Nampaknya KP JASA Fuad Zakarsi yang juga mantan Ahli Parlimen Batu Pahat yang kalah pada PRU13 dulu dan di kutip Najib diletakkan sebagai KP JASA makin memburukkan nama baik agensi itu.
Baru-baru ini demi membodek Najib , KP JASA ini telah mengeluarkan kenyataan akhbar bahawa Tun M sedang berusaha membawa Dato Seri Mukhriz menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Kenyataan BANGANG KP JASA ini amat memalukan agensi itu, bagaimana seorang KP JASA begitu dangkal membuat kenyataan bodoh macam orang tak ada pelajaran.
Mungkin itu sebab beliau kalah dalam pilihanraya PRU13 padahal kawasan beliau adalah kubu kuat Umno tapi tumbang .
Mukhriz yang di kata tu pun bertanding kawasan Pas menang dan ternyata Mukhriz berjaya menawan kubu Pas dan menang dengan Majoriti lebih 2000 undi.
Kenyataan Balas Dato Seri Mukhriz terhadap kenyataan KP JASA di bawah ni.
Kata Dato Seri Mukhriz ( Takkan pemikiran KP JASA / KB Batu Pahat begitu dangkal hingga boleh anggap tindakan Tun hanta supaya saya jadi PM ??? Saya bukan ahli Parlimen. Mana mungkin saya boleh dilantik senator untuk diangkat sebagai PM ? )
Inilah malapetaka apabila Najib suka angkat orang yang tak diterima rakyat duduk didalam pentadbiran beliau.
Najib bukan saja mahu meruntuhkan negara tetapi juga Umno itu sendiri.
Tolak Najib
Undur Najib
Selamatkan Malaysia






