUNA FACEBOOK TIDAK SETUJU AHMAD JAUHARI LETAK JAWATAN !!! #PRAYFORMH370



Misteri kehilangan pesawat MH370 sejak 8 Mac lalu, kekal misteri dan kini timbul cerita mengenai perletakan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Airlines (MAS), Ahmad Jauhari Yahya.

Persoalan ini mula timbul ketika beliau ditanya oleh pemberita ketika sidang media yang diadakan di KLIA semalam adakah beliau akan meletak jawatan ekoran tragedi ini.

Ahmad Jauhari membalas jawapan dengan mengatakan bahawa itu merupakan pilihan peribadi beliau dan keputusan itu hanya akan dibuat selepas tragedi malang ini selesai.


Ahmad Jauhari (tiga dari kiri) dalam salah satu sidang media MH370.


Walaupun mendapat pelbagai kritikan, nyata rakyat Malaysia amat prihatin.

Ini dapat dilihat menerusi komen yang ditinggalkan pembaca laman Facebook Astro AWANI yang rata-rata memberi sokongan serta menyatakan kerisauan mereka apabila melihat keadaan Ahmad Jauhari dalam setiap sidang media yang mereka sifatkan sebagai 'sedih' dan 'tidak terurus'.

Menurut pengguna laman Facebook, mereka sedar akan tanggungjawab yang dipikul oleh Ahmad Jauhari dan meminta pihak yang terus mengkritik supaya memikirkan perasaan CEO MAS itu yang telah banyak berdepan dengan pelbagai jenis tekanan.

Selain itu, mereka turut menyuarakan pandangan bahawa Ahmad Jauhari tidak patut meletak jawatan.

Mengapa mereka berkata demikian? Baca antara komen pengguna laman Facebook Astro AWANI di bawah.


Ra Ayumie:jangan letak jawatan..bukan salah Encik..bukan salah pilot..bukan salah pihak krew2 kapal..semuanya terjadi abila Allah mnyatakn jadilah..Kun fayakun..maka terjadilah semua ni...,marilah kita sama2 mendoakan yg trbaik..jgn jdikan isu ini politik wahai rakyat malaysia..sy merayu..jgnlah kita tambahkan luka ini dgn menuding jari ke pihak atasan...

TERBAIK !!! JURUTERBANG GILA AIR ASIA DIGANTUNG TUGAS KERANA BIADAP MENGENAI MH370 !!! TERIMA KASIH AIR ASIA !! #AIRASIA


Seorang juruterbang syarikat penerbangan AirAsia digantung tugas kerana didakwa mengkritik pengumuman kerajaan berhubung pesawat MH370 terhempas di Lautan Hindi menggunakan laman sosial.

Ketua pegawai eksekutif kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dalam satu kenyataan berkata, tindakah itu bagi membolehkan siasatan dilakukan ke atas juruterbang berkenaan.

“Pegawai kanan AirAsia X telah digantung tugas sementara menunggu siasatan berkenaan pelanggaran polisi syarikat dalam tulisan Facebook,” katanya menerusi akaun Twitternya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Azran Rani Osman dalam Twitternya berkata, juruterbang itu melanggar “arahan khusus” iaitu tidak mengulas mengenai pencarian MH370 secara terbuka.

Arahan tersebut dikeluarkan untuk mengelakkan kakitangan AirAsia membuat kenyataan yang boleh mengguris perasaan pihak lain, tegas beliau.

Mynewshub.my semalam melaporkan, seorang individu dipercayai juruterbang syarikat penerbangan Air Asia X mengkritik langkah-langkah kerajaan dalam menangani isu kehilangan pesawat MH370.

Berikutan kenyataan juruterbang itu melalui Facebook:

(*Mencarut* … betulkah sudah ada bukti konkrit yang MH370 dah terhempas?! Adalah tidak betul untuk membuat andaian jika tiada bukti yang mengesahkannya!! Serpihan tu belum dibuktikan lagi daripada pesawat! Tunjukkan bukti pada kami MH370 dah terhempas. Selagi itu, berhenti sembunyikan fakta! Orang buta pun boleh nampak banyak perkara yang kerajaan tahu tapi tak nak dedahkan!!) – mynewshub.my

APJ : TERIMA KASIH AIR ASIA DAN MOHON TINDAKKAN TEGAS ATAU KAMI AKAN TERUS MEMBANTAH DAN MEMBOIKOT AIR ASIA !!! 

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive