sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Tuesday 30 October 2012

PANAS !! BUKTI KERAJAAN PKR SELANGOR PINGGIR KAUM INDIA??

Kerajaan PKR yang dikatakan untuk semua rakyat berbilang kaum rupanya hanya seperti menanam tebu di tepi bibir, cakap berdentum memperjuangkan nasib rakyat rupanya hanya memperjuangkan kekayaan orang dalamnya sahaja.

Dalam kes kondominium di Batu Caves Selangor ada sahaja alasan yang diberikan dan menuduh orang lain punya angkara sedangkan mereka punya kuasa untuk menghentikan sesuatu perkara.

Sepatutnya Kerajaan PKR bersikap sama adil kepada setiap bangsa dan agama.

Kerajaan PKR Selangor sendiri dalam barisan EXCOnya tiada seorangpun Exco dari bangsa India dilantik bagi membincangkan pelbagai kes seperti kes kondominium yang sedang diperkatakan bagi memelihara Agama Hindu dan Ikon kaum India di Malaysia khususnya di Selangor.

Nampak seperti ada yang tidak kena dalam kerajaan PKR Selangor mengenai nasib kaum India. Siapa harus bela nasib mereka jika perkara seperti ini berlaku?

Kaum India harus membuka mata apa yang terjadi sekarang pada mereka di Selangor dengan nasib mereka tiada pembelaan dalam kerajaan PKR Selangor.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

KERAJAAN PKR SELANGOR MAHU HAPUS IKON KAUM INDIA ??

Tudiaaa , nak terbeliak mata Pendang baca berita ni, Barisan Nasional sibuk pelihara ikon setiap bangsa di Malaysia, Kerajaan PKR Selangor sibuk nak hapuskan Ikon kaum di Malaysia .

Ahli Perlimen Padang Serai, N.Gobalakrisnan mendakwa kegagalan Kerajaan PKR Selangor menghentikan projek pembinaan kondominium itu dipercayai ada kaitan dengan konspirasi pihak tertentu mahu menghapuskan salah satu IKON kaum India di Malaysia.

Ada beberapa pihak dalam pembangkang mahu memecah-belahkan kaum India kata Gobalakrisnan.

Pakatan pembangkang ini diibarat 'musang berbulu ayam' yang menawarkan pelbagai janji manis kepada rakyat tetapi niat mereka hanya mahu menghancurkan keharmonian kaum di negara ini.

Sepatutnya perkara ini tidak dipolitikkan dan menuduh orang lain kerana kerajaan Selangor ada kuasa untuk hentikan projek ini.

Telah terbukti Kerajaan PKR Selangor rasis kerana tiada seorangpun Exco beragama India dalam kerajaan Selangor dan seperti isu ini kaum India tidak dapat pembelaan sewajarnya .

- sumber Utusan Malaysia


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

HOT !!! PANGLIMA PERANG MALAYSIA SEDIA LANCAR PERANG PADA INDONESIA ?? TUDIAAA


Kalau takut dilambung ombak, jangan la tengok filem ombak.. Aku tak terkejut dengan sikap memalukan depa ni, kerana takut kekuatan Malaysia, depa buat macam-macam benda untuk kalahkan Malaysia tapi dah terbukti dulu, depa kalah juga dengan Malaysia.

Jom kita baca apa Jenaral Perang Malaysia cakap kat utusan pasai kes panas ni..


PETALING JAYA - Tidak perlu takut atau gentar dengan tindakan skuad bola sepak Indonesia yang menyenaraikan empat pemain kelahiran Belanda bagi menghadapi Piala Suzuki AFF 2012.

Malahan, tindakan Persatuan Sepak Bola Indonesia (PSSI) itu belum pasti dapat menghadirkan kejayaan sekelip mata buat Indonesia yang belum pernah menjuarai kejohanan AFF sejak 1996.

Itu peringatan pengendali Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal (gambar) yang tidak mahu mengambil serius akan perkara itu sebaliknya yakin dengan 100 peratus kudrat anak-anak tempatan mampu mempertahankan kejuaraan Piala Suzuki AFF tahun ini.

"Itu hak mereka (Indonesia) untuk menyenaraikan pemain luar yang diberi kerakyatan kerana mungkin disebabkan tidak pernah muncul juara, situasi itu memberikan impak kepada Indonesia untuk bertindak sedemikian.

"Tindakan kita menggunakan semua anak-anak tempatan, bagi saya lebih patriotik di samping memberikan kelebihan kerana faktor budaya dan bahasa yang tidak jauh berbeza membuatkan mereka mudah mengenali antara satu sama lain apabila beraksi.

"Cuma saya tidak rasa menggunakan khidmat pemain luar boleh memberikan jaminan untuk berjaya dan kami telah buktikan dua tahun lalu

"Adakah keputusan mereka itu akan memberikan kebaikan pada jangka pendek atau panjang, perkara itu juga kena difikirkan, " katanya ketika ditemui pada sesi latihan skuad kebangsaan di Wisma FAM, semalam.

Skuad kebangsaan Indonesia baru-baru ini menyenaraikan tiga pemain dari Belanda, Jhonny Van Beukering, Raphael Guillermo Eduardo Maitimo dan Tonnie Cusell Lilipaly, yang diberikan kerakyatan Indonesia selain Diego Michiels yang mewakili skuad Sukan SEA tahun lalu.

Jhonny, yang merupakan penyerang Pelita Jaya, pernah beraksi bersama kelab terkemuka Liga Belanda, Feyenoord pada musim 2010/11 sementara Raphael beraksi di bahagian tengah dan mewakili Bali De Vata FC dalam saingan Liga Premier Indonesia (IPL).

Seorang lagi pemain, Tonnie Cusell beraksi bersama kelab Divisyen Tiga Belanda dengan kelab GVVV.

Sebelum ini, skuad Garuda pernah menggunakan seorang pemain kelahiran Uruguay, Christian Gonzales dan Irfan Bachdim dari Belanda tetapi mempunyai pertalian darah Indonesia dari sebelah bapanya, Noval Bachdim yang juga bekas pemain bola sepak Indonesia.

Selain itu, Rajagobal tidak merasakan masalah dalaman induk bola sepak Indonesia akan mengganggu persiapan skuad kebangsaan yang kini dikendalikan Nil Maizar.

Utusanonline


TUDIAAA !!!! PANAS AWEK CUN SEBAR GAMBAR ASMARA DENGAN KEKASIH KAT FACEBOOK !!!! SENGAL !!!


"Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan." "Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan." "Kepala yang tidak mempunyai fikiran sama halnya dengan sesebuah benteng yang tidak dibela."
Waran tangkap ke atas pelajar aibkan bekas teman lelaki

KUALA LUMPUR 29 Okt. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap seorang pelajar kerana menghina mahkamah dengan mengaibkan bekas teman lelakinya di laman sosial walaupun dilarang berbuat demikian.

Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan komital oleh seorang guru warga Kanada, Lee David Clayworth, 35, untuk memenjarakan Lee Ching Yan, 28.

Dalam keputusannya, Vazeer Alam berkata waran tangkap itu dikeluarkan bagi tujuan membawa Ching Yan ke mahkamah sebelum satu tempoh hukuman penjara ditetapkan.

"Saya berpuas hati bahawa defendan sengaja tidak mematuhi perintah mahkamah pada 30 November tahun lepas dengan terus mengeluarkan kata-kata kesat dan mengaibkan plaintif. Defendan juga memilih untuk tidak hadir ke mahkamah walaupun telah diserah surat untuk prosiding komital kepada dirinya dan melalui ibu bapanya.

"Mahkamah perlu ambil tindakan keras dan mahkamah ambil berat tentang isu pihak-pihak yang membuat penyiaran tidak terhad di Internet. Pihak-pihak ini perlu dipertanggungjawabkan berhubung tindakan mereka.

"Mahkamah memerintahkan penolong pendaftar mengeluarkan waran tangkap supaya defendan dibawa ke mahkamah ini supaya satu tempoh hukuman penjara dikeluarkan setelah mengambil apa fakta mitigasi (rayuan defendan)," kata Vazeer Alam.

Selain itu, beliau juga mengeluarkan arahan untuk disalurkan kepada Jabatan Imigresen supaya menghalang Ching Yan ke luar negara. - BERNAMA

Monday 29 October 2012

MAMPUIH !!!VIDEO AKSI ORG PASBERG MAKAN BABI DEPAN ORANG RAMAI , MENGAKU AHLI PASBERG !!!




PANAS !!! PAS JERAI BERGEGAR BEB #TUKARKEDAH



Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) menyediakan dan memberikan pelbagai bantuan berterusan kerana kasih dan sayangkan rakyat.

Beliau berkata kerajaan sentiasa memberi keutamaan terhadap kebajikan rakyat dan pelajar dan ini terbukti dalam Belanjawan 2013 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada 28 Sept lepas.

"Saya bersyukur rakyat menerima baik setiap program bantuan ini dan menolak cakap pembangkang yang hanya pandai menabur janji," katanya semasa merasmikan Himpunan Kasih Sayang Komuniti 1Malaysia peringkat negeri Kedah di Guar Chempedak di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Kamaruddin Siaraf dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah dan Ketua Bahagian Umno Parlimen Jerai, Dato Suhaimi Abdullah.

DIA TETAP ISTERI SAYA DUNIA AKHIRAT - SAHAR



TRAGEDI langgar lari yang menimpa Suaibah Soib lebih tiga tahun lalu benar-benar menyentap kehidupannya sekeluarga. Tiada lagi keupayaan memasak atau membasuh pakaian. Apatah lagi menghabiskan masa dengan suami dan anak-anak untuk keluar berjalan-jalan.

Kini, seluruh hayatnya dihabiskan di atas katil, ditemani suami, Sahar Sab, 63, yang setia mengurus keperluannya. Sekalipun terpaksa berkorban banyak perkara namun demi isteri tercinta, dia sanggup lakukannya.

“Saya tidak lagi bekerja sebab nak jaga isteri di rumah. Alhamdulillah ada anak-anak yang membantu serba sedikit untuk kurangkan bebanan. Beginilah keadaan dia sejak kemalangan tiga tahun lalu. Menyedihkan namun itulah kenyataan yang harus saya terima.

“Dahulu, dia cukup ceria malah melayan kami dengan penuh kasih sayang. Jadi tidak salah rasanya jika saya balas jasanya walaupun apa yang saya lakukan ini tidak seberapa dibanding pengorbanannya pada keluarga,” ungkap Sahar.

Imbasnya, hatinya bagai disiat-siat tiap kali mengingati peristiwa hitam yang menimpa isteri. Pada hari kejadian katanya, dia memang berasa tidak sedap hati.

“Petang itu seperti biasa saya ke kebun untuk menanam ubi. Apa yang peliknya, setiap kali cangkul berjaya mengorek tanah, akan ada seekor ular melintas di hadapannya. Saya cuba mencangkul ke bahagian lain tetapi keadaannya masih sama.

“Bukan sekali malah beberapa kali sampaikan saya tertanya-tanya dari mana ular-ular itu datang malah tiada ada seekor pun yang menyerang. Semuanya muncul dan pergi begitu sahaja. Seolah-olah memberi petanda buruk pada saya.

Bukan hendak percaya perkara-perkara tahyul ini tetapi biasalah, manusia tidak pernah sempurna. Saya masih memikirkan apa yang akan terjadi sambil hati berharap agar dijauhkan segala musibah.

“Bagi menenangkan keadaan, saya berehat seketika di bawah sepohon pokok. Ketika sedang berehat itu tiba-tiba kedengaran satu bunyi dentuman yang kuat. Hati saya kembali berdebar. Rasa macam nak pecah pun ada kerana kepala asyik fikir macam-macam. Mulalah saya terfikirkan isteri yang biasanya balik dari kerja di waktu-waktu begitu,” katanya sambil membetulkan kedudukan isteri.

Memandangkan rumah dan kebun tidak jauh, dia segera memanggil salah seorang anaknya untuk melihat apa yang berlaku. Tidak lama selepas itu, dia dikhabarkan dengan berita yang cukup menyakitkan.

“Kata anak, isteri terlibat dalam kemalangan sewaktu keretanya cuba masuk ke simpang rumah. Sebuah van telah melanggar kenderaannya, malah pemandu van tersebut telah melarikan diri. Saya dibantu dua anak cuba mengeluarkan isteri.

“Waktu itu saya sedaya upaya mengeluarkannya tanpa menanti bantuan lain. Di fikiran, hanya fikirkan nyawanya sahaja malah hati tidak putus berdoa agar isteri sentiasa selamat.

Kereta remuk teruk, terutamanya di bahagian pemandu sampaikan isteri terperosok masuk ke dalamnya.

“Alhamdulillah, setelah mencuba isteri berjaya dikeluarkan dan kami segera membawanya mendapatkan rawatan di klinik berdekatan. Malangnya, klinik menolak kes tersebut dan menyuruh kami ke hospital sahaja kerana ada doktor serta peralatan yang lengkap. Walaupun kecewa, kami masih tidak berputus asa. Isteri dibawa ke hospital untuk rawatan selanjutnya.

“Di sana, isteri diberi rawatan segera tetapi sekali lagi nasib tidak menyebelahi kami apabila doktor memberitahu isteri perlu dibawa ke hospital Sungai Buloh kerana di sana ramai pakar. Tanpa berlengah, saya bersetuju dengan cadangan yang diberikan. Menggunakan ambulan, isteri telah dipindahkan,” katanya bersungguh-sungguh.

Di Hospital Sungai Buloh, doktor telah melakukan pembedahan di bahagian kepala bagi mengeluarkan darah beku yang berkumpul di dalamnya. Dua bulan Suaibah koma dan selama tiga bulan dia berada di hospital.

Selama tempoh itulah juga Sahar setia menemani tanpa ada rungutan biarpun sekali. Sedikit demi sedikit dia belajar cara menguruskan isterinya dengan baik melalui jururawat yang bertugas. Hatinya menguatkan tekad untuk menjaga isteri selagi hayat dikandung badan malah perasaan cinta yang tertanam dalam dirinya tak pernah pudar walaupun sekali meskipun isteri disahkan lumpuh seluruhnya.

“Dia tetap isteri saya dunia dan akhirat. Telah menjadi tanggungjawab saya untuk menjaga dan melindunginya jadi buat sahajalah. Lagipun bukannya susah sangat. Pagi-pagi saya akan mandikan isteri dan berinya minum susu melalui tiub.

“Selepas dibersihkan, saya akan bercerita dengannya. Sekalipun tak mampu membalas kata-kata saya namun saya tahu, dia juga memahami apa yang saya katakana melalui gerakan di bahagian anak matanya,” ungkap Sahar.

Beritahunya lagi ketika isteri dibawa pulang ke rumah dahulu, dia tidak cukup kemudahan untuk isterinya.

“Kami tak ada pun katil macam sekarang. Saya dan anak-anak kumpul wang untuk beli katil yang khusus agar dia berasa selesa. Malah peralatan-peralatan lain pun saya beli sendiri. Setakat ini hanya Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Perkeso sahaja yang membantu.

Itu pun sebenarnya isteri tidak layak untuk terima pencen dari Perkeso kerana carumannya tidak mencukupi. Semuanya gara-gara majikan yang tidak bertanggungjawab. Mujurlah mereka memberi bantuan ilat.

“Sedikit sebanyak ringanlah bebanan kami tetapi susu dan ubat-ubat sampingan kena beli sendiri. Untuk susu sahaja, kosnya lebih RM600. Belum lagi belanja-belanja lain,” jelas bapa kepada Suraya, 38, Suraimi, 36, Mohd Jefri, 30, Mohd Helmi, 29, Shariza, 27, Mohd Khairul Amri, 19, Norsyafika, 18 dan Norsyakira, 17.



* Dipetik dari majalah Mingguan Wanita.

KINI : PENYANYI MAUT DILANGGAR KERETA !!

Penyanyi kumpulan r n b. Blaque, Natina maut dilanggar sebuah kereta kemarin di sebatang jalan raya di Georgia.

Natina Reed sepatutnya menyambut ulang tahun kelahirannya ke 33 hari ini dan dia juga pernah berlakon dalam filem ' Bring It On' pada tahun 2000.

Penyanyi itu dilanggar pada pukul 10.30 pagi di bahagian utara Atlanta, Lilburn.

Reed meninggal dunia pusat perubatan berdekatan tempat kejadian .


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

AIR MATA JATUH KERANA VIDEO PANAS INI !!!





MALAYSIA BUKAN ANCAMAN, WALAUPUN DUA RAKYATNYA ANGGOTA AL-QAEDA



Walaupun dua rakyat Malaysia yang ditahan di Labanon adalah anggota Al-Qaeda tetapi mereka bukan jadikan Malaysia sebagai sasaran untuk memberontak atau untuk melakukan serangan. Hasil maklumat operasi mereka hanya diluar negara.

Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, penahanan mereka yang dikaitkan dengan kumpulan pengganas al-Qaeda adalah satu fenomena baru yang membimbangkan.

Beliau berkata, sebelum ini, rakyat Malaysia dikesan hanya terlibat dengan kumpulan pengganas di rantau ini, justeru penglibatan dalam al-Qaeda itu perlu disiasat secara lebih mendalam.

"Rakyat jangan terlalu bimbang kerana saya boleh mengesahkan, mereka (pengganas) tidak melihat negara kita ini sebagai sasaran. Tetapi dalam masa sama, kita perlu membuat keputusan segera dan kita tidak boleh membiarkan mereka (pengganas) melihat Malaysia walaupun sebagai negara transit atau tempat untuk melakukan perancangan.

lanjut : BACA SINI


PANAS !! PENGGANAS RAKYAT MALAYSIA AHLI PAS ?? TUDIAAA !!!



KUALA LUMPUR 28 Okt. - Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin tidak menolak kemungkinan sebilangan rakyat Malaysia yang direkrut oleh gerakan militan antarabangsa al-Qaeda menerima latihan di sebuah negara jiran.

Beliau berkata, berdasarkan beberapa gerakan militan yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas al-Qaeda beroperasi di negara jiran itu, merupakan salah satu faktor ada segelintir rakyat Malaysia yang direkrut di negara itu.

"Kita tidak boleh menyangkal perkara ini, mungkin mereka dilatih di sebuah negara jiran sebelum menyertai kumpulan militan dan kemungkinan juga mereka dilatih di negara kita... perkara ini kita perlu lakukan siasatan dan kita tidak boleh ramal terlalu awal," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - BERNAMA




Sunday 28 October 2012

HOT !! OSTAD HAIRIE OTHMAN BAKAL NIKAH ANAK DATUK UMNO ??


Dalam kesibukkan Hairie Othman berceramah sana situ sini dalam pentass ceramah PAS, tiba-tiba terdengar  berita 'Bakal Ahli Parlimen' PAS ni ingin menamatkan zaman dudanya. Wahh siapakah gadis itu ya??

Teropong punya teropong, dengar kata Hairie akan berkahwin dengan anak datuk, nama dia kalau tak silap Diana Danielle ehhh silappp itu bakal isteri Farid kamil, hahaha jangan terkejut dik non oiii.... Nama bakal isteri hairie adalah Dahlia Dania.

Ostad Hairie akan melansungkan perkahwinannya di Dewan Semarak Kayangan Felda di Jalan Semarak tidak lama lagi. Wah makin berseri-seri la Hairie lepas ni ya dapat isteri baru.


Kad undangan hairie dan Dahlia dikatakan sudah diedar kepada sahabat dan kenalan kedua-dua pihak, buat bro Hairie jangan lupa call wa beb, takkan takde kot no wa ?? hahaha .. Selamat Pengantin baru buat Hairie dan Dahlia.

Ingat masa berenang-berenang dulu .... :p

TUDIAA !! WANITA DIBAKAR HIDUP-HIDUP SEMALAM !! APA KES??



Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu. (Surah An Nisaa' ayat:29).



Dalam but kereta Kancil inilah mayat wanita dijumpai di Jalan Teratai Johor Jaya, Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU 27 Okt. - Mayat seorang wanita yang dipercayai dibunuh ditemui di dalam but sebuah kereta di Jalan Teratai, Taman Johor Jaya di sini semalam.

Kereta Perodua Kancil berwarna hijau itu ditemui seorang penduduk pada pukul 5 petang ketika dipercayai berjalan-jalan sambil membawa anjing peliharaannya.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin berkata, hasil siasatan pihaknya menemukan kesan tikaman di perut mangsa yang lengkap berpakaian dan berusia 30-an tetapi tiada sebarang dokumen pengenalan diri.

"Polis menyiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan sudah menghantar mayat untuk dibedah siasat," katanya kepada pemberita di sini.

NAK LEBIH BELI UTUSAN 

Saturday 27 October 2012

MAMPUIH DAH !!! AES DITERAJANG BUDAK PR ?? #TUKARKEDAH

Lepas satu, satu lagi kamera AES tumbang, hari tu dilanggar sampai hancur kamera tu, kali ni aku tak tau kena langgar ke hapaa, tapi kalau di langgar ada pengadang lebuh raya, mustahil kena langgar, tapi macam mana boleh tumbang, kerja mambang tanah atau mambang-mambang yang tak puas hati dengan AES ni??

Walaupun aku juga tidak selesa dengan AES tapi taklah sampai tergamak nak rosakkan benda ni. Ini betul-betul sangat marah dengan AES ni patut la jadi macam ni.




Menariknya hujan tidak, ribut pun tidak tiba-tiba saja kamera yang ditempatkan di salah satu lokasi di sepanjang lebuhraya menghala ke Utara Semenanjung dirakamkan dalam keadaan hampir rebah.


Lanjut : KLIK SINI

PANAS !!! BN UMUM NAMA CALON ISNIN??



PUTRAJAYA - Barisan Nasional (BN) berkemungkinan menamakan calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lebih awal berbanding pilihan raya sebelum ini, kata Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata, perbezaan daripada amalan biasa ini tidak tertakluk kepada calon Umno sahaja malah semua parti komponen BN.

Tengku Adnan, yang juga Setiausaha Agung Umno berkata, ada lebih banyak kebaikan untuk menamakan calon lebih awal berbanding keburukannya dan menegaskan ada sedikit perbezaan pada pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun, katanya, rancangan itu terserah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Pengerusi BN, untuk membuat keputusan.

"Saya yakin kali ini ia akan dilaksanakan dengan sedikit perbezaan. Barangkali ia akan dinamakan lebih awal dari biasa," katanya kepada pemberita selepas majlis korban dan kenduri rakyat sempena Aidiladha anjuran Umno Bahagian Putrajaya, di sini, hari ini.

Semalam, Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, Umno belum bercadang untuk mengumumkan lebih awal nama calon bagi mengelak perbuatan sabotaj termasuk mereka yang tidak dipilih mewujudkan ‘pasukan’ bagi menjatuhkan calon terpilih.

Tengku Adnan berkata, nama calon bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) pada pilihan raya umum akan datang sedang melalui pelbagai saringan
untuk disenarai pendek.

"PRU-13 boleh diadakan pada bila-bila. Nama calon semua sudah kita terima dan separuh sudah dalam peringkat akhir untuk dimuktamadkan. Ada satu tempat, terdapat dua atau tiga nama (calon). Kadang-kala, satu nama sahaja di kawasan tertentu, namun proses saringan tetap dijalankan.

"Kita nak calon yang rakyat nak, bukan calon yang parti nak atau calon yang orang tertentu nak. Calon yang rakyat nak kerana mereka akan menjadi wakil kepada rakyat," katanya.

Sementara itu, Tengku Adnan menafikan bahawa individu tertentu telah diarahkan oleh Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri atau Setiausaha Agung BN kononnya untuk ‘mencari calon pilihan raya’ atau membuat kajian selidik calon di kawasan tertentu.

"Ada yang masuk ke kawasan dengan menjual nama saya, Perdana Menteri, presiden lain dengan menyatakan dia telah diarah turun untuk mencari calon. Ini adalah tidak betul dan satu pembohongan yang besar. Jangan terpedaya dengan mereka," katanya.

Mengenai Perhimpunan Agung Umno dari 27 November hingga 1 Disember ini, Tengku Adnan berkata, ia akan menumpukan kepada persiapan pilihan raya yang akan datang.

"Seperti biasa, kita akan bincang berkenaan usul dan ucapan presiden, usul ekonomi, agama dan pendidikan. Dalam ucapan presiden, beliau (Najib) akan kekalkan mengenai persiapan
untuk menghadapi pilihan raya, kalau pilihan raya belum diadakan tetapi kalau pilihan raya sudah diadakan, berkemungkinan beliau akan sebut kemenangan yang
kita capai," katanya. - Bernama

Friday 26 October 2012

WOW !!! 30 AWEK CUN TENTERA BERAKSI PANAS !!! BERGAMBAR !!!





































TUDIA PANAS !!! ABBY TERKEJUT BESAR GAMBAR LAMANYA TERSEBAR ??


"Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan"




Dr. Asri Selar Kenyataan Abby Berhubung Isu Korban





KUALA LUMPUR (SUARA GENERASI BARU) — Di saat puluhan juta jemaah haji sedang berwukuf di padang Arafah yang merupakan salah satu daripada rukun haji, rakyat Malaysia dikejutkan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Abby Abadi mengenai daging korban. Bekas penyanyi yang pernah mengangotai kumpulan Elite dan pelakon dram bersiri Gerak Khas itu dilaporkan mengeluarkan kenyataan di laman twitternya yang mempertikai sembelihan korban sebagai membunuh binatang.

“Jika tidak mahu berkorban untuk memperjuangkan agama (Islam) tapi melakukan korban untuk lembu dan sebagainya, itu tidak dikira korban, itu dikira (sebagai) membunuh binatang” katanya.

Namun apabila majoriti pengikutnya mempersoalkan kenyataan tersebut, Abby di lihat cuba mengalihkan persoalan pokok yang dibangkitkan dengan mengatakan dia hanya sekadar ingin berkongsikan ilmu. Selanjutnya Abby turut mengaitkan isu tersebut adalah merupakan terjemahan dari Surah Al-Maidah yang dikupas oleh Ketua Jabatan Syariah Kias, Nilam Puri, Zulkarnain Husin.

“Ustaz itu terjemahkan dari Surah Al-Maidah, saya kongsikan, so di mana salahnya? Bacalah Surah Al-Maidah sendiri ok… nama ustaz kuliah mahgrib tu, Ustaz Zulkarnain Husin (Ketua Jabatan Syariah Kias Nilam Puri)” katanya lagi.

Abby atau nama sebenarnya Arbaeyah Abdul Manan telah menyerahkan borang keahlian Pas secara rasmi pada 19 Julai 2012. Semenjak itu Abby sering diundang menjadi penceramah termasuk parti politik khususnya Pas dan sering dilihat mengunakan laman sosialnya, Twitter untuk membawa mesej parti dan menghentam parti pemerintah atas nama perjuangan Islam.

Mantan Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Asri Zainul Abidin apabila ditanya berhubung perkara ini, menjelaskan di dalam twitter beliau dengan mengatakan komen yang dibuat oleh Abby itu boleh membawa erti, dia telah mengharamkan binatang yang disembelih secara halal. Menyembelih binatang bukan merupakan atau disamakan dengan kaedah membunuh biasa.

Namun begitu, kenyataan tersebut telah menyebabkan Abby mengeluarkan kenyataan balas dengan mengatakan Dr Asri cuba mencipta isu.

“Tengok la tweet-tweet sebelum itu. Banyak lagi hal-hal yang perlu diberi keutamaan atau dijaga selain Dr (Asri) mencipta isu yang tidak membantu perjuangan.

Dr Asri ketika dihubungi enggan memberi komen berhubung kenyataan terbaru Abby itu.

“Saya tak follow twitter dia, saya tak tahu. Saya tak tahu apa maksud dia. Perkara lekeh (remeh) sangat. Masalah siapa Abby, pergi ke dia lah (terpulanglah pada dia).. isunya ialah kenyataan dia adalah tak betul”

Apabila diminta mengulas pandangan Islam mengenai isu pokok yang dibangkitkan itu, Dr Asri menjelas pendapat tersebut tidak betul.

“(kenyataan Abby) tak benar, kalau kenyataan itu benar, kita telah membatalkan ratusan, ribuan korban orang, (kerana) kita menganggap binatang yang di sembelih besok kebanyakkannya bangkai. Tak sembelih sama dengan bangkai.

“Kenyataan tak betul, akibat (kenyataan tersebut) boleh membatalkan korban jutaan orang islam dalam dunia. Siapa pun yang keluarkan kenyataan itu tak betul”, tegas beliau lagi.

– SUARA GENERASI BARU  BACA SINI





"Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya."

KINI !! KAPAL TERBANG TERHEMPAS DI KAWASAN MALAYSIA !!






KUALA LUMPUR – Kejadian kapal terbang terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) Selasa hanya latihan kecemasan bagi menguji tahap kesiapsiagaan semua agensi penyelamat dan bukanlah kejadian pesawat terhempas sebenar.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam kenyataan Rabu menjelaskan ekoran kejadian itu, pihaknya menerima pelbagai pertanyaan di laman sosial facebook jabatan itu berkaitan kekeliruan yang timbul ketika latihan itu dijalankan.

“Latihan bencana ini hendaklah dilihat seperti keadaan sebenar dan melibatkan semua agensi penyelamat termasuk Polis Diraja Malaysia, Bomba Tentera, Bomba Lapangan Terbang, hospital, dan semua pihak yang terlibat di dalam pelan bencana tersebut,” menurut kenyataan itu.

Latihan berkenaan akan diadakan dari semasa ke semasa mengikut perancangan bagi mengeratkan kerjasama antara agensi dalam pengurusan bencana selain mempertingkatkan kemahiran serta kecekapan anggota bomba dalam operasi pemadaman dan penyelamatan.

Latihan itu bermula 10.50 malam dan berakhir sejurus selepas tengah malam melibatkan pihak pengurusan dan petugas Malaysia Airports Sdn Bhd (MASB) termasuk 70 sukarelawan yang bertindak sebagai mangsa terlibat dalam latihan itu.

– BERNAMA


Kredit : SGB

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive